Skip to main content
Motivasi

3 Cara Hadapi Golongan Negatif ..Di Tempat Kerja ataupun Di sekeliling!

By July 16, 20195 Comments
cara hadapi orang negatif

Dalam melaksanakan tugas harian sepanjang bekerja memang mencabar, apatah lagi kalau duduk bersahaja dirumah. Teringat pada cerita pelajar-pelajar saya yang terdiri dari fresh graduate, 2 bulan tidak buat apa-apa di rumah dan hanya main telefon setiap hari..pasti kena berleter berbakul-bakul kan.

Yang bekerja pun apa kurangnya, akan ada bos & supervisor yang memang takkan pernah penat untuk memberi habuan kepada telinga.  Namun apa pun hidup perlu diteruskan dan bagaimana anda memilih untuk meneruskannya adalah terpulang sepenuhnya kepada diri kita sendiri.

Saya sendiri pernah bekerja di beberapa buah syarikat sebelum menubuhkan syarikat saya sendiri. Hari ni saya bukan mahu cerita bagaimana saya menubuhkan syarikat, tetapi saya nak kongsikan pengalaman saya bekerja dulu dan berhadapan dengan golongan toksik ini dan bagaimana cara hadapi orang negatif ini.

Saya selalu pesan kepada pelajar-pelajar saya, hidup ni memang tough! Jadi hati kena cekal, jiwa kena kuat, emosi kena mantap.

Sebab apa?

Kerana dunia kerja yang kat luar sana..ooo mak aii.. kalau silap memilih silap-silap merana. Stress itu macam dah jadi lauk setiap hari.

Jangan jadi macam saya, tahan stress punya pasal last-last dapat asma, ni bukan asma al husna..ni penyakit semput yang kena tanggung sampaila sekarang, tapi tak adalah serious macam dulu.

Jadi, siapakah 3 Golongan Negatif Ini?

Guru saya selalu berpesan, jauhkan diri daripada  orang-orang negatif ini iaitu:

  • Mereka yang suka maki dan bercakap lepas.
  • Mereka yang ada hasad dengki
  • Mereka yang kononnya baik rupanya tikam belakang

Teringat semasa saya bekerja dulu, saya di letakkan di bawah penyeliaan seorang ketua yang sentiasa negatif dan suka maki. Semua jenis makian dah pernah dapat, kalau tak kerana emosi yang mantap pada masa tu memang tang tu jugak bos saya akan kena balik.

Tapi kita kan profesional, kena maki kita cool dan buat muka selamba kambing je..walaupun hati tengah panas.

Di saat kawan-kawan lain breakfast nasi goreng, nasi berlauk roti canai .. tapi saya pulak breakfast dengan ‘F*** You’. Apa perasaan ketika itu? Ikutkan hati nak blah je, nak MIA..tapi itulah antara cabaran kerja, bila dah kerja dengan orang, kita suka atau tidak memang kena hadapi.

Jiwa kena kental der 😎

Ada masa apa yang kita cakap, idea yang diberi, feedback yang negatif yang kita dapat. Kadang-kadang bila dah habis meeting kawan-kawan akan cakap ‘apa masalah dia (bos) dengan kau ni…’

Pada masa tu saya fikir ini mungkin salah satu dari proses yang perlu saya lalui sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran kerjaya yang lebih besar, so saya redha. Hanya mengharapkan Allah sebaik-baik pertolongan, dan percaya suatu hari untuk saya itu akan tiba.

Itu bab kena maki, kena maki dengan bos depan opis mate yang lain pun pernah juga, kena maki 5 minit lagi sebelum saya bagi talk pun pernah. Bayangkan emosi saya pada masa tu, nak bercakap depan orang ramai, nak bagi motivasi dekat orang ramai pulak tu di mana 5 minit sebelum itu baru saja di uji dengan kata-kata yang menghiris hati.

Yang kedua, adalah golongan toksik yang sentiasa ada perasaan hasad dengki dan suka tikam belakang. Dalam dunia kerjaya, memang akan ada orang yang dengki, sentiasa iri hati dengan kita, dan busuk hati.

Jangan expect semua orang akan suka dengan kita.

Yang suka tikam belakang, yang suka amik kredit hasil titik peluh kita pun sangat ramai. Anda berpenat lelah dan berfikir untuk memberikan idea, hasil kerja anda di akui oleh orang lain sebagai kerja dia. Jadi anda? Hanya berputih mata lihat rakan sekerja dipuji-puji atas hasil kerja anda.

