Baru-baru ini, saya telah di jemput menjadi salah seorang jemputan panelis dalam rancangan Infiniteenrtm bertajuk Budak Intern Diva di studio.
Sebagai seorang Perunding Kerjaya, pemilik syarikat dan usahawan sepenuh masa saya suka bertanyakan soalan pada budak intern dan bakal graduan, ‘What’s Next?’ Apa perancangan selepas habis intern? Sambung belajar atau cari kerja?
Ketahuilah, latihan industri ataupun tempoh intern hanya berlaku sekali dalam pengajian anda. Lainlah kalau anda sambung study dalam bidang lain. Jangan sia sia kan peluang untuk menukar status anda dari budak intern kepada staff syarikat tempat anda buat praktikal.
Sebelum saya kupas dengan lebih lanjut tentang Budak Intern Diva ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yusri Ismail, selaku penerbit rancangan Infiniteen di atas kesudian menjemput saya untuk mengupas tajuk ini, dan kepada keseluruhan team produksi Studio 1 Wisma TV Angkasapuri, anda memang ohsem!
Sebenarnya, banyak perkara yang saya nak kongsikan tentang ‘kisah budak intern diva’ ini. Tetapi di sebabkan kekangan masa sebab ada banyak slot kan so saya kongsikan disini.
Mudah-mudahan anda yang tidak bersempatan untuk menonton atau yang dah tonton tetapi nak input yang lebih banyak maka saya persilakan anda untuk teruskan baca ya.
Bila sebut budak intern ni sesetengah pandangan stigma orang adalah budak yang baru nak kenal dunia pekerjaan, yang tidak ada idea pun tentang pekerjaan.
Yang ini adalah salah satu perkara yang mesti nak kena ubah. Ini kerana tidak semua budak intern tu tak ada langsung pengalaman kerja.
Rata -rata pelajar dan graduan kerjaya yang hadiri setiap program saya akan tanya siapa pernah ada pengalaman kerja.
Antara 40-50% akan angkat tangan menyatakan mereka pernah ada pengalaman kerja. Tidak kiralah pengalaman kerja sebagai apa, yang penting mereka dah ada pengalaman kerja dan sudah pasti pengalaman kerja itu sangat berguna.
TIADA PENGALAMAN KERJA
Tidak terkecuali, pelajar atau graduan kerjaya yang langsung tidak ada pengalaman kerja pun memang ada.
Kalau kita lihat kepada 2 kelompok pelajar yang ada pengalaman kerja dan yang tidak ada pengalaman kerja ni, yang ada pengalaman kerja mungkin akan sudah terbiasa dengan persekitaran kerja dan mampu adapt dengan kerja dan tempat kerja lebih mudah.
Manakala yang tidak ada pengalaman kerja akan berpandukan kepada pengalaman kawan-kawan senior yang lain dan menjadikan ia sebagai pedoman.
Nak jadikan pengalaman senior sebagai pedoman tu memang tak salah, namun kalau sudah menjadikan ia perkara yang wajib akan dilalui satu persatu maka itu yang perlu diperbaiki.
#1 – DEMAND ELAUN INTERN
Pengalaman setiap individu yang melalui intern tidak akan sama. Ianya berbeza dari banyak aspek yang merankumi syarikat yang di pilih, tempat, kerja-kerja yang dibuat dan lain-lain.
Katakan pengalaman intern seorang senior, mungkin mereka pernah dapat elaun yang besar.
Namun apabila giliran pelajar junior untuk menjalankan intership, elaun yang mereka dapat mungkin sedikit rendah berbanding pelajar senior yang sebelumnya.
Ini membuatkan pelajar junior tersebut bertindak untuk demand elaun yang setara dan menjadikan ia penentu samada ingin terima atau tidak tawaran intern dari syarikat tersebut, lalu keadaan ini akan menampakkan mereka ‘DIVA’.
Sebagai graduan kerjaya yang baharu berkenalan dengan dunia pekerjaan, adalah sangat saya sarankan agar tidak menjadikan elaun sebagai penentu untuk terima atau tidak tawaran intern tu.
CUba lihat kepada ruang dan peluang untuk belajar banyak perkara berkenaan industri yang berkaitan.
Percayalah, pengalaman intern itu sangat-sangat bernilai, jika dilalui dan diolah pengalaman intern tersebut dengan baik, ia boleh menyaingi pengalaman kerja.
