Skip to main content
Bimbingan Kerjaya

6 Sebab Kenapa Susah Dapat Kerja

By April 4, 2017April 29th, 202111 Comments
nik faiz career coach malaysia

Ramai yang merasakan bahawa mencari kerja itu senang dan mudah serta tidak memerlukan sebarang skil untuk melakukannya.

Penulisan resume yang dipandang remeh, dan menganggap bahawa ianya adalah sesuatu yang mudah.
Dengan mengambil pendekatan ‘copy-paste’ dari mana-mana halaman sesawang, menyebabkan hilangnya identity resume sendiri.Akhirnya, tiada satu pun peluang jemputan temuduga.

Begitu juga dengan temuduga yang yang di anggap sesuatu yang senang.
Calon temuduga tidak perlu membuat sebarang persediaan untuknya, lalu melalui dengan ilmu yang kurang di dada.
Menyebabkan calon lain dapat menewaskan kita dengan senang di arena temuduga.

Artikal kali ini saya mahu dedahkan sebab kenapa ramai pencari kerja susah untuk mendapat kerja di luar sana.

#1. Tidak Jelas Dengan Matlamat Kerja dan Kerjaya

Setiap individu yang ingin bekerja dan bekerjaya harus mempunyai matlamat yang kukuh dalam diri masing masing.

Matlamat kerja yang diselarikan dengan kehendak individu akan membuatkan mereka jelas dengan jenis pekerjaan yang hendak dicari dan apa yang ingin dicapai dalam pekerjaan tersebut contohnya seperti gaji, pangkat, bonus, dan sebagainya.

Matlamat Jangka Panjang & Matlamat Jangka Pendek

Matlamat kerjaya ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu; matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek.

Contoh matlamat jangka pendek adalah seperti, berkahwin, memiliki kenderaan, telefon berjenama atau beg yang berjenama.

Manakala contoh matlamat jangka panjang pula adalah seperti, memiliki rumah sendiri, kereta mewah, dan percutian keluarga ke luar negara.

Rancangkan kerjaya dan atur langkah langkah, setiap orang berbeza langkahnya.
Tidak ada silap, hanya ruang untuk ditambah baik.

Pastikan diri kita jelas dengan matlamat kerjaya barulah mula mencari kerja.

#2. Resume Yang ‘Recycle’ dan Tidak ‘Up-To-Date’ 

Bakal majikan sukakan calon yang ‘segar’.

Maksud calon yang segar di sini bukan merujuk kepada calon yang baru tamat pengajian, tetapi bermaksud calon yang peka dengan perkembangan semasa, samada dari segi teknologi, sosio-ekonomi, dan sebagainya.

Calon yang mengikuti perkembangan semasa tetapi tidak menterjemahkan ia ke dalam bentuk resume semasa, sebaliknya mengekalkan bentuk rekaan dan format yang lama akan membuatkan resume mereka kelihatan ‘lama’ dan tidak segar.

Ubah resume, dapatkan nasihat daripada mereka yang berpengalaman untuk membantu anda menghasilkan resume yang lebih berkualiti dan segar.

#3. Tidak Membuat Persediaan Untuk Temuduga Kerja

Ramai calon yang mengambil mudah akan perkara ini sehingga menyebabkan mereka melalui temuduga dengan sambil lewa.

Akhirnya membuatkan bakal majikan tidak berminat untuk mengambil mereka bekerja.

Buat persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi temuduga, dan pastikan anda memberikan saingan yang sengit kepada calon yang lain.

Muat Turun PERCUMA!: KLIK Contoh Soalan Temuduga dan Cara Menjawabnya

Anda tidak akan tewas dengan mudah, dan tidak memberikan calon lain menang dengan senang.

#4. Skil Peribadi dan Teknikal Yang Tidak Jelas

Skil peribadi yang tidak jelas akan menyebabkan bakal majikan konfius dengan kekuatan sebenar anda.
Membuat bakal majikan konfius dengan skil, memungkinkan anda tidak dipilih.

Anda harus jelas dengan skil yang anda ada supaya bakal majikan menjadi jelas dimana fungsinya anda sebagai seorang pekerja.

Senaraikan skil peribadi dan teknikal yang anda ada, kemudian susun skil tersebut mengikut keutamaan kekuatan yang paling tinggi.

Lebih banyak skil yang anda anda, lebih mudah anda memikat hati bakal majikan.

#5. Terlalu Memilih Jawatan dan Gaji

Keadaan ekonomi sekarang sedang memaksa bakal majikan untuk ‘hire-low’ iaitu mengambil pekerja dengan gaji yang rendah.

Jangan terlalu memilih, tidak semua perkara yang kita inginkan kita akan dapat sekaligus dalam satu-satu masa.

Baca: Graduan Minta Gaji Permulaan RM6,500?

Pilih berdasarkan keutamaan, dan belajar untuk terima kekurangan yang lain.

Ada orang bergaji besar, tetapi terpaksa mengharungi jem yang menekan jiwa setiap hari.

Ada pula bergaji sekadar cukup makan tetapi selesa hidup dikampung halaman sendiri.

Kenalpasti keutamaan anda, ianya lebih mudah dan membantu kita membuat pilihan kerja.

