Nik Faiz - Malaysia's First Certified Professional Career Coach & EQ Motivator

Tips Temuduga

do you have any questions nik faiz
18
Apr

‘Do You Have Any Question For Me?’

Di akhir sesi temuduga, pada kebiasaanya penemuduga akan akhiri sesi temuduga tersebut dengan soalan:

Do you have any questions for me?
Anda ada sebarang soalan yang ingin ditanya? atau
Ada soalan?

Ramai akan menjawab I have no question, thank you, atau Terima kasih tuan, saya tidak ada sebarang soalan yang ingin di tanya.

Hari ini, saya mahu kongsikan dengan anda

5 Cara Menjawab Soalan ‘ Do You Have Any Questions?’

Ini untuk memastikan supaya anda akhiri sesi temuduga yang akan datang adalah lebih berkualiti.

1. TUNJUKKAN MINAT

Ambil peluang ini untuk tanya soalan yang boleh menunjukkan minat anda terhadap jawatan yang dimohon.

Contohnya: ‘Boleh saya tahu bilakah aktiviti terdekat dari Sales department, mungkin saya boleh berkenalan dan belajar sesuatu dari mereka’

 

2. PENGALAMAN TERBAIK

Jika terdapat ketidak lancaran semasa temuduga seperti percanggahan pendapat dengan penemuduga, anda boleh tanyakan soalan seperti ini:

‘Boleh tuan kongsikan pengalaman manis sepanjang tuan berkhidmat di syarikat ini?’.

Ini sekaligus boleh mengubah ‘mood’ sesi temuduga tersebut dan mengalih perhatian daripada perkara percanggahan tersebut.

 

3. KELEBIHAN YANG DITAWARKAN OLEH SYARIKAT

Peluang ini juga boleh diambil oleh calon temuduga untuk mengenalpasti adakah kelebihan yang di war-warkan didalam iklan jawatan kosong tersebut masih ‘valid’ atau tidak seperti bonus 3 bulan, percutian percuma, dan sebagainya.

Tanyakan soalan, ‘Saya lihat di dalam iklan jawatan kosong tersebut ada dinyatakan percutian percuma ditaja oleh pihak syarikat, pada tahun lepas percutian kakitangan ditaja kemana?’

Baca: Rahsia Lulus Temuduga – 40 Jam Pecutan Akhir!

 

4. ADAKAH KITA CALON YANG DICARI

Saya pernah menggunakan soalan ini untuk mengetahui samada ciri calon yang mereka cari itu ada pada saya atau tidak. Contoh soalan yang saya pernah tanya adalah seperti berikut:

‘Terima kasih tuan kerana menjemput saya untuk ketemuduga pada hari ini. Saya sangat berminat untuk mengetahui apakah ciri-ciri calon yang tuan cari, dan berapa peratuskah ciri tersebut ada pada saya?’

 

5. KEPUTUSAN TEMUDUGA

Cara yang ini ramai tidak buat, saya syorkan untuk anda buat.

Tanyakan kepada bakal majikan ‘bilakah keputusan temuduga ini akan diketahui?’. Jika bakal majikan menjawab ‘kami akan hubungi anda’, maka cadangkan kepada mereka untuk anda yang menghubungi mereka.

Ini akan berikan kelebihan kepada anda. Saya namakan ini sebagai ‘X-Factor’.

 

KESIMPULAN

Setiap temuduga mesti ada perancangan, dan perancangan harus dibuat dengan teliti. Senaraikan soalan berkualiti yang berpotensi untuk anda ajukan kepada panel penemuduga.

Saya nasihatkan bahagian akhir temuduga ‘Do you have any question for me’, JANGAN sekali-kali bangkitkan isu GAJI. Gaji persoalan sensitif yang tidak digalakkan sama sekali untuk ditanya.

Bersabar, kerana mereka ‘AWARE’ dengan ‘Expected Salary’ yang anda telah nyatakan di dalam resume.

SERIUS MAHU DIBANTU?


Mungkin ada di antara anda yang mahu belajar secara bersemuka dengan saya. InsyaAllah, saya akan mengadakan satu workshop yang dinamakan Business Resume Writing dan Effective Job Interview dalam masa terdekat ini. Jika anda berminat, jemput hadir untuk saya bantu..

KLIK SINI
Nik Faiz, Certified Professional Career Coach

 

ANDA BELAJAR SESUATU?

Mudah-mudahan anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini. Mohon tekan butang Share dan kongsikan di wall anda supaya lebih ramai mendapat manafaat.

TIP LAIN YANG MUNGKIN BOLEH MEMBANTU

Anda juga boleh membaca entri-entri di bawah untuk lebih banyak tips menarik
1. Cara Jawab Soalan ‘Tell Me About Yourself Dalam Temuduga
2. 22 Checklist Hadir Ke Career Fair
3. 12 Golden Keys Menulis Resume Berkualiti
4. 7 Tip ‘Short-cut’ Dapat Kerja Semasa Menjalani Latihan Industri
5. 40-Jam Persediaan Untuk Lulus Temuduga

Leave a Reply

*