Ramai bertanya pendapat saya tentang situasi pasaran kerja pada masa sekarang. Lebih-lebih lagi dengan tertubuhnya kerajaan yang baharu, adakah ianya akan mempengaruhi pasaran kerja, dan bagaimana job seeker perlu menghadapinya?
Padangan saya ini adalah pandangan peribadi saya dari kaca mata pencari kerja.
Setelah beberapa minggu memerhatikan corak pasaran kerja, ini 3 perkara yang agak membimbangkan saya:
- Keadaan nilai matawang yang tidak stabil
- Pelabur-pelabur luar yang mengambil langkah drastic dengan menjual saham-saham
- Keyakinan rakyat terhadap kepimpinan baharu negara akan memberi impak yang cukup besar terhadap pencari kerja.
Jadi, Apa Kaitan Pelabur Dengaan Pasaran Kerja?
Saya cuba ceritakan dari sudut yang mudah untuk difahami.
Katakan syarikat antarabangsa A dalam perancangan membesarkan lagi bisnes di Malaysia. Perancangan tersebut akan mengambil kira kadar potensi pertumbuhan perniagaan yang bakal mereka perolehi apabila mereka membesarkan lagi perniagaan mereka di Malaysia.
Setelah mereka mengetahui maklumat yang lebih telus tentang situasi keewangan negara, pelabur menjadi risau jikalau pelaburan tersebut tidak akan mendatangkan pulangan yang baik.
Jadi mereka letakkan perkara tersebut dalam keadaan ‘idle mode’, dan menunggu jika ada perkembangan positif yang seterusnya kepada negara.
Sampai bila?
Kita tidak tahu. Namun apa yang saya tahu, untuk memulihkan keadaan ekonomi negara bukan sesuatu yang mudah malah ianya akan memakan masa.
Baik kita berbalik semula kepada awal perancangan mereka adalah membuka rangkaian baharu, sudah tentu mereka memerlukan ‘resource’ bagi menggerakkan bisnes mereka.
Ini akan membuka ruang dan peluang baharu kepada job seeker dengan jawatan kosong yang baru dan pelbagai.
Maka jawatan kosong akan bertambah dan peluang pekerjaan akan menjadi lebih banyak. Seterusnya kadar pengangguran akan menurun insyaAllah.
Setiap ‘hiring’ yang dibuat untuk satu-satu rangkaian/ cawangan yang baharu, pekerja yang baru akan diambil dan dipersiapkan untuk menggalas kerja kakitangan yang lama.
Pekerja senior akan dipersiapkan untuk tugasan baru atau berpindah ke cawangan yang baharu, bukan sahaja mereka ini pindah namun ianya juga peluang untuk pekerja lama naik pangkat juga.
Ini sekaligus bukan sahaja akan bermanfaat kepada para pencari kerja sahaja malahan kepada negara juga amnya.
Baiklah, bagaimana jika pelabur tersebut menarik ‘handbrake’ atau membatalkan perancangan mengembangkan perniagaan atau cawangan yang baru?
Sudah tentu pengambilan pekerja baru akan di hentikan serta merta. Ini akan memberikan impak kepada jumlah jawatan kosong yang semakin berkurangan.
Bagi syarikat bumiputera yang tidak melibatkan import dan eksport keluar negara, mungkin mereka tidak akan terkesan sangat dengan perkara ini, namun peningkatan dari sudut lainnya sudah pasti akan bertambah.
Bagaimana pelaburan asing memberi impak kepada peluang pekerjaan?
Bagaimana pula kaitan ekonomi dengan peluang pekerjaan?
Apabila nilai matawang bagus, maka proses jual beli akan menjadi bagus.
Terutamanya yang melibatkan dagangan antarabangsa.
Saya berikan situasi mudah untuk lihat perkaitannya.
Katakan syarikat B berniaga kain, dan kain tersebut dibeli dari China. Dahulunya dengan rm1000, Syarikat B boleh bawa balik 5 gulung kain, namun selepas kejatuhan matawang pihak syarikat perlu menambah modal menjadi rm2000 untuk membeli 5 gulung kain.
Bukan kerana pembekal yang naikkan harga, tetapi nilai matawang kita yang jatuh yang menyebabkan Syarikat B perlu membayar harga lebih terhadap pembekal.
