Skip to main content
Terkini

Program Softskill Siri Februari 2026 (Volume 2)

By February 3, 2026February 5th, 2026No Comments
Program Softskill Protege sesi latihan online peserta Protege Februari 2026

Program Softskill Protege Siri Februari 2026 (Volume 2)

Sepanjang mengendalikan latihan untuk peserta Protege, satu perkara yang kami perasan berulang kali ialah ini:
syarikat sebenarnya mahu bantu, tetapi masa dan operasi harian sering menjadi kekangan.

HR perlu memastikan peserta hadir latihan, keperluan program dipenuhi dan pada masa yang sama, kerja harian syarikat tidak boleh terhenti.
Di sinilah keperluan kepada Program Softskill Protege yang lebih realistik dan praktikal menjadi semakin penting.

Atas pengalaman mengendalikan program Protege selama beberapa tahun, Program Softskill Protege Siri Februari 2026 (Volume 2) disusun dengan pendekatan yang lebih kemas, ringkas dan mudah diurus oleh pihak syarikat.

Pengenalan Program Softskill Protege

Program ini direka bukan untuk memenatkan peserta atau menyusahkan HR.
Sebaliknya, ia disusun berdasarkan realiti sebenar di tempat kerja.

Latihan dijalankan selama 7 hari, selari dengan keperluan Program Protege, dengan pendekatan:

  • Sesi bersifat interaktif dan berasaskan situasi sebenar dunia kerja

Pendekatan ini membolehkan peserta belajar dengan lebih berkesan, tanpa menjejaskan operasi harian syarikat secara berlebihan.

Struktur Modul Program Latihan Protege

Modul yang disusun tidak berdiri sendiri, tetapi saling melengkapi bagi membentuk peserta Protege yang lebih bersedia menghadapi alam kerja:

  • Entrepreneurship 101
  • Communication & Networking Skills
  • Organisational Adaptability
  • Creative & Analytical Thinking
  • Generative Artificial Intelligence
  • Grooming & Etiquette
  • Value Driven Professional

Setiap modul dibangunkan berdasarkan pengalaman sebenar Career Expert berinteraksi dengan peserta Protege, bukan sekadar teori atau silibus semata-mata.

Pendekatan Latihan dan Format Pelaksanaan

Program ini sesuai untuk syarikat yang ingin mengurus latihan Protege dengan cara yang lebih teratur, praktikal dan tidak membebankan operasi harian.

Program ini dijadualkan berlangsung pada 4 hingga 12 Februari 2026, selari dengan keperluan pelaksanaan Program Protege.

Program ini dilaksanakan secara dalam talian (online) bagi memudahkan penyertaan peserta dari pelbagai lokasi.

Atas permintaan, program ini juga boleh dijalankan secara bersemuka (in-house) tertakluk kepada kesesuaian dan perbincangan dengan pihak syarikat.

Pendekatan ini memberi ruang kepada syarikat memilih format yang paling sesuai dengan keperluan operasi dan konteks organisasi masing-masing.

Previous: Program Softskill Protege Secara Dalam Talian

Format ringkas, fokus dan interaktif, memudahkan peserta Protege dari pelbagai lokasi untuk terus terlibat tanpa menjejaskan tugasan harian. 👉 Baca pengalaman pelaksanaan latihan Protege secara online di sini.

Previous: Program Softskill Protege bersemuka (in-house).

Perbincangan lebih dekat, konteks organisasi lebih jelas, dan interaksi yang membantu peserta memahami realiti sebenar di tempat kerja. 👉 Lihat bagaimana latihan Protege dilaksanakan secara bersemuka di organisasi.

Yuran Penyertaan dan Kuota Peserta

Yuran penyertaan adalah bergantung kepada jenis bayaran dan fasa pendaftaran. Program ini juga boleh di buat melalui HRDC Claimbable.
Bagi mengekalkan kualiti latihan, penyertaan adalah terhad kepada maksimum 25 peserta bagi setiap intake.

Program ini melengkapkan pendekatan latihan yang sebelum ini dijalankan dalam pelbagai program pembangunan kebolehpasaran graduan.

Maklumat Lanjut dan Pendaftaran

Untuk mendapatkan jadual lengkap, pengesahan tarikh dan butiran yuran, pihak syarikat digalakkan menghubungi kami secara terus. Penyertaan adalah terhad bagi mengekalkan kualiti sesi.

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.