NAK PILIH KERJA ATAU PILIH SYARIKAT
Awal-awal pagi Career Expert dah sampai ke dewan.
Selamat pagi orang Shah Alam.
Orang Shah Alam baik-baik dan osem dan positif selalu ❤.
SEMINAR MAPPING YOUR CAREER PATH
Career Expert selesai berkongsi ilmu kerjaya dalam seminar “MAPPING YOUR CAREER PATH” di Shah Alam. Alhamdulillah, bersama 200 pelajar tahun akhir kursus tenaga pengajar kemahiran.
Peserta terdiri dari pemegang sijil kemahiran malaysia tahap 3-5 dalam pelbagai bidang kemahiran jahitan, masakan, technician dan pelbagai bidang kemahiran lagi.
NAK PILIH KERJA ATAU PILIH SYARIKAT
Career Expert ditanya oleh peserta,
Nak pilih kerja ataupun nak pilih syarikat?
Masa kerja dahulu, selalu dapat kenyataan begini dari rakan-rakan.
“Best la ko kerja dengan company besar” atau
“Best kerja outstation, boleh selalu jalan-jalan makan angin”
Memilih KERJA yang betul akan memudahkan anda membentuk KERJAYA dengan lebih terancang.
Memilih SYARIKAT pula akan memberikan anda jaminan dari segi gaji dan juga kerja.
Kedua-dua pilihan ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
PILIHAN ANDA
Jadi, yang mana yang akan anda pilih?
Pesanan dari Career Expert, jika anda baru memulakan kerjaya, pilih KERJA.
Dan adalah tidak mustahil untuk anda dapat kedua-duanya sekali, KERJA yang anda minat di SYARIKAT impian anda.
Majoriti yang hadir dalam seminar hari ni adalah generasi kelompok GEN Y sekitar umur 20an dan 35 tahun.
They are young and ambitious. Wish them all the best.
Seminar MAPPING YOUR CAREER PATH bersama The Career Expert Nik Faiz di Shah Alam.
Terima kasih atas jemputan. Now prepare to our next destination.
Jumpa lagi naaaa orang Shah Alam ❤
Jemput Career Expert ke tempat anda Call / SMS 019-210 4948 Email to info@nikfaiz.com www.nikfaiz.com #TheCareerExpert #CareerCoach #PerundingKerjaya