Pakaian yang dihasilkan oleh Syarikat B juga akan naik harga.
Jika mereka masih kekal dengan harga yang lama, maka mereka akan tanggung kerugian.
Bagaimana jika mereka tetap mahu tetapkan harga pakaian pada harga yang sama dan masih ada untung?
Betul, mereka harus kurangkan kos operasi, yang mana kos operasi ini termasuklah gaji pekerja, sewa bangunan, sewa gudang, letrik, air, dan sebagainya.
Jika adanya pekerja yang bekerja secara kontrak, mereka kemungkinan besar kontraknya tidak disambung agar dapat meminimumkan kos operasi.
Bonus mungkin sedikit ataupun tiada langsung.
Kenaikan mungkin tak sampai 5%, dan pengambilan pekerja baharu akan ditangguhkan.
Setiap satu perkara akan memberi impak kepada perkara-perkara yang lain juga.
Pemulihan ekonomi akan mengambil masa, dan tiada siapa yang tahu bilakah ekonomi akan pulih sepenuhnya.
Setiap tahun akan ada graduan yang baru yang semestinya mengharapkan adanya peluang pekerjaan sejurus mereka tamat belajar.
Mereka harus sentiasa peka dengan keperluan industri semasa, seperti graduan yang bagaimana yang mereka cari, dan graduan yang bagaiamana yang mereka tidak perlukan.
Tanyakan kepada diri sendiri, dimanakah dan bagaimana anda boleh bermanfaat kepada industry terkini.
Jika masih lagi ragu atau ‘blur’ cepat-cepat dapatkan bantuan agar jelas dengan perjalanan kerjaya.
Persaingan fresh graduate dan jobseeker yang lain akan menjadi lebih sengit dengan jumlah jawatan kosong yang minima.
Hiring Manager akan lebih tegas dan ketat dalam memilih bakal pekerja yang baru.
Oleh kerana saya sering berhubung dengan syarikat yang sedang mencari calon kakitangan mereka saya agak terkejut dengan ketatnya syarat kemasukan pekerja baru.
Saya bertanya, kenapa syaratnya begitu ketat?
Mereka menjawab, kami tidak boleh tersalah pilih calon.
Setiap bayaran gaji yang dibayar setiap bulan adalah sangat bernilai, kami harus berwaspada agar pelaburan kami terhadap pekerja yang baru adalah pelaburan yang amat berbaloi.
Wow!, bagaiamana lagi harus saya bantu mereka terutamanya graduan dan jobseeker untuk mendapatkan kerja?
Apa yang diberitahu oleh hiring manager terhadap tapisan yang telah saya buat tidak satupun kena!
Masih banyak yang perlu saya bantu mereka, masih banyak yang mereka perlu belajar.
[gdlr_notification icon=”icon-flag” type=”color-border” border=”#99d15e” color=”#000000″]‘Fresh graduate dan job seeker perlu ubah cara mereka mencari kerja, cara mereka bekerja, dan cara mereka bersosial dalam bekerja.[/gdlr_notification]Mereka tidak lagi boleh jadi calon yang ‘sama’ sahaja dengan calon yang lain, mereka perlu ubah.
Majikan sekarang mencari 1 staff yang boleh buat kerja 3 orang staff yang lain.
Walaupun saya sangat tidak bersetuju dengan ‘muti-task’ ini, namun keadaan ekonomi memaksa para majikan melakukan yang sedemikian agar bisnes tetap berjalan, dan syarikat masih dapat untung.
Peluang pekerjaan akan jadi sangat mencabar untuk tempoh masa yang mendatang, nilai angka individu yang tidak bekerja akan meningkat, dan kos sara hidup juga akan kian meningkat dari masa ke semasa.
Di negara barat, peluang kerja adalah sangat terhad.
Bukan kerana ekonomi mereka tidak bagus, namun disebabkan oleh banyak pekerjaan yang mana dahulunya dilakukan oleh manusia kini digantikan oleh robot.
Banyak kilang-kilang otomotif, peralatan elektrik dan elektronik telah digantikan oleh robot secara beransur-ansur.
Bagi negara Malaysia, ianya tidak jauh, dengan perkembangan teknologi global yang sangat cepat lambat laun akan berdepan dengan situasi sama juga.
Persoalannya apakah bakal graduan lakukan untuk berhadapan dengan situasi ini.?