“Tunggu nasi goreng pun dekat 1 jam dah, tukang masak buat apalah ni?..ni memang last la aku datang sini..naik kebulur dah aku..”
Begitulah lebih kurang ayat yang keluar dari mulut pelanggan sebuah restoran dan mungkin akan banyak lagi ayat-ayat yang lebih kurang demikian bunyinya sekarang ini.
Persoalannya, kenapa berlaku kekurangan pekerja di sektor F&B? Adakah betul dikatakan belia terlalu demand gaji tinggi menyebabkan mereka terlalu memilih pekerjaan.
Tuan Puan sidang pembaca, sejak negara dilanda oleh pandemik covid-19, lanskap kerjaya telah berubah dengan sangat drastik disebabkan oleh ekonomi dunia dan Malaysia khususnya telah terjejajs dengan sangat teruk.
Turn-Over Tinggi
Banyak perniagaan telah terjejas dan ini tidak terkecuali bahawa kekurangan pekerja di sektor industri F&B juga terjejas dengan teruk. Kedai-kedai makan terpaksa ditutup terus kerana tidak mampu lagi menanggung kos ‘overhead’ yang terlalu tinggi. Akibat daripada itu, telah ramai pekerja restoran dan kedai makan diberhentikan kerja dan ada yang secara suka rela berhenti kerana tidak dibayar gaji.
Setelah 2 tahun bertahan dengan badai covid-19, pengusaha kedai makan dan restoran yang mempunyai dana simpanan yang besar akan mula kembali berniaga seperti biasa, namun mereka terpaksa menghadapi satu kebiasaanya baharu iaitu kekurangan pekerja atau ketiadaan pekerja dan ‘turn-over’ pekerja yang sangat tinggi.
Rakyat yang baru bertatih untuk memulihkan ekonomi sendiri dan keluarga telah sekali lagi terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat naik hari demi hari, dan ini telah memaksa rakyat untuk mencari pekerjaan yang lebih baik gajinya demi untuk menampung keperluan keluarga masa kini.
1. Gaji Di Bayar Rendah?
Menyentuh soal gaji, adakah gaji pekerja dalam sektor F&B seperti restoran dan kedai makan masih berada pada paras yang boleh diterima? Jawapannya jelas sekali tidak.
Apa yang dapat kita semua saksikan sekarang ini, kekurangan pekerja baik industri makanan malah industri otomotif, peladangan sekalipun, pakej gaji yang ditawarkan adalah tidak cukup untuk menarik minat golongan belia menceburkan diri dalam industri-industri ini.
Ramai yang berpandangan bahawa golongan belia ini terlalu memilih dan ‘demand’ gaji yang terlalu tinggi. Mereka sebenarnya tidak demand gaji yang terlalu tinggi, namun gaji yang cukup selesa untuk mereka hidup dalam ‘lifestyle’ masing-masing.
Mereka tidak berharap gaji yang terlalu tinggi namun cukup untuk membolehkan mereka berimpian memiliki sebuah kediaman selesa, kenderaan yang baik dan membina dan menjaga keluarga kecil mereka sendiri.
Golongan belia pun seperti mana kita semua yang lain, juga inginkan kemampuan untuk bercuti biarpun hanya dalam negara dan negeri, memiliki barangan yang lebih baik dan berkualiti, masa yang fleksibel bersama keluarga dan kawan-kawan, dan rumah atau tempat tinggal yang lebih baik yang boleh menyakinkan bakal keluarga dan mertua.
2. Gaya Hidup
Selain daripada gaji, 2 lagi punca yang dapat dikenal pasti menjadi asbab kekurangan pekerja dalam sektor atau industri yang yang disebutkan diatas adalah faktor gaya hidup, dan tidak ada hala tuju kerja yang jelas.
Bila sebut gaya hidup ini sebenarnya sangat luas. Nak ada rumah atau tempat tinggal yang lebih baik juga merupakan gaya hidup. Memiliki kenderaan yang sederhana untuk kegunaan keluarga juga merupakan tuntutan gaya hidup, nak bercuti dan melawat negeri orang dan sebagainya, itu merupakan sebahagian gaya hidup masyarakat sekarang ini.
Jika ditawarkan kerja 7 hari seminggu cuti pula sehari dalam sebulan, maka siapakah yang sanggup?
Ada yang kata, ehh coach, kawan kita mek indon dan mat bangla boleh je survive dengan gaji minimum takkan orang melayu kita tak boleh?
Sekalian, mereka datang kerja di negara kita hanya dengan satu tujuan, iaitu cari duit banyak-banyak, cukup tabung, cukup masa pulang ke sarang negara masing-masing dan nikmati hari tua bersama keluarga disana.
Mereka korbankan masa, kesenangan, dan kemewahan mereka bersama keluarga sekarang ini untuk senang dan mewah dihari esok. Mereka boleh hidup dalam satu rumah sampai 15 – 20 orang (kalau sewa rumah RM1000, sorang hanya perlu bayar RM50), makan ala kadar nasi dengan sayur dan kari kentang pun cukup, tak perlu nak plan percutian ke Langkawi dan sebagainya, nak kerja 7 hari seminggu pun hokey, cukup dapat balik 2 tahun sekali menjenguk anak isteri disana dah sangat memadai.
Orang kita bukan macam tu, ini tanah tumpah darah mereka, keluarga mereka disini, hidup mereka di sini, mak ayah, adik beradik, mertua semuanya disini.
Tidak sama dan jangan sesekali menyamakan kerana sampai bila-bila takkan sama. Kita nak ada masa bersama keluarga, kita nak ada family day, kita nak travel balik kampung setiap kali perayaan malah sekali sebulan kepada yang mampu mesti akan balik kampung. Maka ini menjadikan sebab kedua yang cukup kuat iaitu gaya hidup yang lebih baik dan fleksibel.
3. HALA TUJU KERJAYA
Sebab yang ketiga adalah hala tuju kerjaya yang tidak jelas. Sekalian, setiap daripada kita sentiasa inginkan sesuatu yang lebih baik dari yang sebelumnya. Jika 2 tahun lepas berada pada pangkat Eksekutif 1, maka pada tahun yang berikutnya nak juga jadi Eksekutif 2 dengan pakej gaji yang lebih baik.
Jika ada peluang pekerjaan yang tidak pasti dengan hala tuju kerjaya, maka tidak hairanlah seseorang individu itu takkan lama dalam sesebuah syarikat, industri dan sebagainya.
Sekiranya anda masih lagi tidak tahu ke mana hala tuju kerjaya anda selepas ini, ataupun berminat untuk menjemput saya ke tempat anda berkongsi pengalaman saya boleh ke www.nikfaiz.com/rfp ataupun layari Youtube saya di Coach Nik Faiz untuk video-video motivasi dan inspirasi kerjaya.