Emosi yang tidak dikawal dan diselia dengan baik seringkali mengalami suatu keadaan yang dinamakan sebagai ‘Emotional hijack!’.
Emotional hijack adalah satu situasi diketika itu kita tidak dapat mengawal emosi kita lalu mendorong diri kita melakukan perkara yang ‘pelik’.
Pelik yang saya maksudkan di sini adalah apabila kita melakukan suatu perkara yang tidak pernah kita lakukan sebelum ini, membuatkan kita berkata ‘kenapalah aku buat macam itu’ yang berbaur penyesalan selepas kita melakukannya.
Seorang pelajar kolej yang pintar di Amerika Syarikat telah menduduki peperiksaan akhirnya yang juga menjadi penentuan untuk memasuki universiti pilihan.
Mengikut rekod peperiksaan yang lepas, beliau tidak akan dapat kurang dari 7 A didalam keputusan peperiksaannya. Namun begitu, oleh kerana kesilapan beliau sendiri, keputusan peperiksaan beliau agak menghampakan kerana subjek yang selalu beliau skor A, pada peperiksaan akhirnya mendapati beliau hanya mendapat B+
Bengang dengan guru yang telah mengredkan beliau B+, beliau bersemuka dengan guru tersebut lalu berkata,
“hai cikgu baru, tahukah kamu bahawa aku tidak pernah tidak dapat A dalam subjek ini, mungkin kamu telah melakukan kesilapan.
Guru itu menjawab dengan tenang, “hai pelajar yang tidak pernah tidak dapat A, hidup kita tidak selalunya sempurna. saya pasti saya tidak melakukan kesilapan”
Lantas pelajar tersebut mengeluarkan sebilah pisau dapur lalu menikam perut guru itu tadi.
Guru itu rebah dengan berlumuran darah. Manakala pelajar tadi pula menyorok di dalam tandas kolej dengan tangan yang berlumuran darah dan baju yang terkena percikan darah. Terkejut dan menyesal dengan apa yang telah dilakukannya.
Pelajar itu dijangka akan memasuki sebuah universiti yang terkemuka di Amerika Syarikat selepas tamat pelajaran dikolej, namun kini terpaksa menghabiskan masa betahun-tahun di sebalik tirai besi oleh kerana tidak berupaya mengawal emosi dan menikam guru yang telah mengredkan beliau B+.
Kini beliau hanya seorang penyedia makanan di salah sebuah penjara di Amerika Syarikat.
Bayangkan, jika beliau berjaya untuk mengawal emosinya pada masa itu, sudah pasti beliau akan melalui jalan kehidupan yang berbeza pada masa sekarang.
Kupayaan seseorang mengawal emosi sendiri mewajibkan seseorang itu mengenali emosi sendiri terlebih dahulu.
Untuk mengenali emosi sendiri, maka seseorang itu haruslah telus dengan emosi sendiri lalu memahami dan mengawalnya supaya ianya memberikan makna kebaikan.