Skip to main content
Kursus Organizational AdaptabilityKursus Penulisan Resume dan Temuduga

Kursus Organizational Adaptability – Latihan Kemahiran Insaniah Untuk Protege-RTW

By January 19, 2019September 6th, 2022No Comments
Nik Faiz - Kursus Organizational Adaptability

Hari ini Coach Nik Faiz – The Career Expert telah dijemput untuk mengendalikan Training Organizational Adaptability, Professional Resume Writing and Interview Skills selama 3 hari dan ianya merupakan sebuah pengalaman yang sangat memberi impak baik. Alhamdulillah.

Setiap kerjaya ada cabarannya. Rata-rata graduan yang belum mendapatkan pekerjaan merupakan graduan yang belum lagi bersedia untuk memasuki alam pekerjaan. Untuk meningkatkan keyakinan diri dan membuka peluang kepada graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik serta memenuhi dan memantapkan lagi kualiti seorang pekerja seperti yang diperlukan oleh sesebuah syarikat, graduan atau peserta SL1M di wajibkan untuk menyertai soft-skill training ini.

Terima kasih buat Tuan Rudyhizat,  dari RH Consulting atas jemputan dan peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada graduan SL1M dan interns di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Organizational Adaptability

Dalam kelas ini, ia memberikan pengetahuan dan asas kepada semua peserta tentang Emotional Intelligence (EQ). Dengan mempelajari ilmu EQ, ia dapat memberikan pengalaman pada peserta untuk memahami dan mengenal emosi diri sendiri dan orang lain, menjadikan suasana yang ditempat kerja lebih positif dan menyebarkan aura keseronokan bekerja.

Selain itu, peserta-peserta mempelajari tentang ekspesi muka, bahasa badan, emosi dan impak mengamalkan EQ dalam yang perlu dipraktikan samada di tempat kerja atau kehidupan harian. Dengan mempelajari kemahiran ini, kita akan menjadi lebih selesa untuk bersosial dengan orang lain yang membolehkan kehadiran kita lebih dirasai dan diterima.

Kemahiran ini bukan sahaja digunakan dalam kerjaya, tetapi juga diguna pakai dalam aktiviti sosial dan berinteraksi dengan orang lain.

Nik Faiz - Kursus Organizational Adaptability for Graduates
Nik Faiz - Kursus Adaptability Organizations for Graduates
Nik Faiz - Kursus Adaptability Organizations for Graduates
 5/5
Dalam sesi ini saya belajar tentang mengenali emosi diri sendiri dan emosi rakan-rakan sekeliling. Selama setahun ini saya rasa dah kenal, rupanya banyak lagi belum tahu dan sesi ini membuatkan saya lebih mengenali rakan-rakan di sini

Abdullah Izzat
IT Support
 5/5
Saya baru tahu rupanya emosi boleh diurus. Dengan tugasan yang diberikan semalam, saya banyak belajar cara dan bagaimana mengenali emosi seseorang.

Riza Fitri
IT Support

Social Intelligence

Socially intelligent people are observant and pay attention to subtle social cues from those around them. If you think that someone in your life has strong people skills, watch how they interact with others

Daniel Goleman

Seseorang yang memiliki kecerdasan sosial yang baik akan mempunyai ramai kawan-kawan, pandai berkomuniasi, mudah menyesuaikan diri dengan sekeliling dan hidupnya akan dimanfaatkan bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga untuk mereka disekelilingnya.

Jadi dalam kelas ini, Career Expert berkongsi dengan peserta-peserta tentang memahami asas bahasa badan dan mengenali maksud tersirat di sebalik ekspersi wajah dan bahasa badan.

Selain itu, peserta berpeluang mempelajari:

  • Bagaimana teknik berjabat tangan mampu mengawal seseorang
  • Isyarat bahasa badan
  • Magik di sebalik senyuman
  • Isyarat rahsia menerusi  mata, lengan dan solekan

..dan pelbagai lagi fakta-fakta menarik, diselang selikan dengan humor, praktikal dan strategi yang boleh di amalkan.

Nik Faiz - Kursus Adaptability Organizations for Graduates
Nik Faiz - Kursus Adaptability Organizations for Graduates

Advanced Professional Resume Writing

Resume merupakan alat untuk memperkenalkan diri anda pada syarikat. Resume akan menentukan anda layak dipanggil temuduga atau pun resume anda ke tong-sampah – gagal di panggil temuduga.

Career Expert berkongsi dengan peserta-peserta strategi dan tips bagaimana untuk mendapatkan akses kepada dunia pekerjaan. Dalam kelas ini juga, peserta diajar  membina resume yang betul dan tepat mengikut rentak pekerjaan yang mereka pilih, mengikut struktur resume terkini selari dengan trend cari kerja di tahun 2019.

Antara hasil di akhir kelas ini, kesemua 8 peserta yang hadir dapat menyiapkan resume masing-masing dan berkobar-kobar untuk memulakan pemburuan cari kerja di syarikat-syarikat impian mereka.

Nik Faiz - Kursus Adaptability Organizations for Graduates
Nik Faiz - Kursus Adaptability Organizations for Graduates

Winning The Interview

Ini kelas yang penuh dengan praktikal. Kelas persediaan temuduga ini merangkumi:

  • Teknik evaluator pitch untuk persediaan temuduga anda
  • Bagaimana menjawab soalan asas & tricky semasa temuduga
  • Persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga.
  • Bagaimana mengetahui jenis-jenis temuduga yang akan dihadiri semasa mahu masuk ke alam pekerjaan.

Di akhir sesi ini semua peserta, mendapat ebook panduan daripada Career Expert iaitu 21 Contoh Soalan dan Jawapan Untuk Persediaan Temuduga bernilai RM125 ini secara PERCUMA . Best kan 🙂

Nik Faiz - Kursus Adaptability Organizations for Graduates

Kepada semua peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakn Kursus Organizational Adaptabilility, Resume Writing & Interview Skills for Sl1M soft skill training ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat.

Didoakan segala input dan semangat yang diperolehi dalam ini memberi manfaat kepada semua yang hadir dan berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.

Nik Faiz - Kursus Adaptability Organizations for Graduates
Nik Faiz - Kursus Adaptability Organizations for Graduates

Berminat Dengan Kursus Organizational Adaptability Ini?

Semoga segala ilmu yang disampaikan di program ini menyuntik semangat dan motivasi para peserta-peserta untuk berkhidmat lebih cemerlang dan mampu menjalankan tanggungjawab dengan penuh berdedikasi.

Adakah anda berminat untuk mengadakan Kursus Organizational Adaptability seperti ini di tempat anda? Isikan borang di bawah ini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus dan sebut harga.

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.