Nik Faiz - Malaysia's First Certified Professional Career Coach & EQ Motivator | +6019-210 4948

Template RESUME Luar Negara vs Malaysia

By Coach Nik Faiz | The Career Expert
mudah dapat kerja
7
Jan

Strategi Mudah Dapat Kerja | Johor Bharu

MUDAH DAPAT KERJA

Di awal program saya di tanya oleh peserta,

“Tuan, kenapa tuan masih nak bantu jobseeker membuat resume sedangkan di internet tu dah banyak sangat template, boleh download percuma dan adjust ikut diri sendiri..”.

Saya yakin dan percaya semua job seeker sudah tahu bagaimana untuk bina resume, dan saya setuju yang template nya banyak di website, kata Coach Nik Faiz.

Persoalan saya,
Jika membuat resume ini begitu mudah, download template dan siap, kenapa masih ramai yang baru konvo ataupun dah setahun konvo masih lagi tidak dapat kerja?

Semua peserta terdiam…

Sambung saya lagi, ada beza apa bila buat dengan ‘hentam sajalah’ berbanding buat dengan adanya ilmu dan cara yang betul.

Template yang mereka download kebanyakkannya dari barat yang mana ia tidak boleh untuk diguna pakai untuk memohon kerja di Malaysia.

Sebagai contoh, lihat gambar

mudah dapat kerja

Surname; format barat akan highlight surname (nama keluarga) pada resume, sedangkan di Malaysia pula nama sendiri
E.g: Nicholas Brown (mereka memanggil nama Mr.Brown) untuk panggilan formal. Sebab itu nama ‘Brown’ di BOLD kan

DIHUJANI TAWARAN KERJA

Fahami perkara asas dahulu, apa yang syarikat mahu, dan apa yang kalian boleh berikan untuk menyelesaikan masalah yang mereka.

Ini yang saya tekankan dalam semua bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh The Career Expert.

Kenapa rata-rata job seeker yang masuk bengkel ‘Mudah Dapat Kerja’ tawaran kerja padanya tak putus-putus?

  1. Mereka tahu APA yang mereka tulis dan KENAPA mereka menulisnya begitu.
  2. Mereka tahu DIMANA dan BAGAIMANA nak buat pithcing yang berkesan.
  3. Kaedah yang saya kongsikan dengan peserta hanya 40% daripada buku, lagi 60% adalah dari pengalaman peribadi saya sendiri.

Belajarlah untuk membuat resume dengan betul.

Resume adalah WAKIL tentang diri kalian kepada syarikat. Pastikan ianya tip top, professional dan paling penting memenuhi kriteria yang syarikat mahu.

Apa sahaja yang kita kerjakan pastikan buat yang terbaik. InsyaAllah kebaikan juga kita akan dapat.

 

The Career Expert ke Johor Bharu Lagi…

Alhamdulillah, buat kali kedua The Career Expert di Johor Bharu dalam bengkel Strategi Mudah Dapat Kerja bersama graduan UiTM di Johor Bharu.

mudah dapat kerja

Opening program hari ini dengan doa, & nyanyi lagu rasmi Johor. Terbaiklah warga JDT <3

Terima kasih orang Johor jemput The Career Expert lagi.

InsyaAllah, program tak akan boring dan yang penting dapat ilmu & rahsia nak buat anda dapat kerja best biarpun tak konvo lagi.

mudah dapat kerja

Thank You Orang Johor! You guys awesome <3

 

mudah dapat kerja

Bersama Exco Tertinggi UiTM Segamat, Johor Bharu

 

mudah dapat kerja

 

Let’s plan tahun depan, jemput The Career Expert ke tempat anda 🙂

Modul dan bajet boleh disesuaikan mengikut keperluan anda.

KAMI PASTI KURSUS INI TIDAK AKAN MENGANTUK, ENJOY DAN PENUH MANFAAT.

Sila hubungi 019-210 4948 atau klik sini

Leave a Reply

*