Skip to main content
Kursus Penulisan Resume dan TemudugaKursus Persediaan Temuduga Kerja

Resume and Job Interview Workshop | SPAD Bayan Lepas, Pulau Pinang

By October 11, 2018February 21st, 2019No Comments
resume-workshop-di-pulau-penang

Salam! Sibuk sejak dua menjak ni dengan pelbagai aktiviti, acara dan kerjasama Career Expert. Satu minggu telah berlalu selepas Resume Workshop di Pulau Pinang, seminar yang kongsikan tips dan strategi penulisan resume terkini, tip temuduga dan strategi memohon kerja bersama peserta-peserta dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Career Expert memahami impian semua orang nak dapat kerja dengan cepat sebab rata-ratanya nak bantu diri dan keluarga. Untuk yang baru nak kerja, anda ada keperluan yang lebih untuk berkahwin..dan bagi anda yang ditamatkan kontrak dan telah berkeluarga, anda ada komitmen untuk sara diri dan keluarga, kan?

Fakta! – 80% calon pencari kerja gagal mendapat tawaran kerja 6 bulan selepas berhenti kerja/graduasi atau GAGAL semasa hadir dalam temuduga. Sebab utamanya adalah calon gagal untuk menunjukkkan kepada pihak syarikat dan panel temuduga bahawa diri mereka adalah yang paling layak untuk diambil bekerja.

Ini merupakan salah satu dari usaha dan perjuangan kami, Nik Faiz dan tim Career Expert untuk membantu calon pencari kerja  yang memerlukan bantuan untuk dapat kerjaya idaman atau tukar kerja.

Resume Workshop di Pulau Pinang​

Alhamdulillah, sambutan yang diterima dari 38 peserta utara amat-amat positif. Secara peribadi, saya amat teruja dengan penyertaan dan penglibatan dari semua peserta yang sangat aktif dan teruja nak ketahui teknik cari kerja terkini.

resume-workshop-di-pulau-penang


resume-workshop-di-pulau-penang


resume-workshop-di-pulau-penang

Alhamdulilah, peserta pun amat berpuas hati dan enjoy dengan sesi ini.

Tapi bukan setakat bergembira sahaja. Most of the time, memanglah Career Expert sampai kan perkara-perkara yang serius. Tengok tu..sampai berkerut-kerut dahi hahaa.. 😀


resume-workshop-di-pulau-penang

A special thanks to our organizer, Nazli yang diterbangkan dari Kuala Lumpur bersama-sama Career Expert Nik Faiz untuk mengendalikan Resume Workshop di Pulau Pinang ini.

Bagi peserta Professional Resume Writing & Interview Skills workshop di Pulau Pinang ni, kesemuanya telah dijemput masuk ke group whataspps dan Facebook group, iaitu satu group support dan makluman info jawatan kosong terkini.

Peserta-peserta juga berpeluang untuk mendapat konsultasi dan khidmat nasihat resume dengan Nik Faiz secara percuma (Pemberian ini bernilai RM250 / jam)..wow sangat berbaloi! dan mempunyai macam-macam kelebihan.

Jangan lupa aktifkan diri anda dan ambil peluang untuk bertanya dan dapatkan konsultasi dari Career Expert untuk mendapatkan kesemua kelebihan tersebut.


resume workshop di Pulau Pinang
happy clients 🙂

resume-workshop-di-pulau-penang
bergambar kenangan dengan peserta dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis


resume-workshop-di-pulau-penang

Jadi, tamatnya Resume Workshop di Pulau Pinang yang pertama minggu lepas. Atas permintaan dan sambutan yang amat hebat, insyaallah akan dijalankan Professional Resume & Interview Skills Workshop di lokasi-lokasi lain iaitu di di Kuala Terengganu, Johor & Kuala Lumpur.


resume-workshop-di-pulau-pinang
Here the poster untuk tatapan semua 🙂

Trend pengambilan pekerja berubah hampir setiap tahun. Oleh itu, adalah wajar kepada anda, calon pencari kerja untuk sentiasa mengikuti keperluan dan kehendak pasaran kerja dengan teknik dan strategi yang terkini sebelum mula mohon kerja.

Adakah anda berminat dan mahu adakan Resume Writing & Interview Skills workshop seperti ini di tempat / organisasi anda? Pengisian dan tempoh masa boleh dibincang mengikut bajet anda.


Klik Sini Untuk Jemput Career Expert 🙂

mudah 
dapat kerja


Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.

Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.

KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut
. 🙂

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: This is Copyrighted Material. Copyright 2023@Career Expert Sdn.Bhd.