Skip to main content
Terkini

Career Centre Framework: Strategi Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan

By September 14, 2025No Comments
Coach Nik Faiz bersama peserta bengkel Career Centre Framework di universiti awam tempatan

Bila kita sebut tentang kebolehpasaran graduan di Malaysia, ramai terus terbayang latihan kemahiran untuk pelajar. Namun realitinya, Career Centre Framework memainkan peranan penting dalam membantu universiti membangunkan pusat kerjaya yang lebih tersusun, bukan sekadar program tambahan, tetapi satu kerangka jelas yang melibatkan pelajar, pensyarah dan pentadbir.

Untuk itu, satu solusi yang terbukti berkesan ialah membangunkan kerangka pusat kerjaya universiti. Ia adalah blueprint strategik yang membantu universiti membina pusat kerjaya universiti yang lebih tersusun, sistematik dan berimpak tinggi.

coach nik faiz kebolehpasaran graduan

Coach Nik Faiz menerangkan konsep Career Centre Framework dan kaitannya dengan kebolehpasaran graduan..

Kenapa Career Centre Framework Penting?

Secara ringkas, Career Centre Framework ialah satu rangka kerja yang:

  • Menyusun peranan pusat kerjaya universiti supaya lebih jelas.
  • Menyediakan strategi dan program pembangunan kerjaya pelajar.
  • Menghubungkan universiti dengan industri dan penaja luar.
  • Memastikan usaha ini selari dengan agenda kebolehpasaran graduan negara.
  • Mengukur impak dan keberkesanan pusat kerjaya secara berterusan.
  • Membina budaya kesediaan kerjaya dalam kalangan pensyarah dan pelajar.

Framework ini bukan sekadar dokumen. Ia berfungsi sebagai kompas universiti dalam merancang inisiatif pembangunan kerjaya pelajar secara berfasa dan konsisten.

Perjalanan Bengkel Career Centre Framework Bersama Universiti

Pada 9 September 2025 lepas, Coach Nik Faiz berpeluang mengendalikan Bengkel Pemantapan Kebolehpasaran Graduan bersama pensyarah dari sebuah universiti awam tempatan.

Dalam bengkel ini, kami tidak fokus pada teori semata-mata. Peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dibawa menyelami aspek-aspek penting yang menentukan kejayaan sesebuah pusat kerjaya universiti. Antara perkara yang disentuh termasuk:

  • Ciri-ciri pusat kerjaya yang berkesan  – Apa yang membezakan pusat kerjaya biasa dengan yang benar-benar memberi impak kepada pelajar.
  • Pendekatan berkesan yang boleh dijadikan panduan untuk memperkukuh program dan aktiviti pusat kerjaya.
  • Peranan kepimpinan dan pengurusan dalam memastikan pusat kerjaya sentiasa relevan dengan keperluan industri.
  • Proses menyeluruh pengurusan pusat kerjaya – Bagaimana setiap komponen perlu disusun agar seimbang dan saling melengkapi.
Gambar Aktiviti Kumpulan Career Centre Framework

Pensyarah berbincang secara aktif tentang strategi membina pusat kerjaya universiti yang lebih berkesan.

Perbincangan ini dilaksanakan secara interaktif, dengan contoh praktikal dan pengalaman sebenar. Sesi ini membuka ruang untuk pensyarah melihat bagaimana kerangka ini boleh dibina, dibincang, dan disusun strategi bersama.

Apa yang paling mengkagumkan saya adalah kesungguhan para pensyarah. Mereka mahu pelajar bukan sahaja lulus akademik dengan cemerlang, tetapi juga tampil yakin, berdaya saing, dan bernilai di mata industri.

Gambar Group Discussion

Aktiviti interaktif yang membuka ruang kepada peserta untuk menyusun idea dan strategi secara praktikal..

Suara Peserta

Antara maklum balas yang dikongsi selepas bengkel:

“Sesi ini membuka mata kami tentang bagaimana pusat kerjaya boleh digerakkan lebih strategik.”
“Pendekatan Coach jelas, praktikal, dan membuatkan kami nampak hala tuju yang lebih nyata.”

Maklum balas sebegini mengukuhkan lagi misi Coach Nik Faiz sebagai career coach Malaysia, bukan sekadar melatih individu, tetapi membantu universiti menyediakan landasan kukuh untuk generasi akan datang.

Peningkatan Kefahaman Peserta tentang Career Centre Framework

Kami turut menjalankan penilaian ringkas. Hasilnya jelas menunjukkan peningkatan kefahaman peserta:

career centre framework bersama coach nik faiz
  • Sebelum bengkel: Ramai masih kabur tentang fungsi sebenar pusat kerjaya universiti.
  • Selepas bengkel: Majoriti peserta sudah nampak struktur, strategi, dan langkah konkrit membangunkan kerangka tersebut

Perubahan ini membuktikan bahawa dengan pendekatan yang tepat dalam sesi yang dikendalikan oleh Coach Nik Faiz, pensyarah mampu memahami peranan pusat kerjaya secara lebih mendalam dan bersedia menerapkannya di universiti masing-masing.

Gambar Coach Bersama Peserta (Q&A atau Sharing)

Sesi soal jawab yang membolehkan peserta mengaitkan pengalaman sebenar dengan amalan terbaik pengurusan pusat kerjaya.

Nilai Strategik Career Centre Framework

Hakikatnya, universiti jarang mempunyai dana khusus untuk menaik taraf pusat kerjaya. Selalunya inisiatif sebegini hanya dapat dijalankan dengan adanya sokongan dana atau kolaborasi bersama organisasi luar. Dalam konteks universiti dan organisasi penyokong, framework ini bukan sahaja memenuhi keperluan asas tetapi juga:

  • Pihak penyokong dan rakan strategik dapat melihat hala tuju yang jelas.
  • Universiti mempunyai panduan tersusun untuk melaksanakan program.
  • Graduan menerima manfaat langsung dalam bentuk latihan, sokongan kerjaya, dan peluang industri.

Inilah gambaran menyeluruh yang memberi keyakinan data, kerangka, dan impak sebenar terhadap kebolehpasaran graduan.

Gambar Pensyarah Catat Idea / Brainstorming

Pensyarah menulis cadangan dan insight mereka sendiri sebagai sebahagian daripada proses membina Career Centre Framework.

Saya percaya setiap universiti mampu melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Dengan adanya Career Centre Framework yang jelas, pusat kerjaya universiti boleh berperanan sebagai jambatan kukuh antara akademia, industri, serta pihak penyokong dan rakan strategik.

Jika anda mewakili institusi pengajian tinggi atau organisasi yang berminat menyokong usaha menaik taraf pusat kerjaya, kami di Career Expert sedia membantu. Isikan form di bawah

👉 [Hubungi Career Expert Hari Ini] 
Bersama-sama kita susun strategi dan bina masa depan kerjaya graduan, insyaAllah.

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.