Kakitangan yang telah terpilih untuk menjadi sebahagian tenaga kerja sesebuah syarikat adalah dipilih bukan sahaja berdasarkan kelulusan, malah pemilihan yang telah dibuat adalah melibatkan keyakinan sesebuah organisasi atau syarikat akan seseorang individu dalam menghadapi sesuatu cabaran atau masalah dengan cara dan pendekatan yang lebih kreatif.
Namun begitu, seni pemikiran kreatif harus dipelajari dan dipraktikkan dalam urusan kerja seharian agar ada pembaharuan dan kreativiti dalam berhadapan dalam apa jua situasi.
Dalam 2 hari kursus Creative & Analytical Thinking ini bersama Career Expert, Coach Nik Faiz kongsikan bersama-sama peserta teknik dan tips untuk lebih :
- Memupuk semangat kerjasama dalam pasukan
- Menyelesaikan sebarang masalah berdasarkan piawaian antarabangsa
- Merangsang pemikiran kreatif dalam menjalankan urusan kerja
Kursus ini dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi online. Walaupun jarak dan kekangan memandangkan kita berada dalam fasa PKPD, ia bukanlah menjadi penghalang untuk Career Expert menjalankan aktiviti bersama peserta-peserta.
Peserta telah diperkenalkan dengan konsep ‘Creative & Analytical Thinking’ dan mengetahui negara negara membangun yang telah mengadaptasikan konsep ini dalam pekerjaan seharian agar lebih efektif dan produktif.
Kursus Creative & Analytical Thinking ini membantu peserta untuk mengetahui dan menyedari kepentingan konsep dan kaedah berfikiran kreatif dalam menjalankan tugasan harian agar lebih efektif dan produktif.
Coach NIk Faiz juga berkongsi dengan peserta-peserta bagaimana mengetahui cara berfikir dengan lebih baik dan cara untuk menghubungkaitkan setiap buah fikiran terutamanya dari kalangan rakan sekerja sendiri.
Setiap kumpulan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan dan memberikan komitmen yang awesome sepanjang hari.
Menariknya, dalam kursus ini peserta dapat mempelajari cara untuk menyelesaikan masalah dengan kaedah yang terbaik agar dapat meminimumkan risiko mungkin akan ditanggung oleh individu pekerja mahupun syarikat.
Dalam bekerja, anda perlu kreatif dalam menangani masalah dan membuat keputusan. Jangan jadikan tiada kepakaran, tiada pengalaman menjadi menghalang anda. Fikirkan cara kreatif dalam pekerjaan anda 🙂
Kreatif dalam bekerja, kreatif juga dalam aktiviti kehidupan seharian. Sekiranya anda bercadang untuk menjalankan kursus Creative & Analytical Thinking di organisasi anda, klik di sini untuk mendapatkan proposal dan membuat tempahan tarikh kursus bersama Coach Nik Faiz.
Kami kongsikan bersama maklumbalas peserta-peserta yang telah menghadiri kursus Creative & Analytical Thinking selama 2 hari ini, antaranya ialah :