Skip to main content
Bimbingan KerjayaTop Post

Lompat Kerja, Ok atau Tidak?

By April 4, 2018September 27th, 2018No Comments
lompat kerja

LOMPAT KERJA

Kerja dimana, kerja apa, gaji nak berapa, semuanya adalah pilihan kita. Setiap pilihan yang kita buat maka kita haruslah bertanggungjawab terhadapnya.

Andai tempat kerja menjadi keutamaan dalam pemilihan kerja maka perkara yang lain seperti gaji, jawatan, dan sebagainya harus dilihat perkara yang kedua.

Baik, pada kali ini saya akan kupas berkenaan dengan fenomena lompat kerja yang sedar atau tidak ianya sedang berlaku dikalangan pekerja di Malaysia dan yang lebih membimbangkan adalah ianya dilakukan oleh mereka yang fresh graduate dan tidak sampai setahun kerja.

Adakah perkara ini baik?

Sebelum saya menjawab persoalan ini, mari kita sama-sama lihat apakah antara faktor dan sebab yang mungkin boleh menyebabkan seseorang itu lompat kerja.

Apabila melihat kepada faktor ini saya lebih suka jika ianya dilihat pada kedua-dua belah pihak kerana itu akan menjadikan kita lebih jelas dengan perkara ini, dan tidak menuding jari dengan sesuka hati kepada sesiapa sekalipun.

Jika ditanya kepada mereka yang lompat kerja , kenapa mereka berbuat demikian majoriti jawapannya adalah menjurus kepada punca masalah dari pihak syarikat atau majikan.

7 SEBAB MEREKA SUKA LOMPAT KERJA

Ada 7 sebab yang saya rasakan ianya relevan untuk dikongsikan kepada anda:

No 1 – JAWATAN YANG DISANDANG TIDAK SEPERTI YANG DIMOHON

Perkara seperti ini seringa kali berlaku, calon ditemuduga dan selepas ditemuduga, calon ditawarkan jawatan yang berlainan daripada yang dimohon.

Ini berlaku adalah berkemungkinan syarikat yang menemuduga anda nampak kesesuaian yang lebih baik berdasarkan pengalaman dan skill yang anda ada.

Namun jika jawatan itu tidak berkaitan langsung dengan kebolehan anda, kemungkinan anda sedang diperdaya. Kita kembali semula ke situasi temuduga tersebut.

Setelah dipujuk oleh pihak majikan yang mengatakan bahawa skop bidang tugas adalah hampir sama, maka calon menerima tawaran tersebut. Calon cuba bertahan dan membiasakan diri dengan jawatan yang baharu itu namun gagal untuk bertahan lebih lama.

Akibat daripada itu, calon mula mencari kerja lain dan seterusnya lompat ke syarikat yang seterusnya.

Baca: Mohon kerja lain, dapat jawatan lain

No 2 – MAJIKAN BERSIKAP TIDAK PROFESSIONAL MENGURUSKAN PEKERJA

Sebab yang kedua ini adalah antara yang paling ramai melompat kerjA. Faktor yang paling besar yang akan menjamin seseorang pekerja itu untuk terus setia bersama sesebuah syarikat adalah baik atau tidak bos mereka.

Pepatah ada mengatakan,

“Staff leave bosses, not company”

Ramai yang berhenti kerja disebabkan sikap bos yang tidak professional dalam mengurus pekerja mereka.

Adalah tidak dinafikan bahawa bos akan bersikap pilih kasih kepada pekerja yang disukai oleh mereka, namun perbuatan itu tidak harus dipertontonkan kepada kakitangan yang lain.

Mereka harus rasa mereka adalah sebahagian daripada keluarga besar jabatan atau syarikat terbabit.

Apabila mereka merasakan bahawa kehadiran mereka seperti tidak diendahkan dan diperlakukan seperti kakitangan yang tidak penting maka mereka akan mula mencari syarikat yang lebih memerlukan mereka, yang menyebabkan mereka lompat kerja ke syarikat yang lain.

No 3 – SKOP KERJA DI LUAR BIDANG PENGAJIAN

Rata-rata jobseeker lebih suka untuk bekerja dalam bidang kelulusan mereka, dan jika tawaran kerja yang mereka dapat itu adalah diuar bidang pengajian maka mereka akan tolak tawaran tersebut.

Mereka hanya mungkin menerima jawatan yang diluar bidang pengajian mereka dengan tujuan ‘nak test’ adakah mereka mampu buat kerja itu atau tidak.

Jika tidak, mereka tidak akan teragak-agak untuk letak jawatan terus pada hari / minggu kedua bekerja.

Senario pada zaman sekarang adalah dimana tenaga kerja yang diperlukan oleh industri tidak selari dengan pengeluaran tenaga kerja.

Lebih ramai tenaga kerja mahir teknikal yang diperlukan namun lebih ramai tenaga kerja pengurusan dilahirkan.

No 4 – GAJI RENDAH

Ramai majikan yang menyuarakan tentang graduan yang ‘demand’ gaji yang tinggi.

Ia adalah benar apabila rakan-rakan saya yang merupakan HR dari pelbagai syarikat bercakap tentang hal ini. Lebih adil kiranya jika syarikat juga tidak menawarkan gaji yang terlalu rendah.

Maklumat yang saya perolehi, ada graduan kelulusan sarjana muda yang ditawarkan kerja dengan gaji serendah RM900 yang mana pada saya ia amat keterlaluan.

Walaupun mereka ini tiada pengalaman kerja, namun ilmu yang mereka ada, tenaga yang mereka curahkan, masa yang mereka peruntukkan adalah sangat berharga.

Mereka yang ‘terdesak’ mungkin akan menerima berapa sahaja gaji yang ditawarkan namun apabila mereka sudah dapat kerja yang lain yang gajinya lebih baik, mereka akan lompat ke syarikat yang seterusnya.

Ini juga antara faktor utama, kenapa ramai yang suka lompat kerja.

Baca: Gaji Rendah vs Gaji Tinggi

No 5 – POLITIK DALAM SYARIKAT, RAMAI YANG TERTEKAN

Perkara ini adalah perkara biasa, yang mana kebanyakkan politik dalaman syarikat ini akan didalangi oleh orang yang lebih ‘senior’.

Politik dalaman syarikat boleh membuatkan seorang pekerja itu hilang hak-hak tambahan seperti, bekerja pada hari minggu, dimana sepatutnya mereka kerja secara bergilir dengan staff yang lain.

Pekerja yang baru juga mungkin dibebankan dengan kerja kakitangan yang lain dengan alasan supaya pekerja baru lebih cepat mahir.

Bagi pekerja baru seperti fresh graduate, mereka mungkin akan ‘dimainkan’ oleh senior mereka atau juga bos mereka sendiri.

Tidak dinafikan bahawa di ofis wujudnya ‘clan’ atau ‘geng’. Geng yang mengampu bos pun ada, dan geng yang anti syarikat pun ada, pokoknya politik syarikat ini diibaratkan seperti virus atau bakteria yang akan memakan syarikat itu sendiri.

Baca: Cara Untuk Jawab Soalan Buruk / Negatif Syarikat Lama Semasa Temuduga

No 6 – BEBAN KERJA BANYAK, TIADA RUANG UNTUK BERCUTI

Ada syarikat yang mewajibkan kakitangan mereka untuk bekerja pada hari minggu dengan alasan bahawa bisnes paling laju pada hari minggu. Ini berlaku kepada syarikat-syarikat retail.

Ada pula syarikat yang enggan membayar overtime sebaliknya menggantikan ia dengan baucer dari kedai atau syarikat sendiri.

Kalau pekerja AEON, Giant, Tesco, Parkson, oklah juga, mereka boleh gunakan baucer tu untuk membeli barang keperluan harian, kalau syarikat yang jual penapis air? Macam mana?

Kadang-kadang cuti gantian yang diberikan adalah pada hari biasa, dimana apabila bercuti tiada sesiapa pun dirumah. Masa untuk keluarga tiada, malah nak merancang percutian keluarga pun menjadi susah.

No 7 – PERATURAN SYARIKAT TERLALU KETAT

Ada juga syarikat yang tidak menitik beratkan kewajipan agama seperti; tidak membenarkan kakitangan untuk bersolat jumaat untuk pekerja lelaki ataupun bertudung bagi wanita.

Hal ini banyak berlaku dan sering diadukan kepada saya beberapa kali. Perkara ini TIDAK PATUT berlaku dan majikan harus lebih sensitif tentang perkara ini.

Pernah sekali saya berbual dengan pekerja yang menjadi kedai memjual perfume di salah sebuah airport di malaysia.

Saya bertanya, “Mana staff yang bekerja bulan lepas? Lama saya tak nampak”

Pekerja: “Sebenarnya bang, dia dah kena berhenti kerja”,

Saya: “Dia ada masalah disiplin ke?”

Pekerja: “Tak bang, dia kerja ok, tak pernah ada masalah disiplin, hmm..saya pun tak tahu berapa lama saya boleh kerja disini, sebab bos cakap, kalau sale tak capai target, maka otomatik akan diberhentikan kerja..walaupun bulan pertama kerja”.

Ya Allah, macam ni punya peraturan pun ada ke?, namun inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang.

Kadang-kadang kita mungkin hanya memandang pada sebelah pihak sahaja lalu menghukum pihak yang lain.

Ini antara punca berlakunya fenomena lompat kerja dari kaca mata pencari kerja yang melompat kerja.

Apabila diamati secara halus, ada bahagian yang mana pihak majikan harus perbaiki dan ada juga bahagian yang kakitangan atau jobseeker harus ubah.

lompat kerja

 

MAJIKAN LUAH RASA TERKILAN

Bagaiamana pula respon majikan tentang perkara ni, Mari kita tengok pula apa kata pihak syarikat tentang fenomena ini.

Antara maklumbalas dari pihak syarikat adalah sudah tentu puncanya dari kalangan pekerja sendiri.

Namun begitu kita lihat dan nilai sendiri ruang yang harus diperbaiki.

1. PEKERJA BERSIKAP TIDAK MATANG / SABAR DALAM MENGHADAPI CABARAN KERJA

Sebagai staff baru yang dalam proses untuk menyesuaikan diri, adalah menjadi kebiasaan jika dimarah ataupun hasil kerja anda mendapat banyak kritikan, dan komplen dari pelbagai pihak.

Namun sebagai staff baru, anda harus menghadapinya dengan matang dan memandang bahawa kritikan itu merupakan salah satu proses dalam penyesuaian diri dengan kerja dan tempat kerja.

Setiap cabaran yang akan dihadapi dalam setiap syarikat tempat anda bekerja sudah tentunya akan berbeza.

Bos yang berbeza, caranya pula akan berbeza. Apa yang anda harus faham adalah setiap masalah dan cabaran yang dihadapi itu tidak kira ianya berpunca dari siapa, anda harus sentiasa bersedia.

Bagaimana untuk bersedia?
Iaitu dengan mengenali siapa bos anda, dan apakah yang expectation dari bos tersebut.

Jika bos itu adalah seorang yang pentingkan masa, yang mana jika expectation beliau untuk anda siapkan sesuatu tugas itu dengan segera, maka anda harus siapkan dengan segera.

Jika lewat? Maka anda sudah boleh mengjangkakan yang anda akan dimarah ataupun dikritik.

 

2. TERLALU MANJA, TIDAK TAHU BERDIKARI DAH MAHU ‘DISUAP’

 

Zaman kerja sekarang dengan 15 tahun dahulu sudah banyak berbeza.

Dahulunya semasa ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik, syarikat akan menghantar staff baru untuk mengikuti kursus tertentu, yang yuran nya ditanggung sepenuhnya oleh syarikat bertujuan memahirkan staff baharu untuk melakukan kerja mereka kelak.

Kini tidak lagi, amatlah jarang sekarang ini kita lihat syarikat akan menghantar staff mereka untuk mengikuti kursus di luar.

Semuanya akan berdasarkan ‘on-job-training’. Masuk kerja terus buat kerja, jika tidak tahu caranya maka rujuklah pekerja yang senior untuk membantu.

Menurut rakan HR sebuah syarikat, kakitangan sekarang ini tidak berkehendak untuk membuat sesuatu yang lebih atau belajar sesuatu yang lebih demi untuk meningkat tahap kompeten mereka.

 

3. SUKA MEMBERONTAK DAN CEPAT MELENTING

 

“Apabila ditegur sahaja dah melenting dah nak amik cuti half-day, bagaimana nak maju kalau begini attitude mereka” kata seorang pemilik syarikat kepada saya.

Menurut CEO Google iaitu Sunder Pichai, ‘EQ is a must have skill for every employee’.

Perkara diatas adalah berkaitan dengan pengurusan emosi.

Apabila ditegur sahaja sudah merajuk dan nak balik rumah, ia bukan gambaran seorang kakitangan yang ada EQ dan matang untuk berhadapan dengan cabaran.

Anda harus berubah, ini bukan lagi zaman sekolah atau universiti yang mana apabila kena marah sahaja maka di adukan kepada mak dan ayah.

Mengadu kepada kedua orang tua tidak salah, tetapi aduan itu biarlah aduan yang memeperlihatkan bahawa anak mereka sudah matang.

Sebagai seorang kakitangan, pengurusan emosi adalah sangat penting. Faktor ini juga akan menentukan samada seseorang itu akan kekal lama dalam sesebuah syarikat atau tidak.

Menjadi seorang pekerja yang bijak Sahaja tidak cukup tanpa skill pengurusan emosi yang baik. Oleh itu skill EQ Sudah menjadi kewajipan untuk dipelajari oleh semua kakitangan awam dan swasta.

Video – [gdlr_video url=”https://youtu.be/ff95zDSnyo8″ ]

 

4. PEKERJA LANGGAR PERATURAN ASAS SYARIKAT

Perkara ini berlaku dimana-mana syarikat sekalipun.

Pernah seorang HR memberitahu kepada saya bahawa, seorang pekerja yang tidak sampai 2 bulan bekerja telah mohon cuti selama seminggu untuk pergi bercuti Europe trip bersama rakan sepejabat. Namun permohonannya ditolak.

Malangnya, mereka tidak mengendahkan penolakan permohonan tersebut lalu mereka tetap dengan perancangan mereka untuk pergi juga.

Seminggu selepas balik dari percutian itu mereka telah digantung selama 2 minggu. Kurang dari seminggu dalam tempoh digantung kerja, mereka telah hantar surat letak jawatan.

Ini salah satu contoh sikap yang amat tidak disukai oleh pihak majikan.

Ianya merupakan benchmark untuk melihat kepatuhan pekerja terhadap undang-undang kecil syarikat.

Jika perkara kecil ini pun mereka tidak boleh patuh, bagaimana syarikat nak berikan tugasan yang lebih penting yang perlukan komitmen yang lebih baik?

Bagi pekerja yang baru memasuki alam pekerjaan dimana-mana syarikat sekalipun, anda harus jelas dengan ‘ground rules’ syarikat tersebut supaya tindakan anda tidak akan menyebabkan digantung kerja dan sebagainya.

lompat kerja

BAIK ATAUPUN TIDAK SUKA LOMPAT KERJA?

Saya melihat perkara ini ada baik dan ada buruknya melompat kerja. Kita lihat dulu bagaimana melompat kerja ini baik.

Jika mereka mendapati bahawa syarikat tersebut secara sengaja menganiayai mereka, maka adalah lebih baik mengambil langkah untuk berhenti dan mencari kerja lain.

Menganiayai yang saya maksudkan disini contohnya seperti gaji.

Jika semasa temuduga kerja majikan telah menjanjikan sebilangan amaun gaji dan mereka mendapati dari surat tawaran tersebut bahawa gaji yang ditawarkan adalah lebih rendah dan tidak sama seperti yang dibincangkan.

Majikan pula dalam masa yang sama telah berjanji akan memberikan gaji penuh seperti apa yang diputuskan dalam temuduga selepas tempoh 3 bulan bekerja.

Dan jika didapati selepas tempoh 3 bulan, gaji masih tetap sama, anda boleh berhenti dan cari kerja lain. Ia adalah salah majikan yang tidak berpegang pada janji.

Mana-mana syarikat tidak akan suka jika ada individu atau calon temuduga yang cuba untuk memburukkan syarikat yang lain, kerana baginya jika mereka berada ditempat syarikat tersebut, bagaimana mereka akan rasa apabila ada individu yang menjaja cerita buruk tentang syarikatnya kelak.

Oleh itu saya nasihatkan, jika anda ditanya juga sebab meninggalkan syarikat dan bakal majikan yang baru ingin juga tahu sebab-sebabnya, berceritalah dengan cara yang baik tanpa memburukkan syarikat yang lalu kerana itu adalah lebih baik.

Baca: DI DESAK DENGAN SOALAN PANAS SEMASA TEMUDUGA, BAGAIMANA MAHU MENGHADAPINYA?

BAGAIMANA LOMPAT KERJA INI MEMBERI KESAN BURUK PADA ANDA?

Baik, katakan anda sudah bekerja selama 2 minggu, dan dalam tempoh tersebut anda telah dimarah oleh bos kerana hasil kerja itu tidak seperti apa yang bos harapkan.

Oleh kerana stress dimarah oleh bos, maka anda telah mengambil keputusan untuk berhenti dan mencari kerja lain.

Ini akan memberikan kesan yang buruk kepada anda dan jika perkara ini anda kongsikan kepada bakal majikan yang baru.

Mereka akan melabelkan anda sebagai seorang individu yang tidak tahan dengan tekanan kerja serta tidak pandai menguruskan stress.

Terma ‘LOMPAT KERJA’ pun sudah melambangkan bahawa perkara itu adalah tidak baik, maka sebaik-baiknya anda harus elakkan daripada perkara ini.

Untuk mengelakkan anda dari melakukan perkara ini, saya nasihatkan agar anda buat kajian yang terperinci terhadap syarikat yang dimohon.

Analisis diri akan kesesuaian anda ditempat kerja itu, dan jika didapati tidak sesuai, saya nasihatkan jangan terima tawaran tersebut dan cari syarikat yang lebih sesuai.

BERAPA LAMA TEMPOH PERKHIDMATAN YANG SESUAI UNTUK TUKAR KERJA

Pada pandangan saya, jika anda tiada sebarang masalah dengan tempat kerja tempoh paling cepat untuk cari kerja disyarikat lain adalah selepas 3 tahun bekerja.

Kenapa 3 tahun?

Kerana rata-rata syarikat akan menaikkan pangkat seseorang staff itu selepas 2-3 tahun bekerja. Jika tiada kenaikan pangkat pada masa tersebut maka mulakan perjalanan kerjaya yang baru.

Pastikan paling lama anda berada di sesebuah syarikat adalah 5 tahun sahaja tempoh maksima. Ini kerana selepas 5 tahun itu majoriti orang akan rasa sangat selesa lalu melupakan perjalanan kerjaya yang telah dirancang.

Setiap daripada kita harus ada perancangan kerjaya masing-masing.

Hanya diri kita sendiri yang berhak untuk menentukan perjalanan kerjaya kita. Berkehendakkan yang baik-baik, maka rancanglah yang baik-baik. InsyaAllah Allah akan berikan yang baik-baik

bye! Jumpa lagi di artikal yang akan datang ye, dan jangan lupa sharekan artikal ini.

mudah 
dapat kerja


Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.

Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.

KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut
. 🙂

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.