Seminar Kerjaya
Satu sesi yang dibuka kepada umum telah di adakan di pusat latihan CAREER EXPERT EVENT HALL yang terletak di Bandar Saujana Putra,
Ada pengisian yang terdapat dalam seminar kerjaya ini adalah tentang tips menulis resume, cara menjawab temuduga, lubuk jawatan kosong & perkongsian pengalaman 20 tahun membina kerjaya dalam Sales & Marketing.
Career Talk Bersama Coach Nik Faiz
Perkara yang di kongsikan oleh Coach Nik Faiz adalah..
- Semangat kerja pekerja Toys R Us
- Ciri-ciri pekerja yang majikan cari
- Tips resume yang Power Gila!
- Tips temuduga yang membuatkan majikan ingat dan melekat
- Lubuk Jawatan Kosong yang masih ramai orang belum terokai.
Dibuat dalam kumpulan kecil. Lebih mudah berbincang, banyak ruang untuk bertanya, lebih deep.
Perkongsiaan Pengalaman
Dalam seminar kerjaya ini juga, kami telah menjemput Tuan Nur Azmin, yang mempunyai 21 tahun pengalaman dalam kerjaya Sales & Marketing berkongsi pengalaman bersama peserta-peserta.
Dalam slot ketiga seminar kerjaya ini, kami bawakan Dr Rahman Abdul Rahman seorang otai yang berpengalaman berkongsi tentang keperluan pencari kerja mengeluarkan harimau (TIGER) dalam diri mereka agar menampakkan kalian berbeda berbanding dengan calun lain.
TIGER yang perlu dibangkitkan dalam diri ialah:-
+ Talent
+ Interest
+ Goal
+ Experience
+ Resources.
Alhamdulillah, SEMINAR KERJAYA BERSAMA THE CAREER EXPERT ini berakhir dengan jamuan makan tengahari bersama peserta-peserta yang hadir. Dan semasa makan, masih lagi bersambung sesi bertanya soalan bersama Coach Nik Faiz dan tetamu jemputan.
Syukur kepada Allah SWT kerana melancar dan memudahkan perjalanan sesi ini dengan sebaik-baiknya.
Perkongsian Pengalaman
Terima kasih juga kepada para peserta yang yang hadir jauh dari Puncak Alam, Putra Heights & Klang.
Antara pengalaman yang dikongsikan oleh peserta-peserta yang telah hadir ke sesi SEMINAR KERJAYA BERSAMA CAREER EXPERT 🙂
Jemput Career Expert Ke Tempat Anda
Modul dan bajet boleh disesuaikan mengikut keperluan anda.
KAMI PASTI KURSUS INI TIDAK AKAN MENGANTUK, ENJOY DAN PENUH MANFAAT.
Sila hubungi 019-210 4948 atau isikan borang di bawah untuk sebut harga dan proposal.