ANDA NAK CARI KERJA TAPI MASIH BELUM TAHU STRATEGI PENULISAN RESUME BERKUALITI? 

Dah lama dah minta kerja tapi hasil macam takde. Mungkin anda masih terikat dengan rumors bahawa resume mestilah satu page sahaja atau tidak tahu asas untuk menulis resume.

Dah pernah pergi kelas Resume sebelum ni masa di universiti tapi semua sama je?

Jadi bagi je saya 10 minit untuk saya terangkan tentang Kelas Seni Penulisan Resume ni. Boleh?

KELAS INTENSIF: SENI PENULISAN RESUME

Resume merupakan tiket untuk anda dipanggil temuduga. Dengan mempelajari seni dan strategi penulisan resume akan memberikan anda peluang dipanggil temuduga dalam tempoh sepantas 3 hari.

Mengetahui cara untuk mengolah resume dengan menonjolkan kelebihan dan kemahiran yang ada pada diri anda dengan lebih jelas. Ia amat penting untuk meyakinkan pihak syarikat bahawa anda adalah yang individu paling layak untuk diambil bekerja.

Kebanyakan orang menggangap mereka TAHU menulis resume dan hanya perlu google sahaja, tapi hakikatnya lebih 90% daripada mereka sebenarnya tak tahu menulis resume yang berkualiti dan juga memikat hati pihak syarikat.

Masih tak percaya?

Lihat keratan akhbar ini…

APA KEBAIKAN ADA RESUME BERKUALITI?

Anda akan dapat:

  • Tahu teknik penulisan resume yang digunakan oleh ramai calon pencari kerja dan mereka telah berjaya mendapat kerja.
  • Belajar seni penulisan resume yang terbukti berkesan dan telah membantu ramai peserta – peserta kelas saya dalam mencari pekerjaan (termasuk anda – apabila anda sertai kelas saya nanti)
  • Ketahui walaupun dengan result di bawah cgpa 2.5 anda boleh memikat bakal majikan dan ditawarkan PELUANG KERJA. 
  • Strategi dan pendedahan dengan 13 perkara tersangat penting yang dimasukan di dalam resume anda untuk menjadikan anda calon paling layak untuk memegang jawatan dipohon.

Sudah berpuluh resume yang Hairul hantar namun tiada satu syarikat yang memanggil beliau untuk ditemuduga. Apabila diperiksa resume beliau, memang patut tiada syarikat yang memanggil beliau untuk ditemuduga kerana maklumat dalam resume yang diberikan tidak cukup kuat untuk menarik hati bakal majikan.

Beliau nekad untuk melabur sedikit dengan belajar taktik dan seni penulisan resume dengan Coach Nik Faiz. Ternyata tindakan beliau adalah tepat. Selepas 2 minggu mempraktikkan apa yang telah diajar oleh Coach Nik Faiz dalam bengkel tersebut, panggilan temuduga yang tidak putus beliau terima dari hari ke hari.

resume writing workshop
Here's the poster untuk rujukan anda 🙂

APA YANG ANDA AKAN PELAJAR

Dalam kelas ini, anda akan pelajari:

  1. Seni menulis resume dengan menggunakan kaedah A.I.D.A.
  2. Anda akan ketahui bagaimana menulis resume dengan 13 Kunci Emas yang akan berjaya dipanggil temuduga oleh pihak syarikat.
  3. Anda pelajari teknik penulisan resume yang menunjukkan anda sebagai calon yang paling layak memegang jawatan tersebut.
  4. Ketahui cara memilih template yang sesuai dengan resume anda serta kemahiran untuk membentangkan maklumat penting.
  5. Anda akan didedahkan dengan cara menulis Cover Letter profesional yang mencirikan anda sebagai calon yang dikehendaki dan dicari oleh bakal majikan.
  6. Mengetahui seni penulisan resume yang menekankan perkataan dan ayat yang berpengaruh dan berkualiti.
  7. Cara menggunakan sistem resume yang secara online yang akan memudahkan anda  menghasilkan resume yang cantik dan cepat. 

NAK JOIN KELAS INTENSIF SENI PENULISAN RESUME INI?

Okay. Kelas intensif penulisan resume ni tak murah dan tak mahal. RM150 je untuk seorang. Tapi anda kalau daftar berkumpulan 2 orang, harga cuma RM200.

Bila anda hadir dan anda tak puas hati dengan konten yang dipelajari dalam kelas ni, anda boleh minta semula duit yang anda laburkan.

Mudah cerita zero risk! 100% refund balik kalau anda tak puas hati dan kelas ini LANGSUNG TIDAK MEMBANTU dalam proses persediaan resume kerja anda.

BONUS UNTUK ANDA!

Kepada yang join kelas intensif ini, anda akan dapat:

  1. Semakan Resume dan Coaching Premium (Bernilai RM250/jam) Percuma!

Sesi coaching & dan nasihat resume bersama saya apabila resume anda siap. Sesi kritik dan nasihat one-on-one akan dijalankan di pejabat urusan Career Expert Sdn.Bhd akan dapat memperbaiki kekurangan yang terdapat pada resume anda untuk berpeluang dipanggil temuduga dan mudah dapat kerja.

Pemberian percuma ini berharga RM250.

2. Akses Software Resume Online 1 Bulan (Bernilai RM80) Percuma! 

Ini berita baik untuk anda! Dengan 50+ customizable resume dan cover letter templates yang dicari-cari oleh mereka di luar untuk hasilkan resume yang bukan sahaja kemas dan cantik, ia juga mudah di kemaskini. Disediakan secara online, anda cuma perlu anda laptop dan boleh di akses di mana-mana.

Pemberian percuma ini berharga RM80.

MASA & TEMPAT

Tarikh: 11 November 2018 | Hari Ahad 

Tempat: Career Expert Eventhall, Bandar Saujana Putra, Selangor.

Masa: 10.00 pagi – 5:00 petang

Penting: Kelas Ini Terhad Untuk 10 Orang Sahaja!

RESUME WRITING WORKSHOP - TESTIMONIAL

BERMINAT MAHU SERTAI? KLIK BUTTON DI BAWAH UNTUK DAFTAR!

Jangan fikir lama-lama untuk daftar sebab seat terhad kepada 10 orang je. 

Sila bawa nota/pen & laptop sendiri yang boleh digunakan untuk kelas ini. Wifi (Internet) disediakan.

p:s – Sekiranya anda daftar 1 orang, klik butang ‘DAFTAR SEKARANG!’ di bawah.  Jom ajak kawan lagi bagi cukup korum ok

Adakah anda berhasrat untuk mengadakan kelas intensif penulisan resume ini di tempat anda, boleh berhubung dengan Puan Ainul untuk pertanyaan dan perbincangan. Modul dan bajet boleh disesuaikan mengikut keperluan anda. KLIK BUTTON ini untuk berhubung secara online.

Close Menu