
Setiap orang yang sedang mencari pekerjaan, sememangnya tidak akan terlepas dari membuat resume. Ini termasuk mereka yang ingin membuat permohonan biasiswa pengajian juga memerlukan mereka untuk membuat resume.
Tiada istilah one resume fit for all.
Menulis resume berkualiti,mestilah khusus kepada jenis jawatan yang dimohon.
Menurut Professional Resume Writer and Career Coaches (PARW/CC) yang bertempat di St Petersburg, Amerika Syarikat. Resume adalah sejenis tool yang digunakan oleh individu sebagai wakil kepada diri mereka untuk menceritakan perihal diri, pengalaman, skil dan sebagainya agar syarikat yang dimohon tertarik untuk memanggil mereka ke temuduga.
Resume pada asasnya ada dua jenis iaitu; Chronological resume dan Functional resume
Baik, apakah perbezaan dua jenis resume ini?
Chronological Resume
Bersesuaian dan diguna pakai oleh mereka yang telah lama bekerja dan memegang pelbagai jawatan yang penting dan bertujuan juga untuk memohon jawatan yang penting.
Jawatan penting yang dimaksudkan adalah seperti; Manager, Senior Manager, Vice President, Director, dan CEO.
Yang akan dititik beratkan di dalam Chronological Resume adalah:
1. Acheivement atau pencapaian yang telah anda dapat
2. Jasa yang telah diberikan kepada syarikat yang terdahulu.
Functional Resume
Berbeza dari Chronological Resume, ‘Functional Resume’ adalah resume yang menerangkan tentang:
1. Pengalaman kerja anda serta
2. Skill dan nilai yang anda ada untuk ditawarkan kepada bakal majikan.
Resume jenis ini juga sesuai kepada entry level iaitu graduan yang baru tamat pengajian, dan juga mereka yang berada ditahap mid management level dan ke bawah.
Kedua-dua jenis resume ini tidak akan terkecuali dari 12 Kunci Emas resume ini dan anda harus mempunyai seni dan strategi bagaimana untuk meletakkan kunci-kunci ini.
Apakah 12 Kunci Emas Untuk Menulis Resume Berkualiti ?
Saya senaraikan dibawah.
- Cover Letter
- Personal Bio data
- Executive Summary
- Working Experience
- Educational Background
- Personal Qualities
- Personal Skills
- Technical skills
- Achievements & Awards
- Pictures
- Reference
- Expected Salary
Kenapa Saya Namakan Sebagai Kunci Emas?
Kerana kemungkinan besar bakal majikan hanya akan tertarik kepada satu perkara (kunci) sahaja apabila mereka meneliti resume anda.
Sebagaimana pernah terjadi kepada beberapa individu yang saya bantu melalui Program Business Resume Writing & Job Interview Workshop untuk mendapatkan kerja.
Mereka pernah ditawarkan kerja hanya kerana Educational Background.
Semasa mereka sedang ditemuduga oleh Pengarah Syarikat dan beberapa orang pegawai sumber manusia, pengarah tersebut ternampak bahawa individu itu pernah bersekolah di sekolah yang sama dengannya.
Sesi temuduga yang awalnya formal tiba-tiba bertukar seperti perbualan ‘reunion sekolah’, dan asyik bercerita suasana sekolah serta guru-guru yang mengajar mereka.
Alhamdulillah dia ditawarkan kerja, hanya kerana ‘educational background’.
Baca juga: Belum Konvo, 3 Syarikat Sudah Tawarkan Pekerjaan
Perkara seperti ini mungkin juga akan terjadi kepada anda apabila anda tahu bagaimana cara dan strategi yang terbaik untuk membuat resume anda supaya nilai anda terserlah di mata bakal majikan.
ANDA BELAJAR SESUATU?
Mudah-mudahan anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini. Mohon tekan butang Share dan kongsikan di wall anda supaya lebih ramai mendapat manafaat.
TIP LAIN YANG MUNGKIN BOLEH MEMBANTU
Anda juga boleh membaca entri-entri di bawah untuk lebih banyak tips menarik ?
1. Cara Jawab Soalan ‘Tell Me About Yourself Dalam Temuduga
2. 5 Kesilapan Kritikal Resume Anda Ditolak
3. 3 Soalan Wajib Ditanya Di Akhir Temuduga
4. 7 Tip ‘Short-cut’ Dapat Kerja Semasa Menjalani Latihan Industri
5. 40-Jam Persediaan Untuk Lulus Temuduga

Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.
Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.
KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut . 🙂
Assalamualaikum, bila lagi resume workshop seperti ini akan diadakan? Saya berminat untuk participate
Hi Nabilah. Terima kasih sebab berminat nak join program saya.
InsyaAllah next kelas adalah pada hari Ahad, 21 October 2018, bertempat di bilik seminar saya terletak di Bandar Saujana Putra.
Pendaftaran harga early bird telah dibuka.
boleh klik >>
[+] Workshop Rahsia Mudah Dapat Kerja
http://www.rahsiakerjaya.com