Sebab tu apabila bekerja, perlu faham sosiopolitik ditempat kerja supaya kita tidak dipergunakan oleh orang lain, dan juga agar kita dihormati tidak kira jawatan kita kecil atau besar.

Jadi, macam cara hadapi orang negatif ini? 

Jika anda sedang menghadapi situasi dengan bos atau rakan sekerja yang suka maki, cakap begini,

‘Maaf, saya minta diri dulu sehingga anda memilih perkataan yang baik-baik untuk bercakap dengan saya’

Berkata sambil senyum. insyaAllah lama kelamaan dia anda akan mula sedar, namun berhati-hati dia mungkin akan mengambil masa untuk berubah. Jangan terlalu cepat untuk lihat perubahannya, perlu banyak bersabar 🙂

Seterusnya, jika anda sedang ada di situasi di mana kawan mungkin berhasad dengki dengan anda. Apa yang boleh anda buat sentiasa melakukan kebaikan kepada orang itu. Contohnya dengan cara belanja dia makan, atau bawakan makanan untuk di makan bersama-sama rakan pejabat lain. Ajak dia sekali.

Apabila lebih banyak kebaikan yang kita lakukan, lama kelamaan orang itu nak dengki dengan kita pun tak sampai hati sebab walau mungkin gaji lebih besar, naik pangkat lebih cepat, kita tetap baik dengannya.

Jika ada pula kawan atau supervisor yang selalu yang amik kredit diatas hasil usaha dan kerja kita, apabila kita nak handover kerja yang telah kita siapkan, kata begini

‘Semoga kerja yang telah aku disiapkan ini akan menjadi saksi di atas tugas yang diamanahkan di akhirat kelak’.

Orang ni kadang-kadang terlalu seronok buat perkara yang tidak baik kerana mungkin mereka lupa sekejap tentang mati dan akhirat. Jadi apabila kita ingatkan diorang balik insyaAllah menjadi.

Kalau tak percaya cubalah..

Baiklah, itu merupakan 3 cara hadapi orang negatif dan toksik yang dapat saya kongsikan dengan anda. Kalau nak lagi tip, boleh tulis di ruangan komen apa yang anda mahu saya kongsikan atau apa-apa soalan berkaitan kerjaya, nanti saya jawab ya.

Saya doakan semua pembaca yang membaca blog ini mendapat kerberkatan dan beroleh pahala yang besar kerana kongsikan blog ini, jumpa lagi!

5 Comments

  • metali says:

    saya pekerja baru dalam 1 bln belum biasa suasana orang sekeliling.. masalahnya jumpa orang toksik di tmpt kerja. pekrja lma termasuk orng tua separuh umur suka cakap kasar main lepas tanpa berpikir. kadang saya nak cakap minta tunjuk ajar pun tiada mood. jadi sekarang sya jdi orang pendiam tak banyak ckap bukan benci berdendam marah sebagainya.sya merasa tertekan byk pikir.

    • Kita semestinya tidak akan terlepas dan terkecuali dari mendapat rakan pejabat yang tidak serasi dengan diri dan peribadi kita, jika dapat semuanya yang baik-baik maka itu adalah suatu anugerah dan rezeki, jika dapat yang sebaliknya itu menjadi peluang untuk kita pelajari dan memahami rakan kerja itu. Apabila hal kerja, jika perlu untuk bertanya, maka bertanyalah. Setiap orang ada sisi baik dan kurang baik. Kuatkan emosi dan hadapi mereka dengan tenang, insyaAllah akan baik-baik sahaja.
      Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..My Profile

    • Ada tak doa supaya kita ni jadi kuat🥲

  • Insan kerdil says:

    Bagaimana menghadapi toksik people yang suka mencari kesalahan kita dan sering membuatkan kita ragu ragu untuk bertindak. Serba seribu satu alasan asyik meletakan kesalahan dan apa sahaja tindakan serta keputusan disalah erti dan dipersalahkan

    • ‘Toksik people’ makin dilayan makin menjadi. Ada satu perkara berkenaan orang toksik ini, hujah mereka adalah bersandarkan emosi semata-mata. Maka satu cara untuk hadapi mereka adalah dengan fakta serta logik.
      Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..My Profile

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.