Nik Faiz - Malaysia's First Certified Professional Career Coach & EQ Motivator | +6019-210 4948

Tips Resume

menulis resume berkualiti
14
Apr

12 Kunci Emas Menulis Resume Berkualiti

Setiap orang yang sedang mencari pekerjaan, sememangnya tidak akan terlepas dari membuat resume. Ini termasuk mereka yang ingin membuat permohonan biasiswa pengajian juga memerlukan mereka untuk membuat resume.

Tiada istilah one resume fit for all.
Menulis resume berkualiti,mestilah khusus kepada jenis jawatan yang dimohon.

Menurut Professional Resume Writer and Career Coaches (PARW/CC) yang bertempat di St Petersburg, Amerika Syarikat. Resume adalah sejenis tool yang digunakan oleh individu sebagai wakil kepada diri mereka untuk menceritakan perihal diri, pengalaman, skil dan sebagainya agar syarikat yang dimohon tertarik untuk memanggil mereka ke temuduga.

Resume pada asasnya ada dua jenis iaitu; Chronological resume dan Functional resume

Baik, apakah perbezaan dua jenis resume ini?

Chronological Resume

Bersesuaian dan diguna pakai oleh mereka yang telah lama bekerja dan memegang pelbagai jawatan yang penting dan bertujuan juga untuk memohon jawatan yang penting.

Jawatan penting yang dimaksudkan adalah seperti; Manager, Senior Manager, Vice President, Director, dan CEO.

Yang akan dititik beratkan di dalam Chronological Resume adalah:
1. Acheivement atau pencapaian yang telah anda dapat
2. Jasa yang telah diberikan kepada syarikat yang terdahulu.

Functional Resume

Berbeza dari Chronological Resume, ‘Functional Resume’ adalah resume yang menerangkan tentang:
1. Pengalaman kerja anda serta
2. Skill dan nilai yang anda ada untuk ditawarkan kepada bakal majikan.

Resume jenis ini juga sesuai kepada entry level iaitu graduan yang baru tamat pengajian, dan juga mereka yang berada ditahap mid management level dan ke bawah.

Kedua-dua jenis resume ini tidak akan terkecuali dari 12 Kunci Emas resume ini dan anda harus mempunyai seni dan strategi bagaimana untuk meletakkan kunci-kunci ini.

Apakah 12 Kunci Emas Untuk Menulis Resume Berkualiti ?

Saya senaraikan dibawah.

  1. Cover Letter
  2. Personal Bio data
  3. Executive Summary
  4. Working Experience
  5. Educational Background
  6. Personal Qualities
  7. Personal Skills
  8. Technical skills
  9. Achievements & Awards
  10. Pictures
  11. Reference
  12. Expected Salary

Kenapa Saya Namakan Sebagai Kunci Emas?

Kerana kemungkinan besar bakal majikan hanya akan tertarik kepada satu perkara (kunci) sahaja apabila mereka meneliti resume anda.

Sebagaimana pernah terjadi kepada beberapa individu yang saya bantu melalui Program Business Resume Writing & Job Interview Workshop untuk mendapatkan kerja.

Mereka pernah ditawarkan kerja hanya kerana Educational Background.

Semasa mereka sedang ditemuduga oleh Pengarah Syarikat dan beberapa orang pegawai sumber manusia, pengarah tersebut ternampak bahawa individu itu pernah bersekolah di sekolah yang sama dengannya.

Sesi temuduga yang awalnya formal tiba-tiba bertukar seperti perbualan ‘reunion sekolah’, dan asyik bercerita suasana sekolah serta guru-guru yang mengajar mereka.

Alhamdulillah dia ditawarkan kerja, hanya kerana ‘educational background’.

Baca juga: Belum Konvo, 3 Syarikat Sudah Tawarkan Pekerjaan

Perkara seperti ini mungkin juga akan terjadi kepada anda apabila anda tahu bagaimana cara dan strategi yang terbaik untuk membuat resume anda supaya nilai anda terserlah di mata bakal majikan.

Untuk anda yang berminat nak belajar terus dengan saya...

Mungkin ada di antara anda yang mahu belajar secara bersemuka dengan saya. InsyaAllah, saya akan mengadakan satu workshop yang dinamakan Business Resume Writing dan Effective Job Interview

Insyallah, dalam workshop ini, saya akan tunjukkan cara untuk anda menulis resume berkualiti, menjadikan resume anda dipilih oleh syarikat, lulus sesi temuduga dengan tips dan strategi berkesan, berunding cara untuk dapat gaji yang sepatutnya sehingga anda dapat kerja.

Program ini akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 6 petang di Putra Heights, Selangor (berdekatan stesen LRT Putra Heights)

Boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut tentang kelas ini.

Kalau anda berminat, klik di sini dan isi borang yang disediakan.

ANDA BELAJAR SESUATU?

Mudah-mudahan anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini. Mohon tekan butang Share dan kongsikan di wall anda supaya lebih ramai mendapat manafaat.

TIP LAIN YANG MUNGKIN BOLEH MEMBANTU

Anda juga boleh membaca entri-entri di bawah untuk lebih banyak tips menarik ?
1. Cara Jawab Soalan ‘Tell Me About Yourself Dalam Temuduga
2. 5 Kesilapan Kritikal Resume Anda Ditolak
3. 3 Soalan Wajib Ditanya Di Akhir Temuduga
4. 7 Tip ‘Short-cut’ Dapat Kerja Semasa Menjalani Latihan Industri
5. 40-Jam Persediaan Untuk Lulus Temuduga

Leave a Reply

*