Nik Faiz - Malaysia's First Certified Professional Career Coach & EQ Motivator | +6019-210 4948

Tips Temuduga

persediaan-lulus-temuduga-kerja
21
Mar

40 Jam Persediaan Lulus Temuduga Kerja

Kajian terhadap calon yang berjaya dalam temuduga mendapati, jumlah masa yang mereka peruntukkan untuk membuat persediaan temuduga adalah 40 jam.

Bagaimanakah caranya mereka peruntukkan 40 jam tersebut?

Di sini saya kongsikan rahsia yang bukan lagi rahsia 😀

Persediaan Lulus Temuduga Kerja

KAJIAN RINGKAS

Persediaan Lulus Temuduga #10 Jam Pertama

Buat kajian ringkas untuk mengenali latar belakang syarikat

+ Siapakah Ketua Pegawai Eksekutif, Ahli lembaga Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah di syarikat tersebut.
Cuba untuk kenal pasti wajah mereka. Tak mustahil anda boleh terserempak dengan mereka di lobi pejabat.

+ Apakah jenis bisnes yang dijalankan?
Syarikat tersebut menjalan perniagaan jenis trading, servis atau pengedar.

+ Apakah Produk / Servis Utama
Dapatkan informasi mengenai ‘top selling’ produk mereka.

+ Pencapaian Syarikat
Anugerah yang telah syarikat perolehi.

TENGAH CARI TIP TEMUDUGA


Nak tahu jenis-jenis soalan biasa ditanya semasa temuduga dan cara menjawab yang betul, sehingga anda lulus dan ditawarkan kerja!.

KLIK SINI!

RANCANG SITUASI TEMUDUGA

Persediaan Lulus Temuduga #10 Jam Kedua

Situasi bagaimana yang ingin anda lalui semasa sesi temuduga tersebut mestilah dirancang sebaiknya.

+ Lakukan kajian contoh-contoh soalan temuduga yang mungkin ditanya oleh pihak penemuduga.
Ketahui jenis-jenis jawapan temuduga yang biasa ditanya mengikut jawatan yang dipohon.

+ Sediakan skrip jawapan kepada soalan temuduga
Apabila soalan-soalan telah diketahui, sediakan rangka jawapan yang sepatutnya anda jawab.

RUJUKAN PANTAS TEMUDUGA 2017 - PERCUMA!

Koleksi soalan-soalan temuduga yang biasa ditanya, dan apa yang sepatutnya anda jawab!
SAYA MAHU!

 

+ Bagaimana anda mahu bakal majikan melihat anda
Buat persediaan dan dapatkan ilmu dari segi pemilihan pakaian yang kelihatan professional.

+ Dapatkan bantuan mereka yang ada pengalaman untuk membantu.
Rujuk kepada mereka yang pakar dan bertauliah dalam bidang ini. Dapatkan bimbingan yang betul. Kesilapan membuat rujukan boleh menyebabkan anda mungkin tidak mendapat peluang pekerjaan yang ditawarkan.

 

KAJIAN TENTANG BIDANG KERJA

Persediaan Lulus Temuduga #10 Jam Ketiga

Lakukan kajian tentang skop bidang kerja yang ditawarkan.

+ Adakah bidang kerja itu sesuai dengan kepakaran anda?
Kenalpasti beberapa kata kunci yang penting berkaitan dengan bidang tugas tersebut

+ Adakah anda mampu melakukan bidang tugas itu
Tanya pada diri kerana ini penting supaya anda boleh tunjukkan prestasi kerja yang baik, terutamanya dalam tempoh percubaan.

+ Adakah anda sesuai dengan suasana kerja yang ditawarkan
Dapatkan maklumat mungkin lokasi dan Suasana kerja yang mungkin ‘open-office’ – bermaksud tiada bilik, tiada cubicle, dan tiada partition.

Nilai Yang Ditawarkan
+ Apakah nilai ataupun kelebihan yang ada pada diri anda yang ingin ditawarkan kepada mereka? Senaraikan yang berkaitan.

PERCUMA

Mahu tahu contoh soalan yang biasa ditanya semasa temuduga dan Cara Menjawab Yang Betul, Hingga Anda Ditawarkan Kerja.
Saya Nak!

LOKASI

Persediaan Lulus Temuduga #5 Jam Seterusnya

Kenalpasti Lokasi

+ Kaji lokasi tempat temuduga tersebut

+ Survey jalan ke tempat temuduga, dan alternatif public transport

+ Rancangkan perjalanan yang terbaik supaya dapat elakkan jam dan perkara yang tidak diduga seperti kemalangan jalan raya mahupun hujan atau banjir kilat.

 

PERSEDIAN DIRI

Persediaan Lulus Temuduga  #5 Jam Terakhir

Persiapan Terakhir…

+ Sebelum tidur, buat persiapan awal pakaian, kasut, beg, tudung dan lain-lain

+ Sediakan salinan sijil (jika diminta, anda boleh terus berikan pada pihak penemuduga.

+ Berlatih menjawab soalan temuduga di hadapan cermin, ataupun buat rakaman video dan minta mereka yang pakar untuk berikan komen dan nasihat.

+ ‘Groom’ kan diri anda dan pilih pakaian sesuai untuk hadir ke temuduga, menjadikan anda kelihatan kemas, professional dan meyakinkan!

HARI TEMUDUGA

Persediaan Hari Temuduga

Dengan persiapan yang dibuat selama 40 jam, maka masanya sudah tiba.

Hari yang akan menentukan samada anda akan mara ke peringkat seterusnya.

Saya berikan tip ini:
• Mulakan perjalanan ke tempat temuduga dengan doa dan bismillah.

• Hadiri tempat temuduga di awal waktu, sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal.

• Bawa barangan yang perlu sahaja ke bilik temuduga.

• Senyum, bermula dari rumah sehinggalah selesai temuduga.

• Sapa dengan baik sesiapa sahaja yang anda jumpa di pejabat tempat temuduga

• Tunggu giliran temuduga di tempat yang orang boleh nampak dan menyedari kehadiran anda

• Hadapi temuduga dengan yakin.

SERIUS MAHU DIBANTU?


Izinkan saya bantu anda dalam sesi Personal Coaching, dan saya tunjukkan langkah demi langkah untuk anda lulus temuduga dengan mudah..

KLIK SINI UNTUK SAYA BANTU!
Nik Faiz, Certified Professional Career Coach by PARW/CC, USA

Leave a Reply

*