
Ini Fakta!
34% graduan yang memohon jawatan kosong dikebanyakkan syarikat di tolak atau tidak pertimbangkan!
Kenapa?
Berdasarkan survey yang dibuat, ia adalah kerana terlalu ‘demanding’ dengan gaji.
Memang tidak dinafikan bahawa kos sara hidup sekarang kian meningkat, tetapi gaji yang dimohon juga harus ‘realistic’ yang sepadan dengan kelulusan serta jawatan yang dipohon.
Saya sendiri pernah melihat beberapa resume yang memohon jawatan EKSEKUTIF tetapi meletakkan ‘expected salary’ yang bagaikan seorang ‘Assistant Manager’.
Bertenang, dan jangan tergopoh-gapah.
Jika anda seorang graduan yang baru habis belajar, dan sedang bersemangat berkobar-kobar untuk kerja dan kumpul duit, terdapat dua 2 jawatan yang anda boleh mohon, yang mana ianya hampir tidak mengira apa jua kelulusan yang anda ada.
Yang penting semangat ingin belajar sesuatu yang baru mesti ada.
Mengikut survey jawatan kosong yang telah dilakukan oleh beberapa organisasi, EKSEKUTIF JUALAN atau ‘Sales Executive’ dan EKSEKUTIF PEMASARAN atau ‘Marketing Executive’ adalah merupakan jawatan kosong yang paling banyak ditawarkan oleh kebanyakkan syarikat di Malaysia sekarang ini.
Kedua-dua jawatan ini mempunyai amanah antara yang paling berat iaitu membawa duit masuk ke dalam syarikat.
Walaupun amanah mereka berat, tetapi mereka juga diberikan banyak keistimewaan berganda seperti, claim, ‘flexibility’ masa kerja, dan juga BONUS.
Benar, BONUS atau KOMESYEN!.
BONUS adalah dimana anda akan mendapat income yang lebih.
Mereka yang bergelar Eksekutif Jualan ni mendapat gaji pokok mungkin sama dengan staff yang lain tetapi komesyen jualan itulah yang akan buatkan mereka lebih loaded dari staff yang lain.
Baca: Panduan Tangga Gaji Untuk Pelbagai Jawatan Di Malaysia
Apabila lebih banyak jualan dibuat, lagi banyak komisen yang dapat.
Saya kenal dengan ramai ‘Sales Person’ dan memang income mereka mantap!
Setiap tahun dapat bercuti luar negara.
Apabila ditanya kerja apa, jawabnya eksekutif jualan dan tidak ada outside business income, dalam kata lain semuanya berdasarkan bonus dan duit gaji.
Jadi, masih berminat nak mohon jawatan sebagai sales executive?
Dalam Temuduga, Anda Wajib Tanya 3 Soalan Ini Pada Penemuduga
1. PENGIKTIRAFAN
Tanya kepada penemuduga itu, syarikat ada memberikan pengiktirafan kepada mereka yang mencapai jualan / ‘Top Sales’?
Jika ada, anda boleh teruskan membaca no 2
2. JENIS REWARD DIPEROLEH
Apakah bentuk pengiktirafan yang mereka dapat?
Adakah dalam bentuk percutian, komisen, kereta, downpayment untuk rumah dan lain-lain.
Kenapa perlu tanya?
Tujuannya adalah untuk mengetahui sebesar mana ganjaran yang berpotensi untuk anda dapat.
3. BILA DAN BAGAIMANA SYARIKAT MENGIKTIRAF
Selepas itu, tanya BILA kali terakhir pengiktifan dibuat dan bagaimana syarikat menghargai beliau.
Ini bertujuan untuk mengetahui samada program pengiktirafan itu masih berjalan atau sebenarnya kali terakhir adalah pada 7 tahun dahulu
JADI UNIK DAN TAHU HAK ANDA
Masih berminat nak jadi sebahagian dari jabatan jualan?
Muat Turun: Contoh Soalan Temuduga dan Cara Menjawabnya – PERCUMA!
So, itu adalah antara tip yang saya boleh kongsikan, lain jawatan lain caranya.
Untuk mendapatkan pendapatan yang bagus, maka pemilihan kerja, bos, dan syarikat juga mestilah lebih teliti dan bukan tangkap muat sahaja.
Ingat! Bukan pihak syarikat sahaja yang berhak untuk memilih, anda pun punyai hak yang sama.
Pilihan di tangan anda!
ANDA BELAJAR SESUATU?
Saya yakin anda dapat sesuatu dari tip yang saya kongsikan ini.
Mohon sudi tekan butang SHARE dan kongsikan pada rakan-rakan anda yang lain.

Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.
Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.
KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut . 🙂
2 Comments