Skip to main content
Kursus Video Resume

Kursus Video Resume: Gabungan Komunikasi, Personal Branding & Keyakinan Berdepan Dengan Kamera

By July 10, 2025October 15th, 2025No Comments
Sesi Kursus Visume berkualiti bersama Coach Nik Faiz dalam Program MyCare 2025.

Kursus Video Resume

Bila Komunikasi Visual Jadi Kunci Kerjaya

Dalam dunia kerjaya moden, video resume semakin mendapat tempat. Tapi bagaimana nak hasilkan video yang bukan sekadar menarik, tapi benar-benar meyakinkan majikan? Itulah yang kami bawakan dalam Kursus Visume Berkualiti anjuran Yayasan Tenaga Nasional bersama peserta program MyCare pada 13 Mei 2025.

Dalam sesi khas bertajuk Video Resume (Visume), Coach Nik Faiz dijemput berkongsi ilmu dan pengalaman bersama pelajar terpilih Program MyCare anjuran Yayasan Tenaga Nasional.

Latihan ini mungkin ringkas dari segi durasi, tapi impaknya terasa untuk membantu peserta mengenal kekuatan diri, membina keyakinan, dan belajar mempersembahkan diri secara lebih tersusun di hadapan kamera.
Bukan sekadar tahu guna kamera, tapi tahu siapa diri mereka, dan bagaimana mahu dilihat di mata bakal majikan.

Sesi penerangan Kursus Visume bersama Coach Nik Faiz dalam Program MyCare 2025

Apa yang Menjadikan Kursus Visume Berkualiti?

Dalam dunia hari ini, kita bukan sahaja perlu ‘ada kelayakan’, tapi juga tahu bagaimana untuk ‘menampakkan kelayakan’. Itulah fungsi utama visume menjadi sebagai jambatan komunikasi antara pelajar dan bakal majikan.

Kursus Visume berkualiti bukan sekadar mengajar teknik menghasilkan video. Ia membimbing peserta untuk mengenal keunikan diri, merancang mesej yang jelas, dan mempersembahkan potensi secara profesional, tanpa hilang sentuhan peribadi.

Dalam sesi ini, pendekatan yang digunakan tidak bergantung kepada skrip kaku, sebaliknya memberi ruang untuk peserta berkembang dengan suara mereka sendiri.

Kursus Visume berkualiti MyCare 2025 Coach Nik Faiz membantu pelajar kuasai komunikasi visual untuk video resume.

Modul Kursus Visume Yang Praktikal dan Interaktif, Bukan Teori Semata

Sesi ini menekankan kemahiran sebenar: bagaimana membina naratif yang betul, memilih visual yang sesuai, dan menyusun penyampaian agar mesej video sampai dengan jelas kepada pihak syarikat.

Latihan praktikal ini membantu peserta membina keberanian dan struktur komunikasi. Mereka tidak sekadar belajar “apa perlu buat”, tetapi terus mencuba “macam mana nak buat” dalam suasana yang selamat dan terbimbing.

Modul ini direka untuk bantu peserta hadapi realiti, bermula dari cabaran memperkenalkan diri, sehinggalah kepada bagaimana mengurus tekanan semasa bercakap di hadapan kamera. Kursus Visume berkualiti bukan tentang jadi ‘pandai cakap’, tapi tentang jadi lebih jelas, yakin dan mampu berhubung dengan penonton.

Yang paling penting, peserta-peserta Kursus Visume berkualiti ini tak hanya balik dengan nota, tetapi dengan kesedaran baru tentang potensi diri mereka dan ilmu baru bagaimana untuk menghasilkan konten resume yang berkualiti.

Sesi penerangan untuk aktiviti latihan Visume bersama pelajar MyCare
aktiviti-berkumpulan-kursus-visume-berkualiti-bersama-coach-nik-faiz

Yang paling penting – peserta tak hanya balik dengan nota, tetapi dengan kesedaran baru tentang potensi diri mereka.

“Bila pelajar mula sedar bahawa suara dan visual mereka ada nilai, di situ mula lahir keyakinan untuk melangkah ke alam kerjaya.”

 

kursus visume berkualiti coach nik faiz career expert malaysia

Penutup

Terima kasih kepada pihak Yayasan Tenaga Nasional atas jemputan dan kepercayaan untuk saya berkongsi dalam program istimewa ini. Semoga setiap peserta membawa pulang bukan sekadar ilmu, tetapi ilham untuk meneroka potensi mereka dengan cara yang lebih segar dan berani.

Mahu Mengadakan Kursus Visume (Video Resume) untuk organisasi anda?

Untuk agensi atau institusi yang sedang mencari trainer komunikasi visual untuk pelajar  khususnya berkaitan Kursus Visume berkualiti  (video resume, boleh terus ke halaman RFP saya di bawah. Kursus ini boleh diadakan secara bersemuka mahupun secara online. 100% claimable di bawah HRD Corp Claimable.

Klik di sini untuk hantar RFP

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.