Skip to main content
Kursus Penulisan Resume dan TemudugaKursus Persediaan Temuduga Kerja

Workshop Get Hired | The University of Queensland, Australia

By April 25, 2018April 19th, 2019No Comments
perunding kerjaya

Salam dari Brisbane, Australia.

Ketika menulis posting ini, saya berada di Brisbane.

Alhamdulillah, buat pertama kalinya saya telah dijemput untuk berkongsi ilmu kerjaya di salah sebuah universiti di Australia, dan ini merupakan program pertama Career Expert di Queensland!

Saya bersama di sini selama seminggu bersama family Career Expert.

Seronoknya berada di sini kerana semua penduduknya baik-baik, relax dan tenang aja.

Hari ni mahu berkongsi perbualan saya dengan beberapa orang local Australia tentang dunia kerjaya.

Isu Pengangguran di Australia

‘Di Australia ni ada tak masalah pengangguran?”, tanya saya sewaktu berbual dengan Abg Dan, warganegara Malaysia yang berhijrah ke Australia hampir 12 tahun.

‘Well mate, in Australia you wont be jobless for long’, jawab Abg Dan.

Ya, paling lama jobless pun sebulan. Kebiasaannya sebelum grad lagi anak-anak dah dapat offer kerja.

AWALNYA DAH KERJA?

Now the question is, macam mana boleh jadi macam tu?

Sistem pendidikan mereka berbeza dengan kita.

Di Australia, anak-anak telah diberikan peluang untuk mendapatkan pengalaman kerja seawal usia 15 tahun, PT3.

Bila mana anak-anak kita sibuk dengan buku, untuk score PT3, anak-anak di Australia seronok ambil pengalaman kerja dengan kerja dipelbagai sektor.

Ada yang kerja sebagai cleaner di kedai, ada yang kerja sebagai pembantu tukang masak di kedai, kerja di bengkel sebagai junior mekanik, pembantu dihospital, pembantu di pusat jagaan warga emas dan pelbagai bidang dan jawatan yang boleh mereka mohon.

Saya tanya lagi pada Abg Dan, kenapa mereka didedahkan dengan pengalaman kerja sebegitu awal, sedangkan mereka sepatutnya fokus kepada pelajaran?

Sebenarnya, tidak awal  dan tidak lewat, malah tepat pada masanya, kata rakan Abg Dan pula.

Perkara ini dilakukan oleh para pelajar pada musim cuti mereka, dan ianya tidak menganggu pelajaran, malah anak-anak di Australia melakukannya dalam keadaan gembira dan enjoy.

Pada usia sebegini, kanak-kanak harus didedahkan dengan pengalaman kerjaya, ini akan membantu mereka untuk membentuk hala tuju kerjaya dengan lebih jelas.

 

TIDAK DI BAYAR GAJI

Yang membuat saya lebih terkejut adalah, mereka bekerja selama 80 jam tanpa dibayar gaji.

Namun, walaupunt tidak dibayar gaji kebanyakkan syarikat akan memberi elaun. Masa kerja mereka tidaklah bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Tempoh masa mereka kerja cuma 2-3 jam sahaja sehari selama 2-3 bulan (bergantung kepada cuti persekolahan). Itupun sudah cukup untuk memberi pengalaman pada mereka.

Setiap tahun masa bekerja akan bertambah, tugas dan skop kerja yang berlainan, dan yang paling mahal mereka perolehi pengalaman yang berbeza.


 

USIA 15 TAHUN DIDEDAHKAN TENTANG RESUME

Bayangkan, seawal usia 15 tahun anak-anak di Australia sudah belajar membuat resume, dan mereka wajib  ada resume.

Setiap tahun mereka ini akan bertukar-tukar kerja dapatkan pengalaman kerja yang baru.

Sebaik sahaja keluar universiti, mereka sudah tahu ke mana hala tuju kerjaya mereka selepas itu berdasarkan minat dan pengalaman kerja yang mereka perolehi.

Menarik kan.

Australia negara yang amat cantik dan banyak tempat menarik untuk diterokai. Pengalaman seminggu berada di sana sangat bermakna.

 

BENGKEL GET HIRED TEMBUSI PASARAN AUSTRALIA 

Ya, CAREER EXPERT berada di Australia untuk berkongsi ilmu kerjaya dalam SEMINAR GET HIRED di Queensland. Seminar ini untuk pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di Australia dan akan menamatkan pengajian pada tahun ini.

Alhamdulillah, ini merupakan satu penghormatan menerima jemputan dari universiti luar negara buat Career Expert.

 

Pihak penganjur tempah The Great Southern Hotel  yang ada view cantik dan pemandangan malam yang tenang dan cool sangat. Surprisingly nice hotel with modern inter deco and great space. So, you should consider this hotel if you’re in Brisbane.

 

 

Terima kasih pada pihak University, penganjur dan semua crew Get Hired yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

 

perunding kerjaya

 

HALA TUJU KERJAYA

Get Hired adalah program praktikal yang membantu pelajar-pelajar untuk menentukan hala tuju kerjaya mereka dan membuat persediaan kerjaya sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Career Expert membantu peserta-peserta dalam tip dan strategi menulis resume yang membolehkan mereka mohon ikut kerjaya yang diminati.

 

 

 

PERSEDIAAN HADAPI TEMUDUGA

Perunding Kerjaya Career Expert juga berkongsi dengan peserta tentang ilmu, strategi dan persediaan nak hadapi temuduga.

Antara yang dikongsikan adalah soalan biasa ditanya, soalan killer dalam temuduga dan peserta di beri  panduan & idea bagaimana nak jawab dan hadapi temuduga.

Ini termasuk tentang body language semasa temuduga, pemakaian dan persediaan penting sebelum, semasa dan selepas temuduga.

Program Get Hired bersama Career Expert bukan hanya teori, kalian duduk dengar dan catat sambil mengantuk-mengantuk. No! No! No!

Setiap masa ada aktiviti dan kalian tak sempat nak tengok hp kot 😀

 

perunding kerjaya

MAKAN-MAKAN BERSAMA CREW GET HIRED

Maghrib di Australia agak awal, iaitu pada jam 6 petang. Jadi, sebaik sahaja tamatkan sesi, masih ada peserta yang menanti untuk bertanya soalan.

Sesi perbincangan diteruskan lagi sampai ke malam! Bersungguh-sungguh mereka mengambil peluang untuk bertanya tentang , hala tuju, semak resume dan semua berkaitan kerjaya. Fuh!

Sehinggalah dewan dan nak ditutup, perbincangan di sambung di kedai makan pula haha

Alhamdulillah, dinner bersama crew-crew Get Hired sebagai tanda terima kasih dari Career Expert & family.

Terima kasih buat semua, terutamanya mereka semua yang bertungkus lumus hampir sebulan lebih untuk menjayakan program ini. Career Expert merasa terharu dengan layanan dan kemudahan super tip tip dari kalian semua.

Guys, wish you all the best.

Insyalllah ada rezeki kita akan berjumpa lagi keh. Balik Malaysia, wajib datang office Career Expert okeh!

JEMPUT CAREER EXPERT KE TEMPAT ANDA

Perkhidmatan seminar Career Expert untuk bidang kerjaya, hala tuju selepas SPM dan dan latihan kerjaya hubungi
019-210 4948 atau hubungi kami di sini

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.