Anak dara yang dimaksudkan adalah Jay Nurivanna yang lebih mesra di panggil Jay.
Beliau merupakan salah seorang student saya dalam kelas Get That Job! pada sesi Jun yang lepas.
Ketika hadir ke program ini, beliau sedang menjalani latihan industri dan merupakan pelajar tahun akhir dari Universiti Putra Malaysia.
3 RAHSIA DAPAT KERJA SEBELUM KONVO
Jay pelajar yang suka bertanya dan mendengar dengan tekun apa yang disampaikan di dalam kelas.
Kata Jay, beliau mahu dapat kerja cepat untuk bantu keluarga nya.
Apabila ada masa terluang, Jay akan mengambil peluang untuk bertanya dengan lebih jelas tentang sesuatu yang beliau tidak faham berkaitan kerjaya, termasuk memohon semakan resume dan tip-tip temuduga.
3 rahsia anak dara ini dapat kerja sebelum konvo adalah :
1.PILIH KERJAYA BERDASARKAN MINAT DAN KEMAHIRAN
Ini adalah sangat penting bagi menjamin keseronokan dan kepuasan bekerja. Semasa di dalam sesi ‘Get That Job’, beliau di ajar untuk selarikan minat dan skill teknikal yang beliau ada.
Kemudian, ia diterjemahkan ke dalam resume yang menjadikan majikan yang menerima resume tersebut akan berkata ‘Wow, inilah orang yang kita cari!’.
2. BELAJAR MENULIS RESUME DENGAN AYAT DAN CARA YANG BETUL
Setelah membuat pilihan kerjaya berdasarkan minat dan skill yang ada, beliau di ajar menulis resume dan menonjolkan kemahiran yang ada seperti yang pihak syarikat perlukan.
Cara penulisan resume beliau serta skill yang di tonjolkan juga akan selari dengan kehendak syarikat yang sedang mencari kakitangan baru.
3. MULA HANTAR RESUME MOHON KERJA
Setelah mengenalpasti apa kerjaya pilihan, maka beliau seterusnya mengatur langkah untuk mencari kerja dengan berpandukan cara dan teknik yang betul yang telah diajar dalam sesi ‘Get That Job’.
*Ketiga-tiga tip ini diajar kepada peserta dengan lebih lanjut dalam bengkel Get That Job! saya 🙂
SELEPAS HADIR KE BENGKEL GET THAT JOB
Semalam, beliau menghubungi saya…
Selain berkongsi kegembiraanya telah konvo, Jay juga maklumkan beliau kini sudah bekerja dalam bidang yang diminatinya iaitu sebagai Mobile Application Developer di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
Ketika ini, beliau baru sahaja selesai menjalani latihan indusri.
Email beliau pada saya…
3 SYARIKAT PANGGIL TEMUDUGA KERJA
Salam sejahtera Sifu,
Terima kasih banyak Sifu Faiz.
Program Get That Job ini sangat membantu fresh graduate seperti saya.Ini kerana saya tidak pernah tahu yang resume boleh dibuat dengan infographic style.
Saya terlalu tertumpu dengan style traditional yang membuatkan tiada company yang tertarik untuk review resume saya.
Lepas kelas,
saya ikut segala tunjuk ajar yang Sifu Faiz telah ajar, kemudian saya publishkan resume di jobstreet.
Keesokkan harinya saya dapat 3 tawaran untuk hadiri interviewSaya bersyukur salah satu dari interview berjaya dan saya dipanggil bekerja di company tersebut.
Dalam program ini juga kita akan diajar bagaimana untuk menjawab soalan interview dengan betul dan semasa interview.
Saya ikut je nasihat yang diberikan dan yang paling penting adalah kena jujur dengan diri sendiri, kalau tak boleh kata tak boleh.
Mula-mula memang nervous untuk pergi interview tetapi bila da biasa tiada masalah lagi.
Terima kasih Sifu Faiz kerana membantu saya sehingga akhirnya saya dapat pekerjaan sebelum konvo.
Sekian,
Jau Nurivanna Asrienza
GRADUAN DARI UPM DI KONVOKESYEN KE-40 (2016)
Semasa Majlis Konvokesyen ke-40 di Universiti Putra Malaysia
PESANAN PADA RAKAN-RAKAN YANG BELUM DAPAT KERJA…
Sebelum mohon kerja, belajarlah menulis resume dengan cara yang betul. Anda juga perlu membuat persediaan sebelum hadir ke temuduga. Semua nya di ajar oleh Sifu Faiz dalam bengkel. Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke bengkel Get That Job! Anda tak akan menyesal!
ANDA BELAJAR SESUATU?
Mudah-mudahan anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini. Mohon tekan butang Share dan kongsikan di wall anda supaya lebih ramai mendapat manafaat.
TIP LAIN YANG MUNGKIN BOLEH MEMBANTU
Anda juga boleh membaca entri-entri di bawah untuk lebih banyak tips menarik ?
1. Cara Jawab Soalan ‘Tell Me About Yourself Dalam Temuduga
2. 5 Kesilapan Kritikal Resume Anda Ditolak
3. 3 Soalan Wajib Ditanya Di Akhir Temuduga
4. 7 Tip ‘Short-cut’ Dapat Kerja Semasa Menjalani Latihan Industri
Kepada rakan-rakan pembaca yang tidak pasti dengan arah tuju kerjaya masing-masing, jom sembang dengan saya, saya akan bantu anda pilih kerjaya yang sesuai dengan anda.
Hubungi 019-210 4948 untuk info lanjut dan pertanyaan.