Skip to main content

Beberapa minggu lepas, Career Expert telah dijemput sebagai penceramah slot ‘Video Resume dan Portfolio’ di dalam Karnival Kerjaya dan Industri yang di adakan di UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.

karnival-kerjaya-dan-industri-by-nik-faiz

Objektif karnival kerjaya dan industri ini adalah untuk mempersiapkan bakal graduan dengan kemahiran-kemahiran untuk mencari kerja, berinteraksi dengan bakal majikan samada kerajaan mahupun swasta serta melahirkan mahasiswa UniSZA yang berkualiti holistik, dilengkapi dengan skill  kesediaan berkerjaya dan keusahawanan, serta  peka kepada keperluan pasaran pekerjaan.

Karnival kerjaya ini juga di buka kepada orang awam sekaligus dapat  membantu masyarakat setempat dalam menambah pengetahuan tentang profil bakal pekerja yang dicari oleh majikan di samping untuk mendapatkan pekerjaan melalui   pameran kerjaya dan industri serta temu duga.

IECC 2019 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Keusahawan, YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md. Raml

Nik Faiz berkongsi :

  • Kepentingan untuk graduan ‘self-positioning’ di alam maya
  • Tips untuk hasilkan video resume yang cepat, menarik dan dengan kos yang minima serta percuma!
  • Maklumat yang perlu ada dalam video resume – untuk menjadikan video anda lebih berkualiti
  • Strategi ‘cepat dan percuma’ untuk tampil di alam maya / media sosial melalui video resume dan eportfolio
  • Pelajari cara mahu tampil dan kelihatan professional melalui resume anda -agar pihak syarikat tertarik untuk panggil anda temuduga
  • … dan banyak lagi!
Hubungi Perunding Kerjaya

Booth Career Expert Di Serbu!

Karnival Kerjaya, Industri dan Keusahawan ini di adakan selama 2 hari di dewan UniSZA yang sangat selesa dan berhawa dingin. Terima kasih kepada pihak penganjur karnival ini kerana telah menyediakan 1 booth khas untuk Career Expert.

Lebih membuatkan kami begitu teruja dalam karnival kerjaya dan industri ini adalah kerana selama 2 hari  berturut-turut, booth Career Expert di serbu peminat! Eh..diserbu oleh graduan -graduan dan tetamu yang hadir.

Sebaik saja kami sampai, sudah ada 3 kumpulan menanti. Mereka mengambil peluang sepenuhnya untuk dapatkan konsultasi terus dari Nik Faiz.

Ada yang mahu mendapatkan pandangan hala tuju kerjaya – tak tahu nak kerja apa dengan kursus yang di ambil sekarang..

Ada juga yang hadir mahu  kami ‘check resume’ – katanya sudah berpuluh resume di hantar, satu pun takde syarikat panggil temuduga

Ada juga yang datang sebab nak saja saja selfie dengan Career Expert (ok ni versi peraasan) — hahaha

Terima kasih semua yang telah datang ke booth Career Expert. Semuanya kami layan dengan gembira dan teruja walaupun sebenarnya kaki cramp lama berdiri dan kebas mxxtot sebab lama sangat duduk :D:D 😀

Sebahagian gambar-gambar semasa di booth Career Expert :

karnival kerjaya dan industri by career expert

Buku ‘Mudah Dapat Kerja’ Di Karnival Kerjaya dan Industri

Pelawat-pelawat yang hadir tidak ketinggalan juga mendapatkan buku Career Expert tulisan Nik Faiz bertajuk ‘Mudah Dapat Kerja’.

Rata-rata memberikan feedback, dah pernah beli beberapa buah buku panduan kerjaya – tapi buku kali ini lebih lengkap, ayat yang simple (mudah difahami) dan tak tebal 😀 – Maklumlaa kan, hari-hari depa mengadap buku tebal.

Sudahkah anda memilikinya?

Jika belum, pastikan anda mendapatkannya sekarang oleh kerana terdapat FREE GIFT bernilai RM150, iaitu “Konsultasi Kerjaya dan Resume” menanti anda. Pemberian ini adalah terhad sahaja, oleh itu, dapatkan Mudah Dapat Kerja sekarang di sini.

Buku ini merupakan ‘passport’ untuk graduan yang akan tamat belajar atau sedang mencari kerja. Hanya 128 muka surat – ia telah diringkaskan dan senang di fahami untuk dijadik an rujukan lengkap bagi membantu anda dapat kerja dengan mudah dan cepat.

www.buku.careerexpert.my

InshaAllah, Career Expert akan bantu dan guide anda memulakan kerjaya baru atau kembangkan kerjaya sedia ada anda sempena hujung tahun baru 2019/2020 ini sekiranya itu adalah matlamat anda.

Sebahagian dari moment-moment yang dapat saya kongsikan semasa sesi menandatangani  & bergambar bersama pembeli-pembeli buku “Mudah Dapat Kerja’ di Karnival Kerjaya, Industri dan Keusahawanan anjuran UniSZA.

Orang Terengganu chomel-chomel smart jetak hor..

Licing boh semua stok buku yang kami bawak!

Sekiranya …

Anda berminat untuk menjemput Career Expert hadir ke karnival yang anda anjurkan, ataupun untuk jemputan slot sebagai penceramah kerjaya, klik di sini untuk maklumat lanjut tentang program  :

https://nikfaiz.com/rfp

ataupun..sekiranya anda dalam kumpulan pencari kerja atau pemburu kerja yang  berminat untuk mendapatkan buku ‘Mudah Dapat Kerja’ yang telah dimiliki oleh ratusan job seekers di luar sana, dapatkan segera di sini.

https://buku.careerexpert.my

Jumpa anda di sana ya!

Ainul Naim
Kuala Lumpur

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.