Skip to main content
Bimbingan Kerjaya

Bossku, 5 Cara Menarik Minat Pekerja Milennial Bekerja Dengan Anda

By December 18, 2018March 18th, 2019No Comments
5 Cara Menarik Minat Millennia Bekerja Dengan anda

Jika sebelum ini saya banyak berkongsi tentang tips mohon kerja, resume dan temuduga. Hari ini saya mahu kongsikan 5 cara untuk menarik minat milennial bekerja di syarikat anda. Suka atau pun tidak, topik ini penting jika anda adalah seorang pemilik bisnes, hiring manager dan recruiter di mana  sekarang anda sedang menawarkan pekerjaan kepada golongan milennial.

Istilah ‘baby boomer’, ‘milennial’ sudah tidak asing lagi dalam arena pekerjaan. Telah banyak kajian yang dibuat sehingga di peringkat antarabangsa yang rata-ratanya telah melaporkan bahawa ‘milennial’ adalah golongan yang agak susah untuk diambil bekerja sebab mereka ini dikatakan terlalu memilih.

Setelah berprogram bersama ribuan pelajar dan juga ‘jobseeker, saya mengambil inisiatif untuk duduk dalam kumpulan mereka bertujuan untuk mendengar situasi dan cabaran yang golongan ini hadapi. Saya dapat rumusan beberapa perkara tentang mereka yang akan membantu anda untuk lebih mengenali golongan ini secara lebih dekat.

Apabila anda memahami dan mendalami mereka, seterusnya memudahkan anda untuk mengambil mereka bekerja, insyaAllah.

5 Cara Menarik Minat Millennia Bekerja dan Kekal Di Syarikat Anda

#1 – BERIKAN SKOP KERJA YANG BETUL

Milennial sangat kreatif, optimistik, dan fokus dengan kebolehan diri. Namun begitu, mereka akan mudah untuk berasa tidak seronok bekerja bila mana kerja atau tugasan itu tidak kena dengan kebolehan mereka.

Seorang yang memegang jawatan sebagai ‘Nutritionist’, maka skop tugas mereka mestilah berkaitan permakanan, nutrion, dan diet. Bayangkan apabila seorang Nutritionist diberikan tugas tambahan sebagai Web Developer dan diberikan tugasan untuk membina website syarikat, ia bukanlah kerja yang perlu dilakukan.

Seorang ketua yang memahami dan mempunyai tahap EQ yang tinggi akan bertanya dahulu kepada pekerja tentang skop kerja yang baru ini.

Jika mereka berminat, maka bolehlah berikan tugasan baru ini. Namun jika mereka tidak sanggup untuk melaksanakan tugasan itu, janganlah terus menghukum dengan melabelkan mereka ingkar tugasan yang diberikan oleh syarikat.

Menolak bukan bermaksud tidak mahu belajar dan mencuba sesuatu yang baru. Mereka akan belajar selagi mana ianya masih relevan dengan kerja yang mereka perlu lakukan dan kena dengan minat mereka.

#2 – GAJI YANG SEPADAN

Pakej dan yuran pengajian mereka pada masa kini tidak sama seperti masa dahulu.

Dahulu yuran yang dikenakan tidak terlalu mahal, kini ada bidang pengajian mereka yang menjangkau hampir RM100k.

Rata-rata graduan masa ini kebanyakannya membuat pinjaman pengajian dengan bank dan lain-lain badan pinjaman. Jadi, sebaik sahaja tamat sahaja pengajian, maka bank akan mula kejar mereka untuk membayar balik pinjaman pengjian mereka.

Belum pun reda dengan stress belajar, mereka seterusnya stress memikirkan cara untuk membayar hutang pengajian mereka.

Apabila syarikat dapat menawarkan gaji yang bagus dan berpadanan dengan kerja yang mereka lakukan adalah baik, namun jika amaun yang ditawarkan membolehkan mereka untuk peruntukkan bagi bayaran pinjaman pengajian mereka adalah lebih baik.

#3- MENJADI KETUA YANG DISAYANGI

Memahami tentang tanggungjawab pekerja terhadap syarikat adalah satu perkara, memahami juga akan keperluan pekerja bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan baik adalah satu perkara yang lain yang sering dipandang remeh oleh majikan, bos, dan penyelia.

