Skip to main content
Kursus Emotional Intelligence (EQ)

Kursus Emotional Intelligence At Work

Selesai in-house training dengan topik Emotional Intelligence At Work. Kursus ini dijalankan pada 24 February 2023 lepas bersama 35 orang peserta dari pelbagai jawatan.

kursus emotional intelligence

Objektif dalam kursus ini adalah :

  • Mempelajari konsep ‘Emotional Intelligence’ dan bagaimana ia membantu seseorang individu untuk sesuaikan diri dengan organisasi
  • Mempelajari hubungkait ‘SQ’ dan ‘EQ’ dan bagaimana impak mengamalkannya secara berterusan akan mewujudkan dan mengekalkan suasana positif dalam sesebuah organisasi

Antara aktiviti yang dijalankan membolehkan para peserta kenal dan sedar tetang emosi dominan yang telah mereka lalui sepanjang minggu atau pada hujung minggu lalu.

Apabila peserta mula kenal akan emosi yang dialami maka pengurusan emosi akan menjadi lebih mudah.

Sesi perkongsian emosi peserta menjadi agak beremosi dan menyentuh hati dimana kebanyakkan peserta yang kongsikan pengalaman emosi tersebut meluahkan dari hati.

Aktiviti tersebut juga mengajar para peserta bahawa pentingnya membuat ‘emotion grounding’ supaya emosi negatif dapat dilepaskan.

Keistimewaan dan kelebihan modul ini adalah para peserta secara tidak langsungnya akan memperlajari kaedah dan serta menyesuaikan diri dengan organisasi dengan mengadaptasikan ‘Emotional Intelligence’ melalui setiap sub-modul yang telah disediakan oleh mereka yang berpengalaman dalam EQ dari pihak Career Expert

Penerapan ‘Emotional Intelligence’ dalam sesebuah organisasi pekerjaan telah menjadi perhatian banyak syarikat-syarikat di Malaysia malahan juga di seluruh dunia.

Ini kerana impak mengamalkan / mengaplikasikan Emotional Intelligence kepada sesebuah organisasi adalah sangat baik terutamanya ketika sesebuah organisasi mengalami cabaran dari dalam mahupun luar organisasi itu sendiri.

Terima kasih pada pihak pengurusan dan penganjur atas jemputan dan ruang untuk saya berkongsi pengalaman bersama kakitangan.

Semoga dapat mengamalkan dan mempraktikan ilmu Emotional Intelligence dalam kehidupan di tempat kerja dan kehidupan seharian. Walau apa yang berlaku hari ini, semoga esok hari yang indah untuk kita, InsyaAllah.

Coach Nik Faiz signing off. Berjumpa lagi di siri yang lain.

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.