Nik Faiz - Malaysia's First Certified Professional Career Coach & EQ Motivator

Lepasan SPM - Ke Mana Hala Tuju?

lepasan-spm-nik-faiz-career-coach-malaysia
16
Mar

Lepasan SPM : Ke Mana Hala Tuju Seterusnya?

Penantian keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini berakhir bagi semua calon lepasan SPM.

Ada yang mendapat keputusan cemerlang dan ada yang sebaliknya, namun ia bukan suatu titik noktah, bahkan ianya suatu permulaan kepada suatu perjalanan yang baru.

Peluang belajar adalah sangat luas, pilihlah mengikut kecenderungan, minat dan peluang kerja di masa akan datang!

nik-faiz-career-coach-malaysia-lepasan-spm

NST Higher Education, 15 March 2017

Selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan, kini apa yang perlu dilakukan oleh para pelajar adalah memilih kursus di peringkat seterusnya.

Memilih kursus hendaklah dilakukan dengan teliti kerana peluang pengajian yang dipilih akan banyak mempengaruhi peluang kerjaya di masa yang akan datang.

Ibu dan ayah adalah antara orang yang paling sibuk membuat pilihan untuk anak mereka.

Tetapi harus juga diingatkan bahawa kecenderungan serta minat anak adalah yang paling utama.

 

nik-faiz-career-expert-malaysia-lepasan-spm

Temubual bersama saya tentang hala tuju selepas SPM di NST Higher Education, 15 Mac 2017

 

7 SEGMEN PENGAJIAN PILIHAN LEPASAN SPM

Peringkat pengajian yang dipilih harus dilihat sebagai satu landasan baru untuk mendalami sesuatu ilmu yang diminati dan bukan hanya sekadar untuk mendapatkan segulung sijil, diploma, mahupun ijazah.

Peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya bagi yang mendapat keputusan cemerlang ataupun tidak adalah sangat luas.

Jika dahulu, pusat pengajian hanya mampu untuk menampung sebilangan kecil pelajar dengan
kuota yang amat terhad.

Kini ianya berubah dengan tertubuhnya universiti, dan kolej swasta yang menawarkan pengajian sama.

nik-faiz-carer-coach-malaysia-lepasan-spm

Infografik by NIKFAIZ

 

Gambarajah di atas merupakan simulasi halatuju pelajaran kepada lepasan SPM.

Secara ringkasnya saya terangkan serba sedikit tentang ciri-ciri untuk membolehkan mereka mengikuti kursus yang disediakan.


STPM / STAM

1/ Mengambil masa pengajian selama dua tahun
2/ Pengajiannya tidak melibatkan kos yang tinggi
3/ Memberikan ruang untuk merancang keewangan untuk melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah nanti
4/ Kerugian masa selama satu tahun


TVET (Technical Vocational Education Training)

1/ Suatu Program yang kini mendapat perhatian di Malaysia
2/ Program ini menyediakan pengajian dari peringkat sijil sehinggalah kepada ‘Advance Diploma’
3/ Peserta kepada program ini akan dilatih mengikut jenis industry dan latihan yang disediakan adalah spesifik kepada keperluan industry terbabit.


DIPLOMA

1/ Mengambil masa 2-3 tahun, bergantung kepada jenis kursus yang diambil
2/ Melibatkan sedikit kos, dan jika ke pusat pengajian swasta maka kos pengajian akan menjadi lebih tinggi.
3/ Adalah amat digalakkan untuk merancang dengan sebaiknya jika pinjaman akan dibuat, kerana dikhuatiri akan memberi kesan untuk pengajian peringkat ijazah dan seterusnya
4/ Calon lepasan diploma mempunyai peluang kerja yang agak luas dan ini memberi peluang kepada mereka ingin bekerja setelah tamat pengajian

 

nik-faiz-bengkel-hala-tuju-lepasan-spm

Bengkel Hala Tuju Lepasan SPM kendalian saya yang disiarkan di NST Higher Edu, 15 Mac 2017.

 


MATRIKULASI


1/ Program ini adalah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, dan jangka masa pengajian adalah selama 1 tahun.
2/ Terdapat syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh calon lepasan SPM bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian ini.
3/ Program matrikulasi ini terbahagi kepada 3 iaitu; Sain Hayat, Sains Fizikal, dan Perakaunan.
4/ Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


PROGRAM ASASI


1/ Program ini juga dikenali sebagai program persediaan keluar Negara.
2/ Program ini menetapkan syarat yang lebih ketat berbanding dengan program matrikulasi.
3/ Ada beberapa buah university awam dan swasta yang menyediakan program asasi ini.
4/ Bagi program asasi universiti awam, pembiayaan besar adalah ditanggung oleh Kementerian dan sebahagian kecil pula ditanggung oleh pelajar sendiri. Namun ianya adalah tertakluk kepada program asasi yang disediakan oleh universiti berkenaan.
5/ Pada kebiasaannya, pelajar lepasan SPM yang mengikuti program asasi yang disediakan oleh universiti swasta di berikan biasiswa oleh university terbabit.

KESIMPULAN

Kepada calon lepasan SPM, suka dinasihatkan supaya membuat penilaian terlebih dahulu diatas minat dan juga kecenderungan terhadap mana-mana industri sebelum memilih kursus yang ditawarkan.

Kursus yang dipilih secara otomatiknya akan membentuk diri calon tersebut ke arah industri kerja yang berkaitan.

Oleh itu, perancangan yang teliti harus dilakukan supaya mereka tidak kecundang separuh jalan yang memaksa mereka menukar kursus yang semestinya akan merugikan masa, wang yang telah dilaburkan dan tenaga.

 

LEPASAN SPM – MERANCANG MASA DEPAN

Pihak kami akan datang ke sekolah ataupun universiti untuk membantu pelajar anda merancang dan memilih kursus bagi menjamin kerjaya di masa akan datang.

nik-faiz-career-expert-malaysia

Tempah tarikh anda di sini ataupun hubungi 019-210 4948 untuk pertanyaan lanjut.

Leave a Reply

*