
Esok, 9 April 2021 saya akan di temubual secara live di Kool FM mengenai topik kerjaya. Bagi anda yang mempunyai masa terluang, tune in to radio Kool FM: Suara Semasa Dengar Online:)

Suka Tukar Kerja / Lompat Kerja Dalam Tempoh Yang Singkat, Apa Baik dan Buruknya?
Melompat kerja ni dah jadi hampir seperti norma baharu juga sebenarnya. Kalau lihat kepada statistic setakat ini dah 24% dari jumlah pekerja telah lompat kerja. Sekarang kita baru di bulan yg ke-4 di tahun 2021, dan apabila ditanya kebarangkalian untuk lompat kerja kepada beberapa kumpulan pekerja, lebih 80% kata akan lompat kerja jika kena dengan offernya.
Kalau dulu-dulu masyarakat agak stigma dengan lompat kerja ni.. Terutamanya majikan dibahagian pengambilan pekerja, namun sekarang mereka lebih terbuka.
Sedar atau tidak, trend hiring pun kini dah berbeza, dimana agak jarang dan susah nak nampak company yang hiring permanent staff. Yang banyaknya adalah lantikan secara kontrak.
Ini secara tak langsungnya memberikan mesej secara di bawah sedar kepada pencari kerja bahawa ciri ‘kesetiaan’ atau loyalty bukan menjadi keutamaan.
Pada minda pekerja, ia seperti touch n go, diambil bekerja.. Siap kerja.. Cari tempat lain pula.. Begitulah seterusnya..
Bila lompat kerja ni majikan akan menilai dan mengkategorikan calon yang minta kerja ini kepada 2 sebab samada
1) Seorang yang opportunist
Opportunist ni samada dapat peluang naik gaji ke, naik pangkat ke, dapat kerja yang memang betul-betul minat ke dan sebagainya yang ni majikan suka, sebab apa? Sebab ada attitude yang sentiasa mencari peluang.
2) Inability to adapt to the working environment
Inability to adapt ni macam tak tahan dengan stress, tak tahan dengan workload, tak tahan dengan tekanan yang akhirnya membawa kepada keputusan untuk lompat dan cari kerja lain. Dengan harapan, kerja dekat tempat lain tak stress, dapat bos yang baik-baik, kerja tak banyak., boleh buat kerja senang dan relax.
Ketahuilah, yang ni tak baik, sebab ia akan mencerminkan banyak kekurangan diri calon tersebut kepada pihak majikan.
Dan inability to adapt ni bukan merujuk kepada stress tekanan, workload sahaja.
Ada juga sebab di mana individu tidak dapat adapt sebab mungkin bertentangan dengan prinsip individu itu sendiri, atau sesuatu pekerjaan yang kena buat tu melanggar batasan syarak contoh yang ramai ketahui seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, ataupun tidak dibenarkan untuk solat jumaat. Jadi melompat kerja asbab itu adalah baik.
Sebagai kesimpulannya, nak lompat kerja tu boleh dan amat digalakkan jika ianya adalah untuk kebaikan dan kemajuan diri dan keluarga anda. Namun jika ianya adalah alasan untuk tujuan bagi membolehkan kita lari dari sesuatu keadaan atau masalah maka ia tidak digalakkan.
Percayalah, mana-mana syarikat yang kita kerja sekalipun tidak akan lari dari cabaran, dugaan, mahupun masalah. Belajar untuk hadapi ia dengan tenang, insyaAllah jalan kerjaya anda menjadi lebih baik dan cemerlang.
Temuramah bersama saya adalah berkenaan topik “Suka tukar kerja / lompat kerja dalam tempoh yang singkat, apa baik dan buruknya? berlangsung pada jam 7:20 pagi pada 9 April 2021.
Tune in to Radio Kool FM di 101.3FM (kawasan Lembah Klang) atau bagi mereka online, boleh dengar secara live streaming di https://www.koolfm.com.my/ Untuk yang tak sempat dengar, boleh baca perkongsian saya di sini.
Jumpa di radio! 🙂