Ramai pemilik syarikat diluar sana yang berhasrat untuk mencari calon yang ada ‘emotional attachment’ yang kuat seperti mana mereka yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan syarikat.

Hakikat sebenarnya adalah sangat susah untuk mencari calon yang sebegitu. Tidak ramai pekerja yang mempunyai ‘sense of urgency’ yang sama seperti pemilik syarikat.

Apa yang penting kepada mereka adalah; bos yang memahami kebolehan mereka, menghargai setiap hasil kerja mereka, dan menghormati mereka sebagai seorang individu yang juga kakitangan syarikat yang turut sama membangunkan syarikat.

Memahami pekerja tidak bererti menurut setiap pemintaan dan permohonan mereka, namun ia memadai dengan mendengar pandangan dan idea yang mereka kongsikan.

#4 – KEBEBASAN DAN PRIVASI

Golongan milennial sangat suka bercuti, oleh itu adalah sangat pantang jika ada syarikat yang meletakkan syarat untuk bekerja di hari minggu.

Menjadi kelebihan jika ada syarikat yang memberikan insentif pelancongan kepada kakitangan mereka, namun banyak syarikat yang bersalah anggap tentang perkara ini.

Mereka beranggapan bahawa ‘staff trip’ itu sebagai insentif pelancongan tahunan syarikat, yang mana pengisiannya sarat dengan ‘brainstorming’ hal ehwal pembangunan syarikat.

Milennial lebih suka bercuti bersama keluarga dan juga teman yang rapat.

Elaun peruntukkan percutian setiap tahun sebagaimana yang dilakukan oleh banyak syarikat MNC telah membantu mengurangkan ‘staff turnover’.

Selain itu juga, istilah ‘work from home’ menjadi tarikan kepada pekerja-pekerja milennial. Adakalanya mereka mempunyai anak yang sedang sakit dan demam untuk dijaga, dan mungkin juga ada ibubapa yang uzur yang tinggal bersama, mereka memerlukan masa kerja yang lebih fleksibal agar membolehkan mereka menjalankan dua tanggungjawab secara serentak.

Kepada syarikat yang menawarkan ‘flexi-hour’ dan ‘work from home’, mereka semestinya akan menarik minat ramai milennial yang berpotensi untuk bekerja di syarikat mereka.

#5 – MATLAMAT BISNES & KERJA YANG JELAS

Syarikat besar atau kecil tidak menjadi halangan kepada mereka. Apa yang lebih penting adalah semua ahli dalam syarikat jelas dengan hasrat, dan matlamat hala tuju syarikat. Mereka harus diberikan tugasan yang jelas tentang apa yang ingin dicapai.

Sebagaimana ‘mobile games’ dicipta yang berteraskan kepada ‘mission and rewards’ corak pemikiran mereka dalam kerja adalah hampir sama.

Petakan dengan jelas paranan mereka dalam syarikat serta tugasan mereka dan apa yang perlu mereka capai.

Seterusnya apakah perkara dan misi untuk mereka capai dalam masa terdekat. Berikan misi yang releven untuk dicapai contohnya dalam tempoh 3 bulan akan datang.

Banyak syarikat yang tidak ada ‘workplan’ yang lengkap, dan ini akan membuatkan ramai pekerja rasa tidak seronok bekerja oleh kerana melakukan perkara yang sama hari demi hari. Hasilnya, mereka akan mula mencari syarikat yang lain.

Selain itu juga, syarikat digalakkan untuk membentangkan kepada kakitangan mereka ‘peta-kerjaya’ agar golongan ini dapat menetapkan matlamat peribadi yang ingin dicapai.

KESIMPULAN

Mudah-mudahan apa yang telah saya kongsikan ini akan dapat membantu pemilik bisnes, recruiter, hiring-manager membuat persediaan yang lebih terperinci dengan 5 cara menarik minat pekerja millennial bekerja dengan syarikat anda.

Dengan adanya golongan yang berpotensi di dalam syarikat, sesuatu kerja yang sukar akan menjadi lebih mudah sekaligus membantu ravenue syarikat meningkat setiap tahun dan memacu syarikat untuk mencapai visi & misi.

Great things in bussiness are never done by one person. They’re done by a team of people.

Credit
Photo: Rawpixel.com |
Editing: NikFaiz.com

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.