#2 – MEMILIH SKOP PEKERJAAN
Perkara yang kedua yang selalunya akan menampakkan pelajar intern ini DIVA, adalah apabila mereka terlalu memilih skop pekerjaan semasa internship tersebut.
Kadang-kadang ada yang menolak pekerjaan teras semasa intern yang mana pekerjaan teras ini adalah kerja hakiki yang mereka wajib buat apabila mereka memilih sesuatu posisi dan pekerjaan, dan salah satunya adalah seperti keperluan untuk ‘outstation’.
Ketahuilah, Majikan ni kan kalau mereka hanya ambil sambil lewa sahaja perihal latihan industri pelajar universiti, mereka takkan lebih-lebih melibatkan pelajar intern dalam pekerjaan.
#HINT – Jika mereka melebihkan keterlibatan pelajar latihan industri dalam pekerjaan yang melibatkan ‘extra-cost’ adalah besar, kemungkinan mereka berniat untuk menyerap terus anda sebagai kakitangan syarikat.
#3 – BERKUMPULAN / KURANG PERGAULAN DENGAN KAKITANGAN LAIN
Yang ketiga yang selalunya akan buatkan majikan melihat pelajar intern sebagai DIVA apabila mereka tidak ingin bergaul atau bermesra dengan baik bersama kakitangan yang lain.
Ada juga hanya memilih daripada kelompok yang tertentu sahaja contohnya kumpulan yang sebaya dengan mereka atau berstatus sama seperti mereka.
Adik-adik intern, kakitangan yang lebih senior yang dah lebih 10 tahun kerja itulah yang perlu anda jadikan sebagai kawan dan tempat merujuk serta bertanya sebab pengalaman mereka sangatlah banyak.
kalau kita sembang di kedai mamak mintak mereka cerita tentang syarikat, memang ceritanya takkan habis.
Jadi lepas ni kena ubah fikiran ya, nak dapatkan pengalaman kerja, selok belok pekerjaan dapatkan daripada orang-orang lama ‘senior’.
Kadang-kadang pengalaman kerja yang kita dapat bukan sahaja datangnya dari jenis pekerjaan yang kita buat tetapi juga dari perkongsian pengalaman kakitangan lama yang mana pengalaman yang mereka kongsikan memudahkan kerja kita secara langsung dan terus.
Masa saya intern dulu-dulu, bukan setakat tips kerja malah tips untuk bekerja dengan mana-mana individu pun mereka bagi.
Alhamdulillah!
Seperkara lagi, sebagai pelajar intern amatlah digalakkan untuk mempunyai harapan peribadi tentang apa yang anda ingin capai melalui internship tersebut boleh rujuk artikel di sini :
BOLEH ATAU TAK SEBENARNYA NAK DIVA-DIVA?
Jawapan ringkas saya, BOLEH! tapi sikit je.
Pelajar intern yang bersikap DIVA ni pada pemahaman saya sebenarnya mereka ‘over protective’ terhadap majikan.
Mereka tidak mahu di ambil kesempatan oleh sebahagian syarikat yang menggunakan pelajar intern untuk buat macam-macam kerja yang tidak terkait pun dengan pengalaman kerja yang diharapkan.
Jadi apabila adanya pelajar intern yang berkongsi pengalaman pahit bersama majikan, maka pelajar yang junior yang lainnnya pula akan terlebih berhati-hati sehingga mereka hilang pertimbangan antara kerja yang perlu dibuat dan perlu ditolak.
Maka secara tidak sedar melabelkan diri mereka sendiri sebagai intern DIVA.
Pelajar intern ni syarikat akan tengok dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Semua akan dinilainya.
Jadi anda kena bijak dan sedar sepenuhnya apa yang berlaku semasa menjalani intern.
Lapangkan dada serta fikiran untuk terima apa sahaja pengalaman dari intership tersebut, baik yang best ataupun yang tidak best.
Anda yang berminat nak belajar beradaptasi dengan ekosistem kerja anda boleh jemput saya untuk mengendalikan kursus yang bertajuk ‘Organisational Adaptability for Graduates’ ditempat anda! Klik pada pautan link di bawah untuk info lanjut.
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya, mudah-mudahan beroleh manfaat insyaAllah, dan kita jumpa lagi di artikal yang akan datang