EMOTIONAL
INTELLIGENCE

Setiap pekerja sudah semestinya mahu hasil kerja mereka dihargai. Satu kajian menyatakan bahawa secara puratanya kita mengambil masa hanya 6 saat untuk menghargai seseorang itu dengan kata-kata yang bersemangat serta positif.
Namun tidak semua yang mempraktikkannya kepada kakitangan dan rakan sekerja mereka.

PENGENALAN KURSUS EMOTIONAL INTELLIGENCE

Kursus ini bertujuan untuk memberikan inspirasi dalam menjadikan tempat kerja lebih positif dengan nilai-nilai emosi yang positif dan lebih baik. Dengan mengamalkan EQ diruang kerja, ianya mampu untuk menukarkan suasana kerja yang tidak sihat kepada suasana kerja yang lebih sihat dan lebih produktif.

Memahami EQ dan cara untuk menggunakannya juga akan memberikan kelebihan di dalam penyelesaian konflik yang lebih efektif tanpa ‘mencederakan emosi’ mana-mana pihak, dalam mencapai kesepakatan dalam sesuatu keputusan mahupun penyelesaian.

Justeru, mengaplikasikan EQ di tempat kerja akan membantu untuk membentuk maka semangat bekerja yang baik dan cemerlang dan dalam masa yang sama, konsep penghayatan kerja sebagai suatu ibadah akan dapat dicapai dengan jayanya

Kursus Emotional Intelligence (EQ) Professional Ini Akan Membantu: 

  • Transformasi kakitangan untuk menjadikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga majikan.
  • Memberi galakkan kepada kakitangan supaya mereka lebih bersifat terbuka dalam menerima cadangan mahupun kritikan.
  • Menerapkan nilai kerja secara berkumpulan, dan menjadikan ianya sebagai budaya kerja untuk mencapai matlamat yang lebih besar iaitu matlamat majikan/syarikat secara umumnya.
  • Mengetahui kaedah komunikasi EQ dalam menjadikan sebuah komunikasi itu lebih efektif dan memberi kesan yang lebih mendalam

Apa Yang Akan Dipelajari

Memahami EQ dan cara untuk menggunakannya juga akan memberikan kelebihan di dalam penyelesaian konflik yang lebih efektif tanpa ‘mencederakan emosi’ mana-mana pihak, untuk mencapai kesepakatan dalam sesuatu keputusan mahupun penyelesaian. Oleh itu, dalam Kursus Emotional Intelligence (EQ) Professional ini, peserta-peserta akan didedahkan 4 modul utama iaitu :

  • Pengenalan Tentang Emotional Intelligence (EQ)
  • Memahami dan Mengurus Emosi Diri
  • Mengurus Emosi Diri dan Orang Sekeliling
  • Kenali ‘Emotional Hijack’ dan Cara Mengendalikan
  • Serta pelbagai lagi aktiviti menarik dan penuh dengan pengisian bermanfaat

Kursus Emotional Intelligence (EQ) ini sarat dipenuhi dengan pendekatan interaktif dan ‘experiental’ dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan praktikal iaitu 25% teori dan 75% praktikal :

Juga terdapat perbincangan berkumpulan, brainstorming, paparan video inspirasi dan contoh untuk memberi gambaran lebih jelas kepada anda!

Kumpulan Sasaran

Program Ini Adalah Untuk :

  • Pengurus / Kumpulan Barisan Hadapan Syarikat
  • Ketua Unit/Kumpulan
  • Pegawai Eksekutif
  • Engineers
  • HR

Pengalaman Peserta

Kursus yang menarik . Banyak input berguna. Content yg bagus. Tidak mengantuk. Trainer bijak communicate dgn peserta. Semoga Trainer lebih berjaya 💪🏼💪🏼

Mashitah binti Manshor    The jerai hotel   

Saya banyak belajar bagaimana berkerja dalam satu team.

MUHAMAD HAFIZ BIN ROHIZAN    THBM Kangar   

Saya belajar banyak benda mengenai EQ, emosi, teamwork, secure base dan sebagainya. Terima kasih Coach Nik Faiz 🙂

Nur Syifa Aina Binti Abdul Manaf    Alor Setar   

how to stay focus

hazwani binti osman    alor setar   

Saya sangat gembira mengikuti kursus ini kerana saya telah mendapat pelbagai ilmu baru dan ianya sangat berguna dalam pelbagai bidang kerjaya. Terima kasih Tn Faiz.

MUHAMAD FAUZI NAIM BIN AYUB    Alor Setar   

- Saya lebih selesa dan yakin untuk tampil bercakap di hadapan orang ramai.
- Saya dapat experience teamwork antara ahli group.
- Saya lebih faham cara mengendalikan emosi melalui EQ dan IQ.

NURFAZIYATUL AIZA BINTI AMRAN    The Jerai Hotel, Alor Setar.   

Saya sangat gembira dengan kursus inu kerana dapat belajar cara untuk menguruskan EQ dengan baik. Ianya amat berguna sewaktu bekerja

MUHAMMED FAIZ FATHI BIN AHMAD    BUKIT SELAMBAU   

BERMINAT UNTUK MENGADAKAN KURSUS INI DI TEMPAT ANDA?

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.