
Recruiter cuma ambil masa 6 saat sahaja menilai resume anda.
Baca 5 kesilapan kritikal yang menyebabkan resume anda di reject dan masuk tong sampah!.
Ella (bukan nama sebenar) adalah merupakan seorang lulusan universiti tempatan yang sedang berusaha mencari kerja seperti anda.
Resume sudah banyak yang dihantar tetapi tidak satu pun dipanggil untuk temuduga.
Apabila saya memeriksa resume beliau, antara 5 KESALAHAN UTAMA dalam resume beliau ialah:
KENAPA RESUME DI TOLAK?
Apabila saya memeriksa resume beliau, antara 5 KESALAHAN UTAMA dalam resume beliau adalah:
1. MAKLUMAT DIRI TIDAK LENGKAP
Maklumat asas seperti alamat email tidak dinyatakan, manakala nombor telefon pula ‘ter’lebih nombor yang memungkinkan orang tidak dapat menghubungi beliau.
Maklumat untuk dihubungi sangat penting seperti nombor telefon, email dan sebagainya dan maklumat ini harus disemak berkali-kali walaupun ANDA hanya ‘copy n paste’.
2.PRESTASI RESUME YANG OUT OF DATE
Sebagai seorang lulusan dari reka bentuk grafik, saya mengharapkan design resume yang ‘WOW’.
Jika lulusan reka bentuk grafik dan design resume pula biasa-biasa sahaja ia menampakkan dia mungin seorang yang malas.
3.GAMBAR YANG BLUR DAN KECIL
Ia kelihatan seperti gambar lama. Ini sudah pasti akan mengurangkan keyakinan terhadap individu atau calon yang memohon.
Betul ke ini orangnya?
Ia telah memberikan gambaran awal bahawa pemohon tidak profesional.
Kalau anda malas ambil gambar formal, pihak syarikat pun ‘malas’ nak ambil anda bekerja 🙂
4.GAJI YANG TERLALU TINGGI.
Apabila saya tanya beliau kenapa mohon gaji sejumlah tu, beliau berkata kerana kos sara hidup yang tinggi.
Jika itu juga jawapan yang beliau berikan semasa temuduga nanti mesti lagi parah.
Graduan perlu belajar cara untuk berunding gaji agar kedua-dua pihak mendapat manafaat – win-win 😉
5. RESUME YANG SANGAT RINGKAS
Membuatkan saya jika saya ditempat pihak syarikat akan rasa seperti MAKLUMATNYA TIDAK CUKUP untuk saya memilih beliau untuk di temuduga.
Resume adalah ‘tools’ untuk MENJUAL KEMAHIRAN DIRI ANDA kepada syarikat yang anda mohon.
Graduan perlu belajar cara untuk jual kemahiran diri anda secara professional, PASTI akan ada syarikat akan tertarik dengan anda.
Mungkin sudah banyak PELUANG yang terlepas dari pandangan ANDA, pastikan kali ini ia tidak akan terlepas lagi.
ANDA BERMINAT UNTUK BELAJAR CARA BUAT RESUME dan LULUS TEMUDUGA DENGAN MUDAH?
Bengkel Penulisan Resume dan Temuduga.
Jika anda betul-betul berminat nak belajar cara buat RESUME yang betul dan nak lulus temuduga dengan mudah, saya jemput anda untuk hadir ke bengkel saya atau boleh dapatkan khidmat konsultasi kerjaya one-to-one bersama saya. Hubungi saya di untuk mendapatkan info lanjut dan tempahan slot.
One Comment