Bengkel Persediaan Kerjaya 2019
Selesai bengkel persediaan kerjaya CREATING THE SPARK’ pada 4 April 2019 di Ministry of International Trade and Industry. Alhamdulillah, seawal jam 730 pagi kami dah tiba di lobi MITI Malaysia.
Dari jauh dah nampak signage untuk program CREATING THE SPARK yang diletakan di bahagian kaunter pendaftaran ini..ia amat membantu!
Sungguh cekap pihak penganjur dalam menguruskan program ini. Baik dari awal perbincangan, fasiliti untuk konsultan dan peserta-peserta disediakan dengan teratur sekali.
Sebelum bengkel bermula kami semua dijamu dengan makanan pagi mee goreng mamak, kuih dan teh tarik.
Paling saya suka teh tarik yang disediakan. Puas hati minum secawan , kaw ya amat dan minum dalam suasana bilik seminar yang dingin macam Winter Sonata. Minum 3 cawan pun ok ja kalau begini..hihi
Bengkel Creating The Spark!
Objektif program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang berada dalam tempoh latihan industri / praktikal dan juga pekerja sambilan di MITI untuk membuat persediaan kerjaya dalam topik penyediaan resume, persediaan temuduga, penampilan memukau dan realiti dunia pekerja.
Seramai 39 orang peserta telah mendaftarkan diri dan hadir dalam bengkel ini. Mereka ini ada yang datang dari MITI sekitar Wilayah Kuala Lumpur dan Pahang. Kagum saya! Dari jauh mereka sanggup datang dan tiba awal pagi.


Hala Tuju Kerjaya
Power Resume
Slot kedua yang ditekankan dalam bengkel persediaan kerjaya ini adalah tentang penulisan resume. Bagaimana menyusun content dalam resume dengan betul dan berstrategi. Peserta dilatih terus oleh Coach Nik Faiz untuk menulis resume yang dapat mempersembahan kebolehan diri yang mahu di tunjukkan pada pihak majikan.
Ditekan juga adalah tentang adab menghantar resume. Kerana ini perkara pertama yang dilihat oleh majikan sebelum resume yang dihantar di baca oleh majikan.

Power Imej - Creating a Lasting 1st Impression
Slot membina imej memukau ini menekankan bagaimana untuk bangun dari comfort zone dan self-awaress merangkumi teknik berjalan, duduk, bercakap, cara senyum menjadikan peserta-peserta lebih yakin dan boleh berani untuk menghadapi temuduga dan kehidupan sebenar.



Power Interview - Winning The Interview

Maklum Balas Peserta-Peserta
Kata mereka yang telah menyertai Bengkel Persediaan Kerjaya bersama Career Expert ini:
















Sesi Pembelajaran Interaktif
Sesi ini dikendalikan melalui pendekatan interaktif dan experiential learning dengan penekanan yang seimbang kepada aspek teori dan praktikal, aktiviti berkumpulan, persembahan video, role play, demostrasi dan tugasan individu dan berkumpulan.
Terima kasih kepada pihak penganjur dan pengurusan yang telah menjemput Career Expert untuk berkongsi ilmu cari kerja yang menekankan topik resume, temuduga dan penampilan diri.
RIbuan terima kasih diucapkan pada Jane Lee, tim Personal Branding yang sudi menjayakan program Creating The Spark baru-baru ini.
