Skip to main content
Bimbingan KerjayaTop Post

7 Tips Shortcut Dapat Kerja Melalui Latihan Industri

By June 29, 2016January 19th, 2019No Comments

Ketika saya di universiti dahulunya, latihan industri yang akan dilalui oleh kebanyakkan pelajar adalah pada semester sebelum bermulanya FYP (Final Year Project).

Tetapi kini, hampir semua universiti di Malaysia mengadakan latihan industri pada semester yang terakhir, WOW!.
Ini sudah bagus, kenapa saya kata bagus? Sebab ia adalah ‘shortcut’ yang akan memudahkan ANDA untuk dapat kerja! 

Walaupun peluang sudah berada di depan mata, masih ramai pelajar yang tidak merebut peluang dan menjadikan latihan industri itu sebagai ‘shortcut’ untuk mendapat kerja, memang teramat sangat ruginya.

Sesetengah pelajar, ada yang bertanggapan tujuan mereka datang ke syarikat untuk latihan industri  hanya sekadar memenuhi tuntutan universiti iaitu mesti lulus latihan industri, dan peluang bercuti dari hadir ke kuliah, tutorial, study untuk exam dan menyiapkan assignment.

Tapi, anda mungkin lupa satu perkara..sekiranya tempat yang anda pilih ini merupakan syarikat yang stabil dan mempunyai banyak benefit, anda ada misi utama iaitu menjadikan diri anda terpilih sebagai kakItangan di syarikat tersebut.

7 TIPS DARI PELAJAR PRAKTIKAL KEPADA KAKITANGAN SYARIKAT

Hari ini, saya kongsikan pada anda 7 tip dan teknik, bagaimana anda boleh jadikan syarikat tempat anda menjalani latihan industri sebagaI platform untuk mendapat kerja, dengan cara yang sihat (bukan menggunakan ‘kabel’/orang dalam) dan tanpa temuduga

Ini adalah 7 tips yang bagi saya, paling penting untuk diamati.

1. LIBATKAN DIRI ANDA DALAM PROJEK

Sekiranya anda berpeluang menjalani praktikal latihan industri di syarikat yang besar, pasti ada projek-projek yang dijalankan oleh syarikat tersebut.

Berbincang dan mohon kepada supervisor anda untuk melibatkan diri dalam projek tersebut.

Bersikap positive, berani mengambil  tugasan  yang penting dan cuba untuk minimakan kesalahan kesalahan kecil.

Anda juga boleh melibatkan diri dalam mesyuarat dengan memberi cadangan, atau jika boleh pohon pada supervisor untuk membuat pembentangan apabila tugasan yang anda lakukan dibincangkan.

Lakukan perkara secara ‘smart’ yang membuatkan diri anda menjadi penting dan diperlukan, namun pastikan ia tidak terlalu ‘over’ hingga buatkan kakitangan lain rasa meluat dengan sikap anda.

2. KEHADIRAN ANDA DISEDARI

Buat ‘rapport’ hampir dengan semua staff dalam department yang menjadi tempat LI anda. Biar mereka sedar kehadiran ANDA dan juga tahu skill yang ANDA ada.

Tunjukkan kepada mereka apa yang anda boleh buat. Jangan sesekali simpan kemampuan anda. Nak ‘show-off’? inilah masanya! But, jangan ‘over’,ok.

3. RUJUK PADA SUPERVISOR

Jadikan supervisor LI anda di syarikat itu sebagai tempat rujukan anda. Buat homework, research tentang apa yang anda lakukan dan luangkan masa untuk berjumpa dengan supervisor bagi membincangkan hasil kajian anda.

Sekiranya anda mendapat seorang supervisor yang sibuk dan terlibat dengan banyak projek, hantarkan laporan bertulis secara emel tentang apa yang anda lakukan. Pastikan laporan anda itu wow dan tidak merugikan masa supervisor membacanya.

Walaupun anda sedang melakukan latihan industri/praktikal, tetapi kesungguhan dan kehendak anda itu menjadi bonus tambahan pada  anda.

Pointnya di sini, apabila mereka rasa suka dan senang dengan kehadiran ANDA, mereka tidak akan lepaskan anda pergi.

4. BERKAWAN DENGAN STAFF YANG BOS SUKA

Apabila memilih kawan ketika menjalani latihan industri, pilih kawan yang disukai oleh BOS. Perhatikan bagaimana layanan bos kepada staff yang ada.

Jika layanan bos itu hambar sahaja, maksudnya staff itu mungkin bermasalah. Manakala jika seseorang staff itu nampak baik dengan BOS, maka kawanlah dengan mereka.

Tempias yang baik-baik akan kena kepada ANDA juga.

5. TUNJUK SEMANGAT BERKUMPULAN

Tunjukkan kepada semua kakitangan di syarikat terutamanya yang akan anda jumpa setiap hari itu bahawa anda suka kerja secara kumpulan dan tahu bagaimana untuk bekerja di dalam kumpulan dan bersosial dengan baik.

Tunjukkan semangat berkumpulan anda dan buatkan semua staff suka dengan ANDA.

6. HORMATI SEMUA ORANG DAN PATUHI UNDANG-UNDANG SYARIKAT

Syarikat akan menggariskan beberapa undang undang kecil ketika anda berada di premis pejabat, contohnya seperti; Tidak merokok  di premis pejabat, masuk kerja awal.  tutup suis ketika meninggalkan pejabat, dan sebagainya.

Ikut undang-undang kecil tersebut, mungkin tanpa disedari ada mata-mata yang sedang memerhatikan tingkahlaku anda. So, beware, ok.

7. SEMINGGU SEBELUM TEMPOH LATIHAN INDUSTRI BERAKHIR…

Seminggu sebelum LI anda berakhir, jumpa dengan supervisor anda dan nyatakan tempoh latihan industri anda akan tamat tak lama lagi, luahkan hasrat anda sekiranya diberi peluang anda mahu terus melibatkan diri dengan projek tersebut.

Usah malu untuk memberitahu keinginan anda untuk bekerja  di syarikat tersebut. Sekiranya rekod anda bagus sepanjang tempoh menjalani latihan industri, supervisor anda pasti akan memberikanrecommendation’ dan cadangan kepada pihak pengurusan syarikat untuk mengambil anda sebagai staff/kakitangan di syarikat.

Jika rezeki anda ada di syarikat tersebut, insyallah akan akan terus di ‘absorb’ / di ambil masuk tanpa melalui temuduga yang panjang dan serius.

Latihan Industri hanya berlaku sekali dalam tempoh pengajian anda, melainkan anda menyambung pengajian dalam bidang yang lain. Jangan lepaskan peluang ini untuk menukar status bergelar pelajar praktikal kepada kakitangan syarikat di tempat anda menjalani latihan industri.

Adakah ada dikalangan anda, yang terus dapat kerja selepas habis tempoh latihan industri? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen, insyallah pasti ramai yang berminat nak tahu 🙂

Kesemua tips tips ini dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bengkel saya akan datang secara LIVE cara temuduga yang MANTAP!

Mudah-mudahan artikel ini dapat memberikan sedikit pencerahan kepada sesiapa yang bakal menghadapi latihan industri/praktikal tak lama lagi. Sekiranya ada pertanyaan, anda boleh tulis diruangan komen, insyallah saya akan membalasnya.

Silakan #‎Share‬ artikel ini untuk manafaat semua 🙂

mudah 
dapat kerja


Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.

Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.

KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut
. 🙂

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: This is Copyrighted Material. Copyright 2023@Career Expert Sdn.Bhd.