Skip to main content

Kursus Penulisan Resume/CV & Temuduga

Kursus Penulisan Resume & Temuduga Kerja

Merupakan salah satu dari inisiatif Career Expert untuk membantu pelajar-pelajar universiti, politeknik, kolej komuniti, terutama pelajar akhir tahun dan yang akan menjalani latihan indusri untuk melengkapkan graduan dengan pakej diri yang memikat hati majikan, sekaligus membuat persediaan sebelum layak dipanggil temuduga dan lulus temuduga.

Selain itu, kursus penulisan resume & temuduga kerja ini juga akan menekankan tentang teknik penampilan diri untuk melahirkan calon pencari kerja yang paling layak untuk di ambil bekerja.

Tidak Seperti Seminar Kerjaya Yang Lain…

Kursus Penulisan Resume & Temuduga ini akan membantu: 

  • Berbeza dengan program atau seminar kerjaya yang lain yang hanya menumpukan pada satu jenis teknik atau strategi, workshop ini merangkumi pelbagai teknik dan strategi memburu kerja dalam 6 modul utama.
  • Peserta bukan sahaja akan diajar bagaimana untuk menetapkan hala tuju kerjaya bagi capai kerjaya idaman, juga akan ditunjukkan cara-cara bagaimana menjadi calon yang paling layak untuk diambil bekerja

Apa Yang Akan Dipelajari

Workshop ini akan membantu pelajar-pelajar dengan menunjukkan cara dan strategi mendapatkan pekerjaan sebaik sahaja selepas tamat belajar / semasa dalam tempoh latihan industri.

Peserta-peserta akan didedahkan 6 modul utama iaitu :

  • Mapping Your Career Path
  • Power Resume
  • Power Linkedin Strategies
  • Power Interview & Image Impression
  • Power Salary Negotiation
  • Job Hunting Strategy

Kursus Penulisan Resume & Temuduga Kerja ini sarat dipenuhi dengan informasi, tips, contoh, kisah kejayaan, teknik dan nasihat terkini dari Career Expert.

Juga terdapat perbincangan berkumpulan, brainstorming, paparan video inspirasi dalam menetapkan hala tuju kerjaya anda!

Peserta-peserta juga akan melalui sesi temuduga secara praktikal, serta akan menjawab segala persoalan tentang kerjaya dan membuat semakan resume anda secara percuma bersama Career Expert!

Tempoh Masa

  • 2 hari (16 jam)

Input penting yang saya peroleh daripada kursus ini ialah :
- 2 types of individual yang kita boleh tahu dari job requirement
- Ketahui cara yang betul untuk menulis pengalaman kerja
- Elevator pitch strategy technique.
- Body languages and gestures semasa temuduga
- Ilmu baru - video resume.

Terima kasih atas ilmu yang Coach Nik Faiz kongsikan. Mohon halal dunia dan akhirat.
Harap boleh berjumpa dengan coach satu hari ni. Coach sangat humble orangnya..Best belajar dan mudah faham.

Farina Ismail   

Saya sangat suka dengan semua pengkongsian dari coach nik faiz . Membawa satu pandangan baru cara merangka resume dan ada nilai tambahan dalam resume tersebut.

Nur Anis Aqilah   

Alhamdulillah, saya terima sangat sangat banyak ilmu dan cara yang betul untuk membuat resume dan teknik ketika menghadapi temuduga. Terima kasih coach Nik Faiz! 🌹You are such a awesome and wonderful person! Semoga coach Nik Faiz terus berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang!

Nurul Jannah   

Sebelum ni nak buat resume pun kurang tahu format, sekarang dah tahu nak tulis apa pada setiap seksyen. Coach ajar satu-satu. And.. lepas ni kalau dapat iv sekurang2 boleh predict soalan yang akan ditanya oleh penel, sebab Coach dah ajar cara nak jawab 😊 Terima kasih coach atas segala ilmu yang tak ternilai harga.. hanya Allah je mampu balas jasa. Moga dipermudahkan segala urusan coach.

Nor Raihan   

Thanks to Coach Nik Faiz for your superb assistance and guidance so that we able to improve our own resume with professional ways to apply job. A lot of knowledge I managed to grab, hope so I will apply job through your resume guidance and manage to obtain it.

Siti Khadijah   

Banyak ILMU BARU yang diperoleh melalui seminar ini mengenai cara-cara membuat resume yang betul. Baru tahu banyak kesilapan dibuat, tak sama dengan apa yang saya buat. Disamping itu juga dapat memperolehi tips2 power mengenai rahsia resume. Selain itu juga dapat memperolehi tips2 temuduga yg boleh memberi keyakinan yang lebih bagi menghadapi suasana temuduga sebenar yang akan dapat memberi peluang yang lebih besar diterima kerja.

Muhammad Ali   

Banyak kesilapan mengenai resume dan interview dapat diperbaiki dan pelbagai tips berguna diberikan oleh Coach Nik Faiz sepanjang program berlangsung. Rasa lebih bersemangat dan yakin dan minta kerja. Ini sekaligus dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan jawatan yang dipohon. Diharap semoga coach diberi kesihatan dan dimurahkan rezki supaya program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Amirul Hakim   

BERMINAT UNTUK MENGADAKAN KURSUS INI DI TEMPAT ANDA?

Terkini Dari Career Expert

Kursus Ketrampilan Diri dan Temuduga Kerja

Seminar Kerjaya 2018 by Nik Faiz “Rahsia Mudah Dapat Kerja”

Lama juga saya merancang untuk mengadakan seminar kerjaya 2018 - Rahsia Mudah Dapat Kerja ini,…
bengkel video resume
Bengkel Video Resume

Graduan Kerjaya Wajib Ada Video Resume

Pengisian dan teknik yang lengkap dipelajari dalam bengkel video resume bersama Nik Faiz, CPCC Perunding…
Nik Faiz -Effective Job Interview Workshop
Kursus Penulisan Resume dan Temuduga

Resume Writing & Effective Job Interview Workshop | Skudai

Effective Job Interview Workshop Di US, statistik resume yang diterima oleh hiring company pada September…
global volunteer malaysia with nik faiz
Career Talk
Global Volunteer di Malaysia bersama Career Expert
kursus personal statement penulisan resume
Kursus Penulisan Resume dan Temuduga
Kursus Personal Statement & Resume Writing @ Bangi
bengkel penulisan resume & temuduga by nik faiz
Kursus Penulisan Resume dan Temuduga
Bengkel Penulisan Resume & Temuduga
seminar kerjaya bersama nik faiz
Career Talk
Seminar Kerjaya bersama The Career Expert
perunding kerjaya
Kursus Penulisan Resume dan Temuduga
Workshop Get Hired | The University of Queensland, Australia
Career Talk
Karnival Kerjaya, Keusahawan dan Industri di UniSZA
error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.