
Jururawat adalah insan yang paling dekat dengan pesakit setiap hari. Tekanan kerja, syif yang panjang, kerenah pesakit dan keluarga semua ini boleh memberi kesan besar pada emosi. Jika emosi tidak diurus dengan baik, bukan saja mutu kerja terjejas, malah layanan kepada pesakit pun boleh terganggu.
Mengapa Emotional Intelligence Penting dalam Dunia Kesihatan?
Kajian menunjukkan bahawa lebih 70% isu komunikasi dalam hospital berpunca daripada kegagalan mengurus emosi Sama ada dari pihak pesakit, keluarga, atau staf sendiri.
Bagi jururawat, cabaran bukan sahaja terletak pada beban kerja, tetapi juga bagaimana berdepan dengan:
- Pesakit yang cemas dan tidak sabar
- Keluarga pesakit yang menuntut perhatian segera
- Rakan sekerja yang turut mengalami tekanan kerja
Di sinilah kemahiran EQ menjadi penentu. Seorang jururawat yang mampu berkomunikasi dengan tenang walaupun dalam situasi tegang akan lebih mudah mendapat kerjasama pesakit dan rakan kerja.
Di Career Expert, kami menekankan bahawa Emotional Intelligence (EQ) adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh tenaga kesihatan. Bila jururawat mampu mengawal emosi sendiri, mereka lebih mudah mendengar dengan empati, berkomunikasi dengan sabar, dan menyampaikan arahan dengan jelas. Inilah kualiti yang membezakan antara layanan yang sekadar “profesional” dengan layanan yang benar-benar menyentuh hati.
Dalam sesi ini, peserta bukan sekadar belajar teori. Mereka melalui latihan praktikal, simulasi komunikasi, serta refleksi kendiri yang dibimbing oleh Coach Nik Faiz, seorang trainer berpengalaman luas dalam melatih frontliners dan profesional dari pelbagai industri. Setiap modul disusun supaya mudah difahami, relevan dengan cabaran di hospital dan klinik, dan terus boleh dipraktikkan di tempat kerja.
Lebih penting, kursus ini diiktiraf dengan markah myCPD dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi selain mendapat kemahiran pengurusan emosi, jururawat berdaftar juga dapat nilai tambah rasmi untuk kerjaya mereka. Inilah sebabnya ramai peserta memberi maklum balas bahawa kursus ini benar-benar membuka mata dan menyentuh hati mereka.
Maklumbalas Peserta Kursus Emotional Intelligence (EQ)
Sepanjang program, ramai peserta berkongsi betapa kursus ini membuka mata mereka tentang pengurusan emosi.
“Sentiasa berfikiran positif dengan pesakit, lebih memahami masalah yang dialami pesakit. Coach sangat peramah, sepanjang kursus langsung tidak membosankan.””
Asmah Binti AzizanJururawat terlatih
“Cara mengawal emosi yang sangat baik. Ilmu ini memang diperlukan untuk berurusan dengan pesakit. Boleh mengelakkan banyak konflik bila menggunakan EQ dengan betul..”
Muhammad Safuan
Belajar mengawal emosi, mengurus emosi dan mendengar arahan dengan baik. Coach Nik Faiz hebat dan berjaya menjalankan program dengan jayanya.
– Nursyakirah Binti AmiruddinPenolong Pegawai Perubatan
“Belajar untuk mengawal emosi dan menanganinya. Penyampaian sangat jelas dan mudah difahami.”
– Siti Nornurul Jannah Binti Abdul ManapPenolong Pegawai Perubatan



