karnival kerjaya

KARNIVAL KERJAYA DI JOHOR

Alhamdulillah selesai program sehari di KARNIVAL KERJAYA & SKLILL JOHOR di Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Program ini berbentuk pameran dari agensi dan syarikat yang menawarkan kerjaya, temuduga dan ceramah kerjaya untuk membantu dalam menawarkan peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan minat, kepakaran dan kelayakan.

CARA MERANCANG KERJAYA

5 Perkara yang anda perlu jelas sebelum memohon kerja di mana-mana syarikat:

  1. Apakah matlamat anda ingin bekerja di syarikat/ jabatan tersebut?
  2. Kenapa anda memohon kerja disyarikat tersebut?
  3. Apakah nilai/ kelebihan yang ada pada diri anda yang ingin ditawarkan kepada syarikat tersebut?
  4. Apa yang anda mahukan daripada syarikat tersebut selain dari gaji?
  5. Berapa lamakah anda akan bersama syarikat tersebut?

Ini cara anda merancang kerjaya.

 

Pilih kerjaya yang sesuai dengan minat dan bakat.

Baca: Ke Mana Selepas SPM? 

karnival jom cari kerja

karnival jom cari kerja

karnival jom cari kerja

karnival jom cari kerja

karnival jom cari kerja

Career Expert juga sangat sibuk mengendalikan seminar di merata Malaysia.

karnival jom cari kerja

Career Expert di Shah Alam bersama 200 pelajar mengendalikan Seminar “MAPPING YOUR CAREER PATH”

 

Baru-baru ini, Career Expert juga telah dihubungi oleh Astro Awani untuk mengupas topik “Ke Mana Hala Tuju Selepas SPM”.

Calon SPM perlu menetapkan hala tuju sebaik mungkin, matlamat, minat serta memilih kursus yang bersesuaian dengan diri masing-masing.

Oleh itu, sebelum pilih jurusan yang hendak diikuti, nilai kebolehpasaran jurusan itu sendiri perlu dinilai oleh calon lepasan SPM untuk memilih kursus yang bersesuaian.

Calon SPM yang mahu melanjutkan pelajaran ke  peringkat pengajian seterusnya juga perlu ada minat, jurusan mana pun kena ada minat.

Minat merupakan faktor penting kerana akan jadi perangsang untuk mengekalkan prestasi pengajian sehingga ke alam universiti.

[gdlr_video url=”https://youtu.be/zY1CxfqNEdo” ]

 

Sistem PROSPEK KERJAYA

Awal tahun ini, MEC & MIMOS Bhd telah memperkenalkan ujian dalam talian yang dipanggil Prospek Kerjaya (PK) untuk membantu lepasan sekolah memilih bidang pengajian dan kerjaya masa depan yang betul.

Sedikit info tentang Prospek Kerjaya (PK).

Prospek Kerjaya memberi pendedahan kepada remaja LEPASAN SPM & STPM dalam minat hala tuju pengajian tinggi.

🔹mengandungi cadangan-cadangan bidang kerjaya dan bidang pengajian

🔹menyenaraikan pilihan-pilihan kursus pengajian di-dalam negara dan di luar negara bagi kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

🔹Slot kenali minat & bidang kerjaya

Baca: Checklist ‘Do & Don’t Sebelum Memohon UPUOnline

Perkhidmatan seminar Career Expert untuk bidang kerjaya, hala tuju selepas SPSM dan dan latihan kerjaya hubungi
019-210 4948 info@nikfaiz.com

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Wohoo! © Career Expert Sdn.Bhd - All Rights Reserved