#6.Tiada Keyakinan dan Tiada Bergantung Harap

Usaha yang bersungguh-sungguh tetapi tiada keyakinan pada Allah s.w.t terhadap apa yang diusahakan, akan menjadikan ianya sia-sia.

Usaha dan Keyakinan pada Allah s.w.t ini diibaratkan seperti magnet kepada peluang yang anda sedang cari.

Jika adanya keyakinan kita pada sesuatu yang kita cari maka perkara itu, peluang itu akan datang dan tertarik kepada kita.

Apabila diletakkan segala pengharapan dan keyakinan pada Allah s.w.t, maka urusan kita mencari peluang pekerjaan akan jadi lebih mudah, dan tiada sebarang tekanan, kerana kita yakin bahawa cepat atau lambat, peluang itu akan datang kepada kita.

Mudah-mudahan dengan apa yang saya kongsikan ini dapat memberikan inspirasi kepada anda dan mungkin juga kenalan anda yang sedang gigih mencari kerja untuk kearah yang lebih baik dan menjemput peluang pekerjaan lebih banyak dan lebih baik.

Ada Soalan?

Jika anda ada sebarang persoalan, jangan segan silu untuk bertanya. Tulis di ruangan komen, atau hubungi saya di sini – insyaAllah, saya akan segera membalasnya. 🙂

11 Comments

  • Ahmad Farid Patthi says:

    saya tak ada kerja fresh graduate dah bnyk kali buat correction kat CV saya graduasi mekanikal engineering…..bnyk rejection dah bile saya email balik takde balas. Mintak panduan and guidance

  • Nurul Wahida Binti Ab Mutalib says:

    Saya tengah mencari kerja yg sesuai dgn minat dan jiwa saya.saya suka kerja berkaitan dengan keusahawan .Walaubagaimanapun ibu bapa saya ingin saya menjadi seorang guru.Walaupun telah berjaya mendapat segulung ijazah sarjana pendidikan dari IPTS saya tetap tidak dapat bekerja dengan kerajaan ..saya berasa amat tertekan dengan situasi saya skrg ..

  • sneaky19 says:

    dahulu saya mempunyai kes lampau yang diketogorikan sebagai juvana. Adakah sya dapat bekerja dlam sektor kerjaan ?

  • Sha says:

    Salam, mohon bertanya, bagaimana kalau semua usaha di atas dah dilakukan dan masih belum dapat kerja, mhon kerja biasa-biasa saja, cntoh guru, mohon kerja pegawai jabatan agama, sebab bidang agama, dah buat persediaan cukup sebelum interview tapi masa interview skema soalan memang lain betul dengan apa yang dah study sebelum tu, lepas tu mintak itu ini, tak dapat uga T.T. Tolong saya…memang nasib lepasan bidang agama macam ni ke…..T.T…menagis tak berlagu…..

    • W’salam Cik Puan Shahirah,
      Terima kasih komen di blog saya 🙂

      Tak diterima bukan sebab tidak bagus, tetapi Cik Puan lebih diperlukan di syarikat lain yang mungkin lebih sesuai, cuma belum sampai masa untuk jumpa je lagi.
      Usaha kuat lagi. Jangan sedih-sedih ke down ke.

      Pandangan saya, masa kini masyarakat perlukan lebih ramai orang yang dalam bidang agama seperti Cik Puan, dengan isu moral yang makin menjadi jadi sekarang ni amat membimbangkan.

      Baik, bantu saya untuk saya bantu Cik Puan dengan jawab 3 soalan dibawah:

      1) Bagaimana caranya untuk Cik Puan bantu masyarakat melalui ilmu yang ada?

      2) Apakah kaedah yang Cik Puan gunakan untuk bantu masyarakat?

      3) Namakan 5 organisasi yang akan dapat manfaat dari usaha dan kaedah yang Sha gunakan?

      Emailkan kepada saya jawapan kepada soalan tersebut ke email saya info@nikfaiz.com.
      Insyallah saya akan bantu langkah seterusnya.

  • Zie says:

    Pernah bekerja Selama 18 tahun dan ambil MSS /berhenti kerja Dan nak apply semula kerja Di syarikat yg lain tapi umur Dah 40 ++ adakah Majikan nak amik kerja lg pada umur Yang mcm ni

    • Sekiranya value proposition diri puan match dengan keperluan majikan, sudah pasti majikan akan ambil untuk bekerja.

      Nik Faiz,
      EQ Motivator Career Coach & Perunding Kerjaya

  • jang says:

    mohon copy paste tuan

  • LINA says:

    Adakah status sudah berkahwin itu salah satu faktor juga graduan tidak mendapat kerja ?

    • Terima kasih komen di blog ini.

      Menjawab persoalan, ya dan tidak. Ianya boleh jadi salah satu faktor graduan atau bukan graduan untuk susah dapat kerja, namun bukan semua majikan yang menjadikan ini sebagai faktor utama pemilihan pekerja. Bergantung kepada jawatan yang dipohon.

      Sebab itu, untuk peserta-peserta program saya advised TIDAK meletakkan ‘marital status’ atau status perkahwinan di dalam resume mereka.

      Nik Faiz
      International Certified Professional Career Coach

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.