Skip to main content
Tip Personaliti

9 Kategori Personaliti Diri. Anda kategori Yang Mana?

By June 16, 2015April 17th, 20178 Comments

Kadang kadang kita selalu kata kenapa bos tak faham aku

Stresslah! suami / isteri masih tak faham apa aku suka, walau dah kawen 12 tahun

Sebenarnya, ada ketika bukan mereka sahaja yang tidak memahami diri anda. Ada ketika anda sendiri masih tercari cari siapakah diri anda yang sebenar 🙂

Adakah anda benar benar mengetahui ‘personaliti’ sebenar anda?

UJIAN PERSONALITI DIRI

Ujian personaliti ini amat menarik dan mudah. Tidak semestinya ia BETUL 100%, namun anda boleh gunakan ia sebagai panduan untuk mengenali diri anda, pasangan dan anak dengan lebih dekat.

Nak cuba? Ujian Personaliti Gambar Pokok

Pilih pokok di dalam gambar mana yang anda paling suka. Tak perlu renung lama -lama, pilih 1 sahaja

Ujian Personaliti Gambar Pokok

Ujian Personaliti Gambar Pokok

Dah confirm?

Lihat keterangan bagi setiap personaliti di sini 😉

 

nikfaiz-ujian-personaliti-gambar1

#1

PERSONALITI DIRI #1

Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Selalu berusaha membaiki diri. Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri.

Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda.

Sekalipun demikian, anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan

 

ujian personaliti

#2

PERSONALITI DIRI #2

Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan

 

ujian personaliti

#3

PERSONALITI DIRI #3

Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang anda

 

Baca: 6 Sebab Anda Susah Dapat Kerja

 

ujian personaliti nik faiz

Gambar #4

PERSONALITI DIRI #4

Anda seorang yang perspektif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu disalah anggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.

 

ujian personaliti

Gambar #5

PERSONALITI DIRI #5

Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip hidup anda ‘Saya akan lakukan dengan cara saya’. Anda seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda perlukan dari orang lain ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran.

 

ujian personaliti kerjaya

Gambar #6

PERSONALITI DIRI #6

Anda seorang yang baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.

Anda Mungkin Berminat: Checklist 12 Kunci Menulis Resume Berkualiti

 

ujian personaliti kerjaya

Gambar #7

PERSONALITI DIRI #7

Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang yang baru anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stress dan sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa relaks. Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.

 

 

ujian personaliti kerjaya

Gambar #8

PERSONALITI DIRI #8

Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan dan enthusiastic. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itulah anda. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik mungkin.

 

PERSONALITI DIRI #9

Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan hidup yang sihat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan membesar kerana anda percaya hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja..

Ok, cuba share result anda dekat comment box dan Jangan lupa share & tag kawan-kawan eh.

 

[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”icon-star” font_weight=”bold” ]ANDA BELAJAR SESUATU?[/gdlr_heading]

Mudah-mudahan anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini. Mohon tekan butang Share dan kongsikan di wall anda supaya lebih ramai mendapat manafaat.

TIP LAIN YANG MUNGKIN BOLEH MEMBANTU

Anda juga boleh membaca entri-entri di bawah untuk lebih banyak tips menarik ?
1. Cara Jawab Soalan ‘Tell Me About Yourself Dalam Temuduga
2. 5 Kesilapan Kritikal Resume Anda Ditolak
3. 3 Soalan Wajib Ditanya Di Akhir Temuduga
4. 7 Tip ‘Short-cut’ Dapat Kerja Semasa Menjalani Latihan Industri
5. 40-Jam Persediaan Untuk Lulus Temuduga

 

 

 

8 Comments

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.