Ramai orang tengah susah sekarang, income tak cukup, nak bayar komitmen bulanan tak cukup..hidup jadi tertekan..Nak hutang along pun lagi parah jadinya..
Walaupun begitu, judi bukan jalan penyelesaiannya..yang haram tetap haram..biarpun darurat..
‘saya buat sebab terpaksa tuan, kalau tak anak bini nak makan apa?’
Persoalannya, kenapa nak pilih yang haram, sedangkan yang halal itu banyak?
Baru-baru ni gempar tentang satu iklan judi yang bertemakan raya. Yang secara halusnya memberitahu bahawa judi tu ‘ok’ je..
Kawan-kawan, yang haram tetap haram..
Selalu saya pesan, bila hidup rasa tertekan, stress berusahalah untuk caril Allah.. Bukan cari manusia..
Sebab manusia hatta seorang psychiatrist ke, motivator ke.. Coach ke, tetap tak boleh selesaikan apa-apa masalah..yang boleh selesaikan hanya Allah.. Yang ni kena paham betul-betul..
Bila kita cari Allah.. Allah akan bentangkan jalan penyelesaiannya dengan luas.. Kena yakin dengan sepenuhnya..
Hafal dan selalu baca doa ini ya:
اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Maksudnya;
“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhidar) dari yang haram. Perkayalah aku dengan kenikmatanMu (hingga aku tidak meminta) kepada selainMu,”.
Moga Allah berkati kita semua.