Nik Faiz - Malaysia's First Certified Professional Career Coach & EQ Motivator | +6019-210 4948

VIDEO RESUME

video resume
9
Jun

10 Perkara VIDEO RESUME Anda Perlu Tahu

Video Resume

Kini menjadi satu keperluan dan wajib disediakan oleh calon pencari kerja.

Ia merupakan video ringkas yang menerangkan tentang latar belakang diri dan matlamat masa depan. Kebiasaannya tempoh durasinya adalah dalam masa tiga hingga lima minit sahaja.

Trend menyediakan video resume ini semakin menular dikalangan syarikat yang international dan syarikat-syarikat di Malaysia sekarang ini. Kenapa? Ini kerana kaedah video resume ini dapat:

    1. Jimatkan masa
    2. Jimatkan kos
    3. Memudahkan hiring company membuat pemilihan
    4. Mencari ‘X-Factor’ dalam diri calon (melalui gaya bahasa badan dalam video yang dihantar)
    5. Mudah untuk dikongsikan kepada rangkaian majikan yang memerlukan calon dengan ciri yang sama

video resume

Yang di atas adalah manfaat yang diperolehi oleh untuk hiring company, atau syarikat yang mencari calon bekerja. Bagaimana pula untuk calon yang memohon?

Baca: Hiring Trend 2017/2018

 

MANAFAAT PADA PENCARI KERJA

Baiklah, ini manfaat yang calon pencari kerjaya akan dapat:

  1. Berpeluang untuk ‘menjual diri’ dengan lebih efektif
  2. Menonjolkan kelebihan diri dengan lebih mudah. (Soft skills)
  3. Bersifat international, membolehkan calon dikenali dan di’lamar’ oleh syarikat antarabangsa
  4. Lebih mendapat emotional engagement dengan bakal majikan
  5. Mudah untuk majikan kongsikanĀ dengan partner ataupun pihak pengurusan mereka.

 

HANTAR VIDEO ANDA SEKARANG KE....

Poster iklan dibawah merupakan satu contoh yang saya maksudkan tentang keperluan untuk anda ada ilmu dan belajar bagaimana menyediakan video resume yang efektif. Selain memenuhi syarat penyertaan, anda perlu menghantar video resume untuk penilaian mereka.

video resume

Yang berminat boleh cuba apply post di atas šŸ™‚

TANYA KERJAYA

Nak tanya #1 soalan cepu mas berkaitan VIDEO RESUME?
Saya bersedia membantu.

Tuliskan soalan anda di dalam kotak dibawah. Jawapan akan dihantar terus ke email anda.

Career Coach anda,
Nik Faiz | The Career Expert

Leave a Reply

*