Interviewer atau penemuduga yang professional tahu batas-batas soalan temuduga mungkin tidak akan tanya kita dengan soalan yang sensitif.
Tetapi ramai je yang ‘bidan-terjun’. Ada penemuduga yang tidak kisah semua tu..main langgar je.
So macam mana nak buat kalau berhadapan dengan situasi macam ni?
Kalau tersilap jawab, mungkin melepas la peluang, dan kalau kena jawapannya di hati penemuduga itu mungkin hari tu jugak dapat offer letter.
4 JENIS SOALAN SENSITIF DITANYA SEMASA TEMUDUGA & CARA MENJAWABNYA
Di sini, saya kongsikan contoh soalan-soalan sensitif yang ditanya dalam sesi temuduga dan bagaimana anda harus menjawabnya dengan bijak dan bersikal neutral.
Yang penting, anda mesti kelihatan cool,ok.
1. SOALAN POLITIK – APA PENDAPAT ANDA TENTANG ISU POLITIK PAK M DAN PAK JIB?
Jawapan Yang Anda Boleh Berikan:
Pendapat saya, situasi yang berlaku antara PakM dan pakJib pun banyak berlaku di negara luar, dan ianya adalah lumrah dunia politik.
Jangan komen lebih walaupun anda adalah seorang pakar analisis politik yang tidak bertauliah..be neutral.
2. SOALAN TENTANG ISU TERKINI / VIRAL – POKEMON GO GAME YANG BAGUS UNTUK PEKERJA?
Jawapan Yang Anda Boleh Berikan:
Jika ianya untuk staff seperti saya, ianya tidak bagus.. (jawapan mesti smart, yang mencerminkan bahawa kita serius dan tidak main-main di waktu kerja.
3. SOALAN ZURIAT – ANAK DAH BERAPA ORANG?
Jawapan Yang Anda Boleh Berikan:
Belum lagi dikurniakan zuriat, insyaAllah dan mudah-mudahan rezeki kerja disini nanti akan seiringan dengan rezeki untuk mendapat cahaya mata.
Jika ada sedikit ruang, mungkin anda boleh ajukan soalan yang sama juga boleh ditanya kepada penemuduga, bagi menjadikan situasi kembali neutral.
4. SOALAN BERKENAAN STATUS – DAH KAWEN KER?
Jawapan Yang Boleh Anda Berikan:
Alhamdulillah saya sudah berkahwin, dan alhamdulillah juga prestasi kerja saya tidak pernah menurun walaupun sudah berumah tangga.
Jika anda belum kahwin, jangan berikan jawapan yang berunsurkan godaan dan gedik seperti berikut:
Emm belum kahwin, tunggu tuan penemuduga masuk meminang saya la. Kalau penemuduga itu jenis yang ‘crocodile-land’, habislah anda.
AMACAM, ANDA BELAJAR SESUATU?
Orait, kalau ada soalan-soalan yang cepu cemas lain yang inginkan cadangan jawapan dari saya..comment jer. Jangan simpan seorang tips ini, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain ya. 🙂
Salam.
Boleh berikan tips utk menjawap soalan temuduga yang bertanya kenapa memilih kerja gred bawahan sedangkan anda mempunyai ijazah?
Dan ijazah yang saya ada tidak releven dengan jawatan yg sy minta, apa tips jawapan yang boleh saya jawap kepasa panel2 temuduga utk soalan begini?
W’salam Sya,
Terima kasih datang ke blog saya & bertanya soalan.
Tips yang boleh saya berikan adalah:
1) Berikan penekanan kepada kekuatan dan kemahiran diri yang ada.
2) Walau ada kelayakan akademik, namun kurang berkemahiran dan pengalaman membolehkan syarikat untuk memilih calon yang lain lebih layak. Jadi ada kemahiran dan minat adakalanya lebih baik dari mempunyai kelayakan akademik yang tinggi (bukan untuk semua jawatan).
3) Permohonan juga harus disertai dengan kelulusan dan kelayakan yang berkaitan.
4) Kelayakan akademik kebiasaannya digunakan sebagai penentuan aras dan tangga gaji.
Assalamualaikum..sy ingin bertanya bagaimana untuk menjawab soalan dari penemuduga mengenai “apakah kelemahan dan kekuatan diri anda”?
hahaha soalan no 4 win tggu penmuduga msuk mninang hihihiii
Terima kasih Muzamil singgah di blog The Career Expert!
Assalamualaikum Tuan Lan,
Maaf lambat response. Untuk solusi kepada situasi Tuan, saya create satu entry baru khas untuk Tuan yang boleh di baca di sini
https://www.nikfaiz.com/solusi-untuk-lan
Semoga jawapan ini membantu 🙂
Baru2 saya hadir ke satu temuduga kerja.
Penemuduga “menyerang” saya dengan soalan2 yang saya boleh jawab. Mereka mempersoalkan kenapa saya berhenti kerja walau baru 4 bulan. Fresh graduate. Jadi terpaksa letak jugak dalam cv.
Sebab sebenar berhenti
1. Sales ada kpi
2. Stres melampau
3. Management company teruk
4. Turn over rate yang tinggi
5. Tak ada benefit
6. Komisen tidak dibayar
7. Banyak lagi sebab yang negatif
Jawatan yang dipohon bukan sales. Jadi jawapan yang diberi adalah tiada career development di tenpat lama dan ingin cuba benda baru
Interviwer tak boleh terima jawapan.
Apa solusi kepada situasi saya ini. Saya tak boleh nak cakap hal buruk mengenai company lama.
Harap tuan dapat bantu