
Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Skills Johor telah menganjurkan Program Latih & Kerja Belia Selangor (PLKBS) Siri Ke-4 di Menara Atlan, Kuala Lumpur. Program ini merupakan inisiatif bersepadu LZS untuk terus memperkasa ekonomi belia asnaf Selangor menerusi program latihan intensif dengan objektif menyediakan platform peluang pekerjaan dalam rangkaian industri perkhidmatan, peruncitan dan hospitaliti.
Salah satu program yang disediakan untuk belia adalah Kursus Penulisan Resume, di mana peserta dilatih dan dibimbing untuk menulis resume yang berkesan dan berpengaruh untuk menawan hati majikan, dan seterusnya melayakkan mereka di panggil temuduga.
Tim Career Expert telah di jemput untuk berkongsi bersama 19 orang belia dalam kalangan penerima bantuan zakat daripada LZS yang berumur antara 18 hingga 25 tahun di Menara Atlan, Kuala Lumpur pada 19 Jun 2019.
Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan tips dan contoh terkini penyediaan resume, kemahiran pitching dan persediaan lulus temuduga.
Antara yang ditekankan dalam Kursus Penulisan Resume ini adalah:
- Mengetahui cara dan kaedah untuk memilih arah tuju kerjaya yang belia minati. Ini sekaligus memberikan keyakinan kepada belia bahawa apa jua bidang kerjaya yang diidamkan tidak mustahil untuk dicapai.
- Career Expert juga membimbing dan membantu belia mengetahui dan mengenalpasti POTENSI, BAKAT, dan KEMAHIRAN untuk membuat pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri supaya mereka berada 101 langkah di hadapan pesaing-pesaing.
- Belia ditekankan juga dengan merangka plan kerjaya, yang selari dengan cita-cita dan impian hidup yang ingin di capai.
- Cara-cara untuk memohon pekerjaan, permohonan secara bertulis dan teknik penulisan resume berkesan.
Resume Merupakan Tiket Untuk Dipanggil Temuduga
Oleh itu, dalam sesi Kursus Penulisan Resume ini belia di berikan tips dan mempelajari seni dan strategi penulisan resume oleh Career Expert, untuk membolehkah mereka dipanggil temuduga.
Rata-rata, belia dan graduan tidak tahu bagaimana untuk menulis yang berkualiti, di sini Career Expert memainkan peranan penting untuk berkongsi cara untuk mengolah resume, dengan menonjolkan kemahiran dan kelebihan yang ada pada diri belia. Ia amat penting untuk meyakinkan pihak syarikat bahawa anda adalah yang individu paling layak untuk diambil bekerja.
Para peserta juga ditunjukkan cara-cara untuk menulis personal skills dan personal qualities dalam resume, di mana beberapa orang peserta dipanggil ke hadapan untuk sesi praktikal.
Ditekankan juga tentang struktur resume dan bahagian-bahagian yang perlu ditekankan dalam resume. Selepas sesi, Career Expert meluangkan masa dengan sesi Q&A dan membuat semakan resume secara percuma bersama belia-belia.
Maklumbalas Belia 🙂
Terima kasih atas perkongsian dan maklumbalas dari belia yang hadir ke Kursus Penulisan Resume ini. Antaranya maklumbalas diterima adalah:
- Keseluruhan program ini amat baik dan jelas -Fazira Hamid
- Topik yang paling saya sukai dalam program ini adalah penerangan tentang struktur resume – Anis
- Saya dapat perbaiki dan menambah baik resume – Juni Balqis
- Penceramah sangat jelas, bermotivasi dan inspired – Amirul Firdaus
- Penceramah sangat berpengalaman, dan saya paling suka penerangan beliau tentang resume struktur dan cara menulis skills – Zakwan
- Saya paling suka topik tips resume, penceramah sangat bagus dan terbaik – Amirul Najmi
- Topik Personal Skills sangat best. Penceramah sangat berpengalaman dalam topik ini – Yusnan
- Perkongsian tips resume yang saya paling suka, penceramah bagus (Lima Bintang), namun sesi ini agak pendek 🙁 – Ramzan
- Penceramah memberi penerangan jelas dan mudah di fahami tentang cara untuk membuat resume – Nuur Aishah
- Saya faham secara keseluruhan tentang resume, dapat lebihkan masa untuk kursus tentang pekerjaan – Fatin
- Topik paling saya suka adalah cara untuk mengenali skills yang ada pada diri kita – Amira
- Penceramah sangat bertenaga, bermotivasi dan memahami para pencari kerja – Nur Qistina
- Paling suka, topik mengenali Personal Skills yang ada dalam diri – Norhadirah
- Penceramah dan sesi ini sangat memuaskan, saya dapat belajar ilmu dan trick baru – Aida
- Saya belajar cara-cara untuk menulis resume yang lengkap – Ain
- Penyampaian penceramah tentang topik ini jelas dan terang – Adliana
Keseluruhan maklumbalas diterima adalah 5/5 dari belia.
Terima Kasih
Jutaan penghargaan pada pihak Awaken Training & Consultancy dan Skills Johor atas jemputan dan kepercayaan pada Career Expert untuk mengendalikan sesi Kursus Penulisan Resume ini. Tidak lupa, terima kasih pada pihak pengurusan Skills Johor dan crew-crew di atas fasiliti dan kerjasama sepanjang Career Expert mengendalikan sesi ini.
Kepada adik-adik belia yang hadir, terima kasih atas komitmen dan penyertaan dari kalian, semua peserta-peserta sporting dan memberikan komitmen yang awesome. Semoga input dan perkongsian Career Expert, dimanfaatkan sepenuhnya dan diaplikasikan untuk menghasilkan resume yang menyerlahkan kebolehan dan kehebatan diri kalian.
Jemput Career Expert
Bagi anda pihak penganjur, pensyarah dan kaunselor yang berminat untuk berkolaborasi dengan Career Expert untuk mengendalikan Kursus Penulisan Resume, Career Talk atau Persediaan Temuduga, klik di butang ini untuk mendapatkan proposal dan sebut harga. Harga boleh dibincang mengikut bajet anda 🙂