Kursus Video Resume

Kursus Video Resume

Merupakan program terkini yang dijalankan oleh Career Expert  untuk memberi panduan pada peserta-peserta untuk menghasilkan ‘Video Resume’ yang bersedia untuk di muatnaik ke halaman media sosial, yang berkualiti tinggi dan mampu untuk bersaing bukan sahaja dalam negeri malahan juga luar negara.

Selain mempelajari tentang pembinaan video resume, kursus ini juga akan menekankan tentang pembinaan e-portfolio dan mengetahui cara untuk ‘self-positioning’ dalam alam siber agar keterlihatan mereka pada dunia pekerjaan dan kerjaya menjadi lebih berkualiti

Kursus Video Resume Ini Akan Membantu: 

  • Anda untuk mempelajari teknik khas untuk menghasilkan video resume yang berkuliti tinggi.
  • Anda akan mengetahui perkara yang penting ‘pitching-point’ yang perlu dimasukkan ke dalam Video Resume agar video yang dihasilkan sarat dengan informasi yang relevan kepada bakal majikan.
  • Mengetahui portal atau media sosial yang penting untuk mereka memuat naik video resume mereka serta potensi lubuk jawatan kosong yang berkualiti.

Apa Yang Akan Dipelajari

Kursus Video Resume ini akan membantu pelajar-pelajar dengan menunjukkan cara dan strategi untuk menghasilkan video resume dengan kos yang minima tanpa melibatkan gajet dan peralatan yang canggih.

Peserta-peserta akan didedahkan 3 modul utama iaitu :

  • Pengenalan kepada Video Resume
  • Penyediakan draft ‘content-board’
  • Cara shoot, Editing & Presentation

Kursus Video Resume ini sarat dipenuhi dengan pendekatan interaktif dan ‘experiental’ dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan praktikal iaitu 25% teori dan 75% praktikal :

Juga terdapat perbincangan berkumpulan, brainstorming, paparan video inspirasi dan contoh untuk memberi gambaran lebih jelas kepada anda!

Peserta-peserta juga akan melalui pembinaan video resume secara praktikal, serta akan melalui sesi konsultasi secara terus bersama Career Expert!

Tempoh Masa

  • 1 hari (8 jam)

BERMINAT UNTUK MENGADAKAN KURSUS INI DI TEMPAT ANDA?