Nik Faiz - Malaysia's First Certified Professional Career Coach & EQ Motivator | +6019-210 4948

Tips Temuduga

14
Nov

Cara Menjawab Soalan ‘Tell Me About Yourself’ Dalam Temuduga

Soalan yang sangat famous dan wajib ditanya oleh mana-mana penemuduga / ‘hiring-manager’ adalah ‘Tell Me About Yourself’.

Soalan ini bunyinya simple, tetapi ramai yang selalu tersilap cara menjawabnya 😀

TELL ME ABOUT YOURSELF

Contoh jawapan yang biasanya saya dengar semasa temuduga kerja adalah :

Nama saya Nurul Ain bin Ahmad, saya berasal dari Kedah, saya anak ke 5 dari 10 adik beradik

Saya bersekolah di sekolah rendah SK Pokok Sena, sekolah menengah MRSM Langkawi, menyertai program matrikulasi di Pulau Pinang …

Nama saya Aina bin Ahmad, saya merupakan anak saudara kepada Chef Wan ..

Saya bekerja di syarikat Alat Tulis Wan Jah, saya sangat happy bekerja di sana, suasana kerja sangat bagus….

Dan banyak lagi jawapan yang biasa-biasa

Tidak salah untuk menjawab seperti yang di atas, tetapi jawapan yang diberikan kurang berkualiti dan tiada nilai kepada pihak penemuduga.

Apa yang sudah tercatat di resume, maka tidak  perlu ulangi lagi

Ramai calon yang ditemuduga, secara tidak sedarnya memberikan ‘bad-impression’ terhadap diri sendiri di awal proses temuduga oleh kerana memberi jawapan yang tidak berkualiti.

Untuk Tujuan Temuduga Kerja, ‘EXPECTED ANSWER’ Sangat Berbeza.

Dalam erti kata lain, soalan ‘Tell Me About Yourself ini merujuk kepada:

  1. Pencapaian
  2. Bakat istimewa
  3. Nilai yang boleh diberikan

Soalan ini dikategorikan sebagai soalan ‘ice-breaking’ terhadap calon temuduga.

Penemuduga yang berstruktur sudah pasti akan menanyakan soalan ini.

Kebanyakkan informasi peribadi, sekolah, university, CGPA telah pun berada dalam resume anda, dan mereka (penemuduga) sudahpun sedia maklum mengenainya.

MACAM MANA CARA MENJAWAB SOALAN ‘TELL ME ABOUT YOURSELF’

Apabila ditanya dalam sesi temuduga, berikan jawapan sebegini:-

Assalamualaikum, saya Nik Faiz.

Saya merupakan seorang yang sangat komited dengan setiap tugas dan amanah yang diberikan, dan setiap tugasan itu saya akan sediakan dalam masa yang telah ditetapkan.

Talkative’ merupakan gelaran yang saya dapat semasa di universiti, malah di syarikat yang terdahulu nya pun saya yang paling kecoh bila buat jualan dan juga promosi.

Dan ternyata ianya adalah bakat yang berharga kerana saya telah dianugerahkan ‘Top Sales Achiever’ untuk dua tahun berturut turut.

Saya suka belajar sesuatu yang baru lebih-lebih apabila ilmu itu dapat dimanfaatkan oleh saya dan rakan sekerja dalam mencapai target dan visi syarikat.

Dan saya juga sedia untuk menerima tugasan dalam skop kerja yang berbeza.

Amacam, ada kelassss tak kalau anda jawab macam tu?

Barulah ada nilai dalam jawapan yang anda berikan dalam sesi temuduga anda 🙂

Apabila jawapan yang dberikan mempunyai kualiti dan nilai yang tinggi, bakal majikan anda sudah pasti akan lebih terpikat untuk memilih anda!

Kepada rakan-rakan pembaca yang tidak pasti dengan arah tuju kerjaya masing-masing, jom sembang dengan saya, saya akan bantu anda pilih kerjaya yang sesuai dengan anda.

TIP LAIN YANG MUNGKIN BOLEH MEMBANTU

Anda juga boleh membaca entri-entri di bawah untuk lebih banyak tips menarik ?
1. Diserang soalan panas oleh penemuduga, bagaimana anda patut jawab?
2. Cara Untuk Respon Soalan Sensitif Dalam Temuduga
3. 3 Soalan Wajib Ditanya Di Akhir Temuduga

 

ANDA BELAJAR SESUATU?

Mudah-mudahan anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini. Tekan butang Share supaya lebih ramai mendapat manafaat.

JADUAL PROGRAM TERDEKAT

Untuk jadual program saya yang terdekat (boleh klik gambar di bawah):

nik-faiz-bengkel-resume-temuduga-terkini

11 Responses

  1. Pingback : Anak Dara Ini Belum Konvo, Tapi 3 Syarikat Sudah Tawar Kerja. Ini Rahsianya | Nik Faiz The Career Expert

  2. Antara apa yang boleh dikongsi berdasarkan pengalaman, apa yang penting 2 minit pitch.. kira sebaik sahaja lepas disoal tell me about yourself… 2 minit pertama tu la yg sangat penting nak mengujakan penemuduga… terus highlight greatest achievement yang boleh relate dengan apa pekerjaan yang diminta

    1. Ya betul Tuan. 2 minit yang pertama perlu bercakap dengan yakin dan tenang, insyaAllah peluang untuk ditawarkan pekerjaan lebih cerah jika kena dengan apa yang mereka cari.

  3. heri hafizan

    Hye..bagi saya yg fresh spm graduate..macam mna nak saya jawab msa interview..bukan intrview krja tapi intrview msuk ke pusat latihan petronas

    1. Assalamualaikum, hai Heri. Cadangan saya pada Heri apabila menjawab soalan ini adalah
      1/ Memberitahu kepada penemuduga apakah minat yang mendorong Heri untuk masuk ke pusat latihan petronas, dan

      2/ Bagaimana pusat latihan tersebut membantu Heri mencapai cita-cita.

      3/ Disamping itu,
      juga jangan lupa asas temuduga untuk memperkenalkan diri seperti nama, asal, dan jurusan yang diminati.

      Jemput baca tips 40-jam
      persediaan lulus temuduga di sini:
      http://www.nikfaiz.com/persediaan-lulus-temuduga-kerja/

  4. siti aisyah

    Jutaan terima kasih Tuan Nik Faiz, sangat sangat bermanfaat. Mohon tuan kongsikani tips for fresh graduate yang belum ada pengalaman bekerja tentang mcm mana nak bagi 2 minute pitch. TQ in advance.

  5. Suraya

    Salam. Esk sy ada temuduga utk jwtn penolong kurator. Skrg sy bekerja sbg pembantu makmal di bwh jais. Mcm mana sy nk kaitkan kerja sy serta pencapaian sy dlm bidang pekerjaan sy dgn jwtn yg sy nk temuduga esk. Sbb mmg takde kaitan. Mohon tuan bg tips cara utk sy kenalkan diri. Tq.

    1. Terima kasih Suraya.

      Untuk menjawab soalan ini, tips paling ringkas boleh saya berikan adalah, CARI PERSAMAAN antara pengalaman kerja yang lalu dengan kerja yang akan di pohon.

      Saya ada tuliskan tentang transferable skills di sini
      https://www.facebook.com/search/top/?q=nik%20faiz%20transferable%20skills

      dan.. jika Suraya kelapangan, boleh HADIR ke sesi yang saya adakan secara PERCUMA di sini,
      Sesi Bersama The Career Expert

      Nik Faiz
      International Certified Professional Career Coach & EQ Motivator
      http://www.nikfaiz.com

  6. shazrul nendes

    assalamualaikum..En. Nik Faiz….bagi saya spm fresh graduate …so tuan boleh x..bagi sedikit tips utk interview di tesco…akak kat costumer service to suggest kat saya utk ambik bhgian store as part time…esok interview nye huhu..boleh x bagi tips pasal tu…TQ

  7. Azlan

    assalammualaikim tuan,

    26hb februari ni sya ada IV Polis kadet sarjan, dan saya masih berkerja di sebuah syarikat yg menjalankan perkhidmatan sewa kenderaan kepada kerajaan.

    Mohon bantuan tuan, bagaimana cara saya memperkenalkan diri dalam IV sektor kerajaan.

Leave a Reply

*