Skip to main content
Isu Semasa

50% Pekerja Malaysia Sanggup Berhenti Jika Tidak Gembira Berkerja

By August 26, 2022One Comment
berhenti kerja

Separuh pekerja Malaysia sanggup berhenti kerja jika tidak gembira

– Sumber : Berita Harian

Milennial telah bersuara, 50% bukan peratusan yang kecil, mereka tidak sama seperti pekerja yang berusia 40an dan keatas.

Ada yang kata mereka beremosi dan tidak memikirkan masa depan sendiri apabila mereka sanggup berhenti kerja jika mereka tak gembira bekerja.

Persoalan di sini, kenapa mereka tidak sama seperti pekerja yang berumur 40an dan keatas?

Sebabnya yang berumur 40an dan keatas rata-ratanya sudah mempunyai pekerjaan atau pendapatan yang kukuh dan stabil, dan kalaupun belum stabil namun hanya sebilangan kecil sahaja.

Ada pendapat mengatakan, mental dan emosi mereka yang bawah 40an rapuh sehingga tidak dapat tahan dengan tekanan kerja dan sebagainya.

Pandangan saya sedikit berbeza. Perkara ini mungkin ramai terlepas pandang disini adalah mereka sebenarnya mahukan masa yang lebih fleksibel dalam bekerja dan gaji yang lebih munasabah untuk menampung keperluan hidup.

1. Fleksibel Masa

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan tugasan kerja (workload) yang rata-ratanya banyak menyebabkan mereka selaku kakitangan berasa lemas dengan perkara tersebut.

Ramai yang saya jumpa berkata bebanan kerja tu mestilah munasabah dan mereka mampu dan gaji pun mestilah setimpal dan masuk akal dengan bebanan kerja.

Yang buat mereka tidak puas hati adalah bebanan kerja banyak tapi gaji yang tidak setimpal.

‘kalau dah saya kena buat kerja yang sepatutnya dibuat oleh 2-3 orang kenapa tak boleh berikan 2-3 orang tersebut kepada saya, paling tidak pun sekali ganda. Apabila bebanan kerja dah banyak tu sekurang-kurangnya berilah fleksibiliti masa supaya mereka dapat susun jadual mereka sendiri.

Ada kerja yang bila dihimpun memerlukan masa lebih daripada 8 jam sehari untuk siap, sampaikan terpaksa bawa balik kerja ke rumah, kami pun mahu masa dengan keluarga..bukan masa dengan laptop lagi bila dirumah’ ujar mereka lagi.

Ada yang saya jumpa berkata;
“Saya hanya akan terima kerja yang dekat dengan rumah sebab senang untuk saya jemput anak saya dari sekolah, siapkan makan minum mereka kemudian menghantar mereka ke sekolah agama pada sebelah petang.

Bajet tak cukup untuk saya bayar transport dan transit jadi itulah yang paling mampu saya buat untuk anak-anak..jadi saya memang memilih kerja yang flesibel tuan”

Saya percaya bukan hanya dia seorang yang mempunyai rutin yang macam tu, mungkin ramai lagi diluar sana.

Dari apa yang saya faham, saudara kita memang memerlukan masa kerja yang fleksibal supaya beliau dapat menyantuni keperluan keluarga yang lain.

Kalau kita perhatikan ramai yang berminat jadi rider atau pemandu e-hailing sebab kerjaya ini sangat flesibal dari segi masa malahan pendapatan juga.

Tidak ada majikan yang akan call atau whatsapp tanya kenapa tak bawa Grab hari ni. Konsepnya mudah, mereka bawa Grab mereka dapat, ada pendapatan. Mereka tak bawa maka tak adalah pendapatan hari tu.

Saya pernah bersembang dengan pemandu grab katanya;

Saya start kerja bawa grab pada jam 8.30 pagi dan berhenti pada pukul 1 tengahari untuk beli makanan tengahari untuk anak, rehat dan solat. Selepas magrib saya akan bawa semula dan biasanya habis dalam pukul 1 pagi.

Sangat fleksibal, kan?

2. Persekitaran & Tempat Kerja

Jika bertanya dengan golonga milennial sekarang ni kebanyakkan dari mereka inginkan tempat kerja yang bebas.

Ada sesetengah syarikat membuat kafeteria kecil yang berkonsepkan hipster yang membolehkan pekerja mereka lepak di kafe santai-santai buat kerja disana.

Ada juga syarikat yang mewajibkan sehari sahaja dalam seminggu untuk masuk ke pejabat manakala hari -hari yang lainnya mereka boleh buat kerja di mana sahaja mereka berada janji kerja jalan dan siap.

Tidak hairan jika ada di kalangan anak muda yang walaupun bergaji tinggi, sanggup berhenti kerja dan mencari kerja baharu hanya kerana inginkan persekitaran dan tempat  kerja yang lebih fleksibal.

3. Gaji Yang Fleksibel

Gaji yang fleksibal yang mereka maksudkan adalah gaji yang masuk secara harian atau mingguan, di mana mereka boleh keluarkan secara harian atau mingguan.

Ini memberikan mereka kelebihan untuk uruskan hal ehwal keewangan mereka dengan baik.

Ada kalanya keperluan keewangan sebulan menjadi lebih apabila berlakunya perkara-perkara yang tidak terjangka seperti demam, anak perlu beli beg sekolah baru, atau kasut sekolah baharu, tayar motor atau kereta kena ganti baharu dan sebagainya.

Kesimpulannya dalam era pekerjaan yang sekarang ini, hanya majikan yang betul-betul faham dengan keperluan kakitangan akan mampu sustain dan retain kakitangan mereka dengan baik.

Majikan yang mampu lakukan perbezaan dalam usaha mengendalikan dan mengurus pekerja mereka akan menarik lebih ramai pekerja yang berminat untuk berkhidmat dengan mereka. Kalau tak percaya cuba buat 🙂

One Comment

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.