Workshop Resume Writing & Interview Skills
Baru-baru ini berlangsungnya Workshop Professional Resume Writing & Interview Skills di Kelana Jaya, Selangor.
Alhamdulillah Career Expert di jemput untuk mengendalikan workshop ini bersama 30 orang peserta terdiri daripada front desk officer dan customer services.
MENULIS SKILLS DALAM RESUME
PERSONAL & TECHNICAL SKILLS
Career Expert kerap di tanya oleh peserta-peserta, apakah jenis skills yang demanding dalam industri hari ini?
Terdapat dua kategori skills atau kemahiran yang dicari oleh syarikat, iaitu Personal Skills dan Technical Skills
Skil peribadi ‘Personal Skills’ harus ditulis dengan jelas dalam resume anda.
3 contoh personal skills yang boleh diletakkan dalam resume anda:
1. Bijak menyesuaikan diri
2. Peka
3. Berdikari
Jika skills ini ada dalam diri anda, letakkan di dalam resume supaya syarikat akan lebih mengenali kemahiran yang anda.
Kebanyakan calon pencari kerja tidak meletakkan skil ini juga telah menyebabkan bakal majikan sukar untuk membuat pilihan siapakah calon terbaik untuk di ambil bekerja.
.
MOMENT BERSAMA PESERTA-PESERTA
Coach Faiz, saya tak tahu nak tulis skill apa lagi.
Rasanya ada satu skill je.
Response seorang peserta bila latihan menyenaraikan skills untuk dimasukan dalam resume.
Jom datang depan. Saya bantu.
Ok.. apa lagi skill yang awak ada selain membawang?
Seluruh kelas ketawa lagi.
Hai..memang kelas ni asik ketawa je manjang.
Penat gelak kot haha.
Beginilah selalunya sesi kelas yang dikendalikan oleh Career Expert. Seronok dapat bersama-sama peserta-peserta yang sporting ini.
https://youtu.be/B1UeCULvVN8
Sedutan video bengkel bersama peserta-peserta yang dikendalikan oleh Career Expert.
Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang workshop berlangsung …
Terima kasih diucapkan pada penganjur dan pihak pengurusan menjemput Career Expert dan memberi peluang untuk berkongsi ilmu bersama peserta-peserta.
Didoakan semua yang hadir mendapat manfaat daripada ilmu yang dikongsi.
Berminat Untuk Menganjurkan Kursus Ini
Ramai yang telah bermanfaat dari sesi ceramah Career Expert termasuk badan kerajaan, IPT dan juga koprat dalam dan juga luar negara.
Sekiranya anda berminat untuk menjemput Career Expert mengadakan Bengkel Resume Writing & Interview Skills di universiti / kolej ataupun organisasi anda, hubungi kami di ruangan ini untuk perbincangan modul dan sebut harga.