Realiti alam pekerjaan tidak seperti yang sesetengah daripada kita bayangkan, seperti dapat bos yang baik, gaji besar, suasana pejabat yang meriah bagaikan sebuah keluarga yang besar dan sebagainya,

Hakikat sebenarnya adalah tidak sebegitu.

Dalam entry post saya baru-baru ini, Cara Untuk Respon Soalan Sensitif Semasa Temuduga, saya ditanya oleh seseorang

Baru2 saya hadir ke satu temuduga kerja.
Penemuduga “menyerang” saya dengan soalan2 yang saya boleh jawab. Mereka mempersoalkan kenapa saya berhenti kerja walau baru 4 bulan. Fresh graduate. Jadi terpaksa letak jugak dalam cv.

Sebab sebenar berhenti
1. Sales ada kpi
2. Stres melampau
3. Management company teruk
4. Turn over rate yang tinggi
5. Tak ada benefit
6. Komisen tidak dibayar
7. Banyak lagi sebab yang negatif

Jawatan yang dipohon bukan sales. Jadi jawapan yang diberi adalah tiada career development di tenpat lama dan ingin cuba benda baru

Interviwer tak boleh terima jawapan.

Apa solusi kepada situasi saya ini. Saya tak boleh nak cakap hal buruk mengenai company lama.
Harap tuan dapat bantu

konflik-temuduga-nik-faiz-the-career-expert
Saya pernah mengalami situasi seperti saudara Lan.

Dalam satu sesi temuduga di sebuah syarikat yang saya mohon, saya di tanya oleh penemuduga tentang satu isu dalaman yang berlaku di syarikat yang saya bekerja (pada waktu itu).

Sungguh saya amat terkejut apabila beliau mengetahui krisis yang berlaku dalam syarikat lama.

Maka perkara itu adalah mustahil untuk saya sorokkan lagi.

SARANAN SAYA UNTUK SITUASI INI

Memandangkan respon saya ini agak panjang, jadi saya buka satu entry baru saranan saya untuk situasi saudara Lan dan mudah-mudahan rakan-rakan pembaca yang lain boleh belajar sesuatu di sini.

1. TARIK NAFAS DAN KAWAL EMOSI

Sesetengah penemuduga suka memprovokasi kita dengan harapan bahawa kita akan membuka pekung didada dan menceritakan segala keburukan yang berlaku di syarikat yang lama.

Kita perlu kawal emosi dan jangan terpengaruh dengan provokasi mereka.

2. JAWAB DENGAN BERHEMAH

Contohnya Berkenaan KPI:

Sebagai seorang yang masih baru dalam bidang sales, banyak perkara baru yang harus dipelajari, target dan juga KPI yang ditetapkan adalah terlalu tinggi buat saya.

Pada saya, KPI yang ditetapkan harus S.M.A.R.T (Specific.Measureable.Attainable.Realistic.& Timely)

3. POSITIF TENTANG SYARIKAT TERDAHULU

Elakkan bercakap perkara yang buruk tentang pihak pengurusan syarikat atau apa saja yang negatif, tanpa kita sedar barangkali mereka ada hubungan baik walaupun di syarikat yang berbeza.

Contoh Yang Betul:

Saya amat berterima kasih kepada syarikat yang lama diatas peluang pekerjaan yang diberikan, dan saya amat hargai segala pengalaman dan ilmu yang telah saya dapat

Berhati-hati dalam setiap tutur bicara, anda mungkin sedang diuji!

4. TIADA CAREER DEVELOPMENT

Tidak menyatakan kelemahan pengurusan

Contoh Yang Betul:

Saya sangat berminat untuk belajar sesuatu yang baru, dan saya percaya bahawa ilmu yang baru itu akan dapat saya pelajari di di sini nanti(syarikat baru)

5.KENAPA KERJA 4 BULAN & BERHENTI

Contoh Yang Betul:

Saya diberikan tempoh percubaan 6 bulan untuk serasikan diri dengan syarikat

Walaupun ianya adalah suatu jawatan bidang yang tidak dipohon saya nekad untuk terima cabaran ini dan belajar.

Tetapi masa 4 bulan ternyata amat singkat untuk saya belajar,dan dalam masa yang sama syarikat meletakkan harapan jualan yang terlalu tinggi untuk dicapai.

Saya berhenti untuk memberikan ruang kepada calon lain yang lebih layak untuk membantu syarikat mencapai jualan lebih cepat.

Saya percaya dengan masa yang mencukupi, mentor yang berpengalaman yang ada di syarikat ini akan memberikan peluang untuk saya menyerlahkan potensi sebenar saya dalam bidang kerja yang dipohon

6. APAKAH KEUTAMAAN SEBENAR ANDA DALAM BEKERJA?

Apabila mencari kerja yang baru, anda perlu tetapkan apakah keutamaan yang dicari.

Adakah gaji yang tinggi?
Kebebasan masa bekerja?
Atau mungkin juga peluang untuk melancong?

Apabila sudah ditetapkan tujuan / niat, maka tanya pada diri sendiri.

Adakah anda bersedia untuk berhadapan dengan perkara yang mungkin tidak menyenangkan seperti bos yang baran, tiada elaun perubatan, elaun kereta, elaun telefon dan lain-lain yang anda rasa anda perlu dapat?

Perkara ini harus di fikirkan sebelum tandatangan offer letter

AMACAM, ADA BELAJAR SESUATU?

Semoga cadangan jawapan yang saya berikan akan dapat membantu saudara Lan ditemuduga yang akan datang.

Selamat Maju Jaya dalam kerjaya, dan jika mempunyai sebarang persoalan lain tentang kerjaya, bolehlah tinggalkan diruangan ‘Comment’ insyaAllah saya akan luangkan masa untuk menjawab.

 

Join the discussion 3 Comments

  • Aqilah says:

    Salam Tuan,

    Saya juga pernah mengalami situasi begini baru-baru ini. Penemu ramah bertanya kepada saya, baru dua bulan lebih bekerja kenapa nak tukar pekerjaan baru ? Saya hanya menjawab sebab saya nak timba pengalaman baru. Sukar untuk saya berikan jawapan. Kerana pekerjaan saya lebih kurang sahaja skopnya. Dan dari situ saya terlepas cakap, yang kelemahan dari segi komunikasi mendorong saya untuk bertukar tempat kerja. Saya tahu dari situ saya nampak satu kegagalan untuk saya melepasi temuduga tersebut. Andai kata perkara begitu berlaku lagi, bagaimana saya dapat memberikan satu jawapan yang lebih berkualiti ? Saya sekarang bekerja sebagai kerani dan antara sebab saya ingin bertukar kerja kerana syarikat saya sekarang memerlukan satu komitmen yang tinggi dan saya kadang-kadang kurang keyakinan diri untuk meneruskannya.

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Wohoo! © Career Expert Sdn.Bhd - All Rights Reserved