Nik Faiz - Malaysia's First Certified Professional Career Coach & EQ Motivator | +6019-210 4948

Get That Job! Seri Kembangan

The Art of Resume Writing & Job Interview Strategy Workshop
10
Oct

Get That Job! Resume Writing & Job Interview Strategy

TRANSFERABLE SKILLS

Secara mudahnya adalah set skill yang boleh diaplikasikan dimana-mana sahaja peringkat dalam organisasi atau pekerjaan.

Pernah tak terfikir sampai bila nak ‘stick’ kepada kerja yang sama bertahun-tahun buat perkara yang sama?

Contohnya begini,
1. Din, kerjanya opis boy, sampai bila agaknya Din nak jadi opis boy.
2. Mael kerjanya guru tuition di sebuah pusat tuition. sampai bila agaknya Mael nak mengajar tuition

Apa akan berlaku sekiranya Din dan Mael upgrade diri dengan belajar transferable skills?

DIN – BEKERJA SEBAGAI OFFICE BOY

Belajar ilmu pemasaran dan jualan. Din ada peluang untuk upgrade kerjaya di department pemasaran dan jualan di syarikat sekarang. Kini, Din bukan lagi opis boy tetapi dia dah jadi eksekutif pemasaran dan jualan.

MAEL – SEORANG GURU TUITION

Mael meluangkan masa untuk belajar ilmu pengurusan dan korporat. Mael ada peluang untuk naik ke peringkat pengurusan dalam di syarikat tuition tersebut. Maka Mael bukan mengajar lagi, tetapi menjadi seorang Pengurus pusat tuition.

Lebih banyak transferable skill yang anda ada maka peluang kerjaya anda akan jadi makin luas.

*Tip-tip ini juga dibincangkan dengan lebih mendalam beserta contoh dalam bengkel saya iaitu

GET THAT JOB! Resume Writing & Job Interview Strategy

Pada 3 Jun 2016 yang lalu, saya telah dijemput untuk mengendalikan GET THAT JOB! Workshop Intensif untuk Anda Senang Dapat Kerja kepada pelajar-pelajar akhir tahun yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan indusri dari universiti tempatan dan swasta.

 

get-that-job-workshop-nik-faiz

 

Bengkel ini diadakan di Ara Eventhall at the Atmosphere, sebuah bilik latihan yang sangat luxury dan selesa bertempat di The Atmosphere, Seri Kembangan.

Gambar ini saya ambil dari facebook rasmi Ara. Thank Lyna & Adzhar!

ara-eventhall-nik-faiz

 

Pengisian bengkel 1 hari ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dan ditunjukan bagaimana menulis resume yang betul dalam memohon kerja dan menghadapi sesi temuduga sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam kerjaya yang sebenar.

bengkel-kerjaya-get-that-job-the-career-expert-3.0

Lebih banyak perkongsian mengenai transferable skills, rundingan gaji, soalan-soalan temuduga dan lain-lain yang anda perlu tahu dalam sebagai persedian kerjaya dikongsikan dengan peserta dalam bengkel 1 hari ini.

BEST KE JOIN BENGKEL NI?

Alhamdulillah, baru-baru ini saya menerima berita gembira dari peserta yang hadir.

Selepas mengikuti bengkel ini, J telah menerima 4 panggilan kerja dan melalui 4 sesi temuduga dengan penuh yakin. J kini telah mendapat kerja yang bersesuaian dengan kemahiran yang beliau ada.

Kata Aish pula, bengkel Get That Job! ini WAJIB dihadiri oleh semua graduan yang tengah mencari kerja, kerana ilmu yang diperolehi semasa bengkel ini tidak ada di mana-mana buku atau bengkel tulis resume yang pernah diadakan di universiti beliau semasa menuntut dahulu.

Priceless..
Itu perasaan yang dapat saya gambarkan bila dapat tolong orang yang tengah memerlukan pertolongan

Alhamdulillah, syukur diberi peluang membantu.

Semuanya dengan izin Allah jua ?

get-that-job-career-expert-batch2

Tahniah dan didoakan semoga mereka berjaya dengan cemerlang mencapai cita-cita dan impian dalam kerjaya yang diminati.

Sekiranya anda ingin join bengkel saya, jemput ikuti bengkel GET THAT JOB! yang diadakan pada setiap bulan di www.nikfaiz.com/calendar dan anda akan dibantu oleh saya dalam menentukan hala tuju kerjaya anda, kesukaran menerima lamaran kerja, dan masih mencari-cari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang anda miliki. Hubungi 019-210 4948 untuk pertanyaan.

Leave a Reply

*