
Kursus Professional Personal dan Career Development
Hujung minggu ini The Career Expert di Shah Alam mengendalikan seminar “PERSONAL & CAREER DEVELOPMENT yang dihadiri oleh pelajar Engineering, Architecture, Art & Design & dll. Peserta semua sporting & aktif. Go go gurls!
Antara yang dikongsikan dengan peserta adalah tentang mencipta PELUANG KERJAYA.
Bidang Kerja pada zaman sekarang ni dah banyak berubah.
Masa sekolah 30 tahun dulu, apabila cikgu tanya;
“Murid-murid, apabila besar nanti nak jadi apa?”
Maka jawablah murid-murid pada masa itu termasuklah saya…”Saya nak jadi Doktor cikgu”
“Cikgu!, saya nak jadi Polis!”
“Saya pula nak jadi Cikgu seperti cikgu!
“ Rata-rata pada masa tu..itulah jawapan kita dulu-dulu.
Sekarang cuba tanya anak masing-masing..bila besar nanti nak jadi apa?
Mesti menarik jawapan yang keluar dari mulut mereka.
Namun, ada antara kita yang kerjanya sekarang ni tak seperti yang kita cita-citakan dahulu..
Terkmasuklah saya..
Kenapa jadi macam ni?
MINAT DAN PENDEDAHAN
Iye betul, ia adalah kerana pendedahan dan minat.
Apabila ada pendedahan maka akan timbulnya minat.
Saya dulu dikategorikan pelajar yang sangat pendiam, introvert yang amat, bercakap hanya bila perlu. pendek kata saya lebih banyak diam dan mendengar.
Sekarang kalau citer dengan kawan-kawan sesekolah dulu, terkejut dia orang, orang putih kata ‘i cannot brain this’ tak leh nak fikir, yang kerja saya sekarang ni BANYAK BERCAKAP.
Macam mana orang yang pendiam boleh jadi penceramah?
Jadi, bagaimana nak ada PENDEDAHAN?
Yezza, anda mesti pandai cari peluang!
Dalam bengkel ‘Strategi Mudah Dapat Kerja’, saya selalu nasihatkan kepada peserta terutamanya yang masih berada di universiti supaya apabila ada kelapangan ataupun semasa cuti sem, cari peluang untuk kerja.
Tak kisah kerja apa dan kerja part time pun tak apa.
Sebab anda akan jadikan pengalaman itu sebagai modal untuk naikkan nilai anda apabila anda buat resume nanti.
TANYA DIRI, APA YANG ANDA MINAT?
Jika minat dengan bidang latihan, dan bercita-cita nak jadi penceramah, carilah part time sebagai fasi program, jadi sekretariat program pun ok, walaupun kerjanya buat registration.
Jika ada seorang yang sukakan pets – arnab dan kucing, boleh cari kerja di Pet Shop sebagai pembantu kedai. Belajar cara yang betul dalam menguruskan pets, bagaimana menjalankan bisnes pets dll.
Jika ada gemar dengan aktiviti memanah, dan mahu buat bisnes dalam bidang archery. Mohon untuk jadi pembantu ataupun fasi. Jika ada, dapatkan kursus yang betul atau Certification dalam bidang ini supaya anda jadi professional dan ada pengiktirafan dari badan-badan yang berdaftar.
Ini hanyalah contoh, ada banyak lagi minat yang boleh ditukar menjadi bidang kerjaya.
Yang penting pendedahan dan pengalaman yang anda perolehi.
Gaji, upah, elaun itu kemudian pikir.
Pengalaman tu lebih penting
Dah ada pendedahan, minat, dan pengalaman, barulah anda lebih senang untuk CIPTA PELUANG KERJA untuk diri anda sendiri.
Mencipta kerja / peluang kerja yang saya maksudkan disini bukannya bermaksud anda pecah kepala fikir kerja yang belum wujud dalam dunia ini..itu membuang masa namanya.
Yang dimaksudkan adalah, ianya merupakan salah satu proses untuk anda menampakkan diri anda dalam sektor kerjaya tersebut.
Contohnya apabila anda pernah kerja sebagai fasi, circle anda akan bertambah, contact anda juga akan bertambah, apabila perkara ini bertambah, peluang kerja juga akan bertambah.
ANDA SENDIRI YANG CIPTA PELUANG KERJA ITU!.
Bagaimana boleh bertambah?
Sebab orang makin kenal dengan diri anda.
Bukan nak kejar populariti, namun nak nampakkan diri anda(kebolehan & kemampuan).
Apabila orang kata, “Aku nak cari fasi untuk program ni..”
” ni haa contact number budak ni, kerja tip top…banyak pengalaman”
So pelan-pelan upgrade, dari fasi kemudian jadi associate trainer, trainer dan seterusnya Master trainer.
Ada dikalangan rakan-rakan saya, bermula dengan hanya menjadi pembantu fasi dan edarkan kertas pada peserta.
Sekarang, beliau menjadi orang terkenal dan mempunyai puluhan ribu followers.
By the time anda jadi Master trainer, network anda yang dikalangan klien dan trainer-trainer yang lain sudah bertambah.
Ketika ini ni, nak bukak company sendiri untuk training pun dah boleh dah ni, sebab dah ada banyak pengalaman.
Pesanan akhir The Career Expert pada peserta-peserta hari ni,
Mulalah untuk cipta peluang kerjaya anda sendiri sekarang! – Nik Faiz
Alhamduilillah masa berlalu sungguh cepat. Semoga semua mendapat manfaat dan bertindak dengan ilmu yang diperolehi hari ini 🙂
Jemput The Career Expert ke tempat anda 🙂
Modul dan bajet boleh disesuaikan mengikut keperluan anda.
KAMI PASTI KURSUS INI TIDAK AKAN MENGANTUK, ENJOY DAN PENUH MANFAAT.
Sila hubungi 019-210 4948 atau klik di sini