TIPS BERKAWAN
Hari ini saya nak share tentang tips berkawan di tempat kerja terutamanya jika hari ini adalah hari pertama anda lapor diri. Antara perkara yang perlu diambil berat selepas sahaja masuk kerja adalah memilih geng mana nak masuk.
KENALI GENG OFFICE
Anda akan mula kenal geng-geng di pejabat apabila syarikat ada buat gathering atau perhimpunan bulanan. Semasa sesi ini, semua staff yang berada di site akan berada di office. Dalam company akan ada 3 geng utama ni. Jadi, masa ini lah anda akan mengenali mereka berdasarkan tepukan. Kenapa tepukan?
Baca ini…
1) Geng Support Company
Yang ni, apa sahaja yang company buat, angguk dan senyum saja. Geng ni paling ramai mendapat tempat di company dan senang naik gaji, tepukan diaorang ni paling meriah, happening gitu.
2) Geng support bila perlu sahaja
Golongan ini pula bila company announce ada bonus tahun depan memang tepuk tak ingat punya kuat. Tapi bila company kata bonus setengah bulan je, tepuk pun tak berapa nak bunyi dah..atau acah-acah jer.
3) Geng 8 jam kutuk company
Yang ni parah, company bagi bonus pun komplen, tak bagi lagi berbakul kutuk nya, tepuk nye tak berbunyi langsung. Keluar bilik meeting acah acah nak ke toilet. Lepas tu lagi 5 minit nak habis meeting, baru muncul semula.
Haa…tepok!
So, korang nanti jangan salah pilih geng ye. Tips berkawan di tempat kerja ini amat penting untuk anda tahu kerana salah pilih geng pun menjadi faktor cepat atau lambat naik pangkat jugak 😉👍
Kena Buli Di Tempat Kerja
Selain dari anda dah tahu tentang tips berkawan di tempat kerja, saya nak tanya tanya, anda pernah kena buli di tempat kerja?
Saya rasa hampir semua orang akan ada pengalaman kena buli dekat office
Saya pun dulu pernah kena juga, asal nak photostat je suruh saya, amik barang dekat stor jauh nun pun saya, kemas stor pun saya.
Makin dilayan makin naik lemak yang membuli, so apa nak buat? Lain orang lain caranya..
Saya buat macam ni, bila saya disuruh kemas stor.
‘Kaakk! ni barang ni nak letak mana?’
Akak yang buli tu pun datangla.
‘ni,.. ko letak sini…’
Selang 10 minit..
‘Kaakkk!.. Ni barang ni nak guna lagi tak?’
Dah dekat 5 kali duk ulang alik sudahnya dengan akaknye sekali kemas stor, sebab dia kepoh type.. Jadi tak pasal-pasal satu department kena gotong royong
Korang ada kisah kena buli? Share la sikit 😀