Kursus ePortfolio

Graduan & Professional

Pengenalan Kursus ePortfolio

ePortfolio merupakan salah satu kaedah yang semakin mendapat perhatian daripada majikan kerana capaiannya adalah lebih mudah dan cepat. ePortfolio adalah seperti profil peribadi pelajar yang bukan sahaja mengandungi maklumat akademik tetapi juga maklumat ko-kurikulum dan penglibatan pelajar dalam masyarakat.

Justeru, kursus eportfolio dan kursus video resume yang dijalankan oleh konsultan Career Expert ini akan membantu para pelajar membina ePortfolio dengan mudah, tampak lebih profesional dan menyakinkan.

Program Objektif  

Modul Kursus ePortfolio ini di cipta khas untuk graduan dan golongan profesional supaya dapat meningkatkan peratusan ‘visibility’ keterlihatan agar dapat memudahkan mereka membina kerjaya mereka kelak. Di akhir program ini, peserta-peserta yang hadir akan :

  • Mempelajari teknik asas dan cara untuk membina ePortfolio yang baik dan profesional.
  • Mengetahui kepentingan menyediakan ePortfolio serta kesan dan manfaatnya kepada pelajar dalam menjamin peluang pekerjaan.
  • Mempelajari dan mengetahui kaedah dan konten yang berkualiti yang harus disertakan kedalam ePortfolio agar ianya menarik dan menjadi sumber rujukan kedua yang boleh dipercayai.

Kumpulan Sasaran

Modul Kursus ePortfolio ini adalah khas untuk:

  • Graduan
  • Golongan professional
  • Mereka yang mahu memperkenalkan kebolehan / skill melalui internet / dunia maya.

BERMINAT UNTUK MENGADAKAN KURSUS INI DI TEMPAT